Pages

Friday, December 24, 2010

Merry Rendang X-Renang Berirama

Sgt teringin makan rendang minang yg Pn.Nenek selalu wat masa Hari Raya je. X penah plak beliau buat pada hari atau perayaan lain.Dengan gigih mencari resepi dan akhirnya.....

Nampak x?Walaupon x jelas, tapi rasamu akan ku hengat sampai bile2.

Bahan utama tentulah ayam. Da kata nk masak rendang ayam kn?Tpi kalau nk ditukar kpd daging boleh jer.Xde org nk marah pon. Ape dia tadi?ikan boleh k?Errr..Try la. Lepas tu jgn lupa share ngan saya camne hasilnya. Bahan semua utk 1/2 ekor ayam.Kalau nk wat sekor, darab 2, Kalau nk 2 ekor, darab 4, Kalau nk 3 ekor, darab 6...dan seterusnya..

Oleh kerana saya terlebih rajin nk wat kerisik sendiri sehingga mendatangkan malas nk ketukla, nk mayang bagai, makanya saya blender kan aje semua bahan2:

8 tangkai cili kering + ciliapi (Kalau suka pedas buh la bebanyak)
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
3 batang serai

1/2" halia halus
1/2" lengkuas
1/2" kunyit hidup

Bahan2 sampingan:
Minyak masak
1 cawan santan pekat
1 s/besar kerisik
1/2 s/besar gula
garamsecukup rasa
2 1/2 helai daun kunyit [siat kecik2]


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg telah diblender sampai wangi n naik minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan ayam masak sebentar.
3. Masukkan santan, garam, gula dan biarkan mendidih dan agak pekat.
4. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
5. Biarkan sehingga naik minyak.

Aik??Sikitnyer cara?Nape saya masak sampai berjam2?Semua aksi renang berirama terkeluar. X puas ati betol..Resepi asal dr Kak Liza. Rasanye mmg sedap sbb En.Beh bukan penggemar rendang. Tapi bila da makan, sampai tambah 2x.

En.Sepupu: Ayam ni sape yg masak?
Pn.Sayang: Ko ada nampak org lain dlm umah ni k yg nk tulun masakkan?
En.Sepupu: Eh?Betol k ni??Sedap la K'wa..(D saat ini, saya sudah terbang k langit k-7)

Monday, December 20, 2010

Semangat Kenegerian & Kenegaraan

Saya sgt sayangkan negeri kelahiran & negara saya. Jika ada apa shj perlawanan yg d dlm pengetahuan saya, makanya saya akan memberi sokongan separa penuh<---Ini krn idok ler saya pergi k mana2 stadium utk menyaksikan perlawanan itu. Tgk kt tv jer suden.

Kecenderungan saya lebih kpd bola. Walaupn x tau 1 haram pon rules game tu n x hafal pon nama player2 tpi saya tetap suke suke suke sgt terkinja2 depan tv d saat2 genting. Saya sgt bangga apabila skuad negara menang masa semi final utk Piala Suzuki yg lepas. WUT!!Baru semi final nk kecoh k weiii. Eleeeeh ni baru semi final, tgk final nanti buleh k x buleh. Ayat2 seumpama ini lah yg menyebabkan saya spt nk maki org tu: "Kalau ko terer sgt, nape ko still duk terkangkang depan aku ni tgk bola sama2?Pegi la jdi team diorg".Owh tidak..Hilang ayu saya jika makian tersebut terkeluar.

Boleh x kite ni sbg rakyat Malaysia bangga dgn apa yg kita da capai?Cubalah berfikiran positif, barulah boleh maju. Tanpa kemenangan d peringkat semi final, xde la peluang kemenangan utk piala tu kan?Akai ada ka?Buleh pikir kan?Tepuk dada tanya selera.

Sebelom ati terlebih sakit mengenangkan org yg bersikap camni, moh ler kite menatap muka player kesukaan saya ni.

Sila cantas ckit rambut yg makin panjang itu ye wahai En.Amri.Tapi, wlau rambut rambut mu  paanjang mengurai sekalipun, gaya sepakan mu tetap menjadi pojaan atiku.

Tetiba terpikir apalah yg akan pengkritik2 hingusan akan komen kalau Malaysia kalah aritu kan?

SEMOGA MALAYSIA TERUS MENANG DAN MENANG LAGI


Friday, December 17, 2010

PEMBALASAN

Sape x penah tau pasal cite si Tanggang anak durhaka?Makanya korang pon adalah keturunan Melayu yg durhaka juga hendaknye. Ishk, teruk betol korang ni, Indonesia pon ade cite Malin Kundang tau pasal Si Tanggang tapi dlm versi Indon lah.

Meh sini saya sinopsiskan ceritanya:
SiTanggang anak kpd Si Talang & Si Deruma. Mereka adalah keluarga nelayan yg hidup serba miskin. Pada suatu hari<---Sila baca spt kanak2 yg memasuki pertandingan bercerita, Si Tanggang berjaya mendapat kerja sbg anak kapal. ST berjanji kpd ke-2 org tuanya akan kembali setelah jadi kaya. ST sgt rajin bekerja sehingga dilantik menjadi nakhoda kapal & berkahwin dgn puteri Raja.
Pada suatu hari<---Sekali lagi, kapal ST telah berlabuh d perairan kampungnya sendiri. Berita ini telah sampai kpd ke-2 orang tuanya, dgn ati gembira mereka pergi kpd ST yg sdg berada d kapal dgn mengayuh sampan. Tetapi, ST berasa malu dgn kedaifan org tuanya & purak2 x kenal sekaligus menghalau mereka. Si Ibu berasa sgt kuciwa dan menyumpah ST menjadi batu.

 X sempat nk mintak ampun dr ibunda. Betol k ek?Macam ada org ukir je.

Itulah balasan anak yg durhaka kpd ibu-bapanya.Allah bayar cash. Apa plak contoh2 balasan yg lain?

Balasan isteri derhaka x sendukkan nasi utk suami (Die senduk nasi die sorang jer, pastu wat muka x bersalah): "X per, u belilah cotton butt pakai duit sendiri" Kata Si Suami. Haaa..Padan muka, x pasal2 kena pakai duit sendiri. Walaupn x sampai 10 hengget tpi tetap x sampai ati nk gunakan duit sendiri.

Balasan suami yg lupa nk bawak isteri g makan sb sibuk nk mancing siakap: "Esok u balik keja, i masak megi je. itupn tuk i sorang"<---Ini bukan saya, saya x sederhaka ini, malah lebih derhaka.whahaha

Balasan utk suami & isteri yg berkahwin:
 Tentulah hantaran dr pihak suami & dibalas oleh si isteri

Balasan pengguna Bonuslink yg tegar sehingga sanggup membiarkan minyak k tahap kritikal selagi x berjumpa dgn SHELL kiosk. En.Beh sungguh angin bila situasi ini berlaku seraya berkata "Kalau kereta ni berhenti, Syg g jalan kaki cari minyak"Elehhhh kunun je tu..Macam lah sampai ati nk biarkan isteri comel die ni jalan kaki n menghapuskan segala lemak d perut.
Owh..Trimas En.Bonuslink d atas pembalasan yg manis ini. Hari2 tunggu abg kurier depan pintu. Sabar ye Pn.Syg


Tuesday, December 14, 2010

Saya Dulu, Kini dan Dot Dot Dot

Saya telah di tag oleh Cik Fiza untuk sekian lama. Sorry Fizzie, bukan aku x mahu wat dengan sepantas kilat, tapi aku berasa malu yg teramat sesangat. Huh!Maap juga kpd Cikgu Yati kerana pernggunaan ter dan disambut pula oleh se tersebut. BM saya ketika PMR & SPM sgtlah lemah sehingga Pn.Ibu membebel bertanyakan saya berasal dr negara mana. Owh ibu, akak mintak ampun sb tebus bonuslink utk barangan akak sendiri. Eh?Bukankah Pn.Ibu seharusnya yg meminta ampun?Ok2, mari kita jawab tag Cik Fizzie sebelom beliau baling saya dgn kasut kerana terhegeh2 mahu menjawab tag:-

Ke-Satu: Saya macam x berapa nk sayang ahli keluarga saya. Bagi saya, mereka tidak memahami tahap kegatalan d dalam diri saya yg amat tinggi itu. Saya mahu mereka kahwinkan saya ketika berumur 12 tahun (10 tahun x boleh lg sb masih blom baligh).

Ke-Dua:  Apabila saya sudah matang, merekalah orang2 yg paling dekat d hati saya. Owh...Sudah tidak boleh meneruskan ayat seterusnya kerana tulisan2 d keyboard sudah kabur dek kerna air mata yg bertakung.Sob..Sob..

Ke-Tiga: Saya sangat sensitip orangnya sehinggakan akan menangis melihat apek tua menganyuh basikal d tengah hujan kerana mengutip barang2 recycle utk meneruskan sisa2 idop beliau. Kemenangisan tersebut mengakibatkan En.Beh tertanya2 apakah kesalahan beliau?Haha..

Ke-Empat: Ketika kecik2 dulu, saya selalu mengimpikan seorang abang. Sgt jeles okeh tengok kawan rapat saya ada abang yg caring pasal beliau. Da la abg beliau ensem. Sampai sanggup tido umah beliau sb teringin rasa tempias kasih sayang seorang abang. Eleh..Sebenarnya perasaan gatal da terbit sudah kan...?

Ke-Lima: Disebabkan x mau anak2 perempuan saya tido umah kawan mereka pula, maka saya sgt berharap anak pertama adalah lelaki. Tapi, En.Beh macam nk baby gurl dulu jer. Camne nih?Oittt nk dapat 1 anak pon terhegeh2, ni nak pilih2 plak. OK, saya redha..

Ke-Enam: Saya sgt komited dgn apa shj tugas yg dipikulkan k bahu saya. Ini ditujukan khas kpd tugas2 d pejabat shj. Kalau membabitkan kerja2 umah, mmg malas sokmo.

Ke-Tujuh: Saya juga akan meninggalkan kerja yg saya komitedkan itu apabila diberi tugas yg lain. Sungguh serabut utk komited kpd semua kerja sekaligus.

Ke-Lapan: Saya teramatlah kedekut dgn duit sendiri. Berbelanja utk diri sendiri atau utk org lain biarlah berpada2. Ayat biasa di akhir bulan bile adik2 meminta utk dibawa berjalan "Ada duit?Kalau duit korang cukup utk belanja kite 3 org (Ni sb adik beradik cuma 3 org) plus minyak keta aku, JOM.."

Ke-Sembilan: Saya sgt obses dgn jualan gudang d akhir tahun. Mata akan melilau mencari2 banner jualan gudang sepanjang pemanduan. Nape masa ni x kedekut plak?Sb harga RM50 utk 1 pakaian pd jualan biasa akan menjadi RM50 utk 5 pakaian pd jualan gudang.Sgt berbaloi n masih kedekut bukan?

Ke-Sepeluh: Saya sgt sayangkan En.Beh dan bakal anak2 kami. Cewahhh nk gak mentioned nih!

Fuh...Fuh..Asal banyak sgt ni?Dgn ini, saya akan menjamakkan lebihan 15 soalan lagi. Tak larat da aku Fizzie oiii

Saya comel, baik ati, penyayang, suka kacau adik2 n En.Beh, saya ada 1 ibu yg tgl d Gombak n 1 mak mertua yg tgl d Kajang.Sementara ni, saya tgl d Kajang walaupun mak mertua saya berhijrah k Kedah. Kiranya, saya tlg jagakan umah beliau. Saya suka nk masak macam2, tapi sume tu hanya angan2 sb malas + x de org nk makan. Saya bekerja d tempat semua org harus pakai pakaian hitam shj. Tapi bukan d kuburan okeh. Saya masih mengharapkan gaji saya setanding ngan kawan2 saya, bolehlah saya mencantikkan umah saya yg comel itu. Saya sgt suka terikut drama2 minggu ini yg ditayangkan d kaca2 tv, sehinggakan apabila saya bercerita En.Beh akan bertanya "Cerita mana plak yg syg terbawa2 ni".Hampes betol..

La..x abes lg k walau da wat secara berjemaah?Kita cuba plak dgn menggunakan point tpi guna ayat pendek n ringkas.

1. Saya takut kucing macam org lain takutkan anjing.
2. Saya botak sb rambut banyak gugur.
3. Hantu yg paling ditakuti adalah P*C*NG. Sb menggambarkan diri saya sendiri.
4. Saya cepat insaf  tetapi cepat juga lupa diri.
5. Owh yer..nenek saya d belah ibu n ayah masih ada . mereka sgt comel apabila bergabung meletopzz

Saya berasa malu utk menjawab tag ini kerna peraturan yg x semenggah d bawah ni lah:

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

Huaaa...Saya manalah ada kawan seblog sehingga 25 orang utk d tag kan...10 org ni jer lah yg blh d tag:-

1. Alida
2. Fauzan
3. Cik Kentang
4. Bie
5. Bitt
6. Suraiya
7. June
8. Poyati
9. Norhazlin
10. Nodie

Monday, December 13, 2010

Tahun Baru, Rumah Baru

Lately sangat banyak kerja di opis. Disebabkan kepenatan nan terlampau, sampai x de idea nk hupdate ini blog. Hanya mampu membaca entry2 kengkawan sahaja. Berblogwalking utk menambah kenalan juga x sempat.  BETUL ni, x tipu (Sambil mengangkat jari telunjuk dan menggoyangkan ke kiri, kanan, kiri dan kanan lagi). Ape ko hengat ni iklan jangan merokok kah? Huaaaaaaa...Sangat kesian ini blog, telah diabaikan oleh tuan yg sungguh x bertanggungjawab. Ampunkan saya tuan tanah..

Selamat tahun baru kpd kengkawan sekalian...Masih belum terlambat bukan utk mengucapkannya?Sempena masuk tahun baru ni, saya pon mahu berhijrah. X sabar rasanya utk membina rumah tangga sendiri tanpa ada orang ke-2, ke-3, ke-4, ke-10, ke-20, ke-infiniti..Tapi, jikalau Allah mahu mengurniakan anak2 sehingga seploh orang sekalipun, sgt2lah dialukan. Ya Allah, ko kekalkanlah kebahagian ini sehingga ke syurgamu Ya Allah..

Semua gambar2 d bawah adalah hasil ciplakan dr Nan's Fotopage. Masa ni umah belom 100% siap. Sehari lepas Maal Hijrah (Yakni bersamaan 8 Dec 2010), da boleh ambil kunci n da boleh duduk bila2 masa sesuka ati kami. Kan besh amik kunci masa tepat2 Maal Hijrah?JANGAN HARAP!! Sape plak yg sanggup mengorbankan cuti mereka semata2 mahu memenuhi impian kami yg nak juga masuk umah baru pada tahun baru kan...?


Inilah kawasan perumahan saya, mudah2an jiran2 semua baik2 belaka. Sangat takut memikirkan adakah jiran2 saya akan menyukai dan menyayangi saya seadanya..Eh???




TARAAAA..Rumah saya 5 pintu dr depan. Dr depan bermaksud yg ada tanah merah setimbun itu ya puan2 dan tuan2.

Mari kita berjalan2 di sekitar kawasan perumahan tersebut.



Kat sinilah Bonda n Walid akan bawak Minah n Abu main2 d petang ari..Ya, saya dlm keadaan meroyan nk anak skang ini. Doakan saya..


Harap maklum, gambar rumah yg 100% siap tidak pula saya ambil gambar beliau kerana keadaan dlm rumah yg panas kerana masih blom ada walau sekelumit kipas sekalipon.

Wednesday, November 24, 2010

Mrs.Halim..

Saya ada kawan..Kami bekerja di tempat yg sama..Hanya dialah satu2nya kawan perempuan saya d opis. SUMPAH saya x curang ngan dia..Saya kawan ngan dia jer sewaktu d department kami..Buktinya, saya x pergi makan ngan kawan perempuan lain pn sewaktu lunch time. Kami juga berkahwin bersama2..Oh ..Oh..Tidak2x, kami bukan berkongsi En.Beh bersama.Kami hanya mengambil cuti kawen bersama2 kerana berkahwin pada minggu yg sama, cuma saya bernikah sehari awal dr beliau kerana tahap kegatalan saya yg terlebih.

Sebenarnya, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih yg x terhingga kpd kawan saya itu kerana sanggup menadahkan telinga beliau sehingga bernanah kerana mendengar setiap luahan saya. Baik luahan mengenai pejabat sehinggalah gosip2 artis yg bercerai-berai...Ngehngeh..Walaupun saya x tahu apa perasaan beliau semasa mendengar luahan2 mengarut saya, tapi saya x peduli n still nak luahkan lagi, lagi dan lagi.....Bolehkan kawan?Bolehkan2x?..

Obviously, ni bukan beliau n suami. Ni Manager kitorang d masa muda mudi. Mari gelak goleng2x..Kah..Kah..Macam Andy Lau pn ada..
Yang ni juga bukan anak mahupun suami beliau. Bapak budak ni gedik namakan anak die Mohd Ichiro Siru.
Mereka bertiga ini juga bukan beliau kerana kawan saya adalah PEREMPUAN tulen.

Eh2x?Banyaknyer gambar lelaki?GATAL ekk?Harap maklum, bahawasanya kehadiran gambar2 rakan lelaki bukanlah menunjukkan tahap kecurangan kami, ini kerana hanya kami berdua mak dara tunggal d dalam department tersebut. Maap yer kawan2, Wa curik gambar korang kt Fesbuk.

Ini lah kawan saya yg bernama Pn.Junaidah bersama En.Suami tercinta; En.Halim. See..Kan betol kami TIDAK berkongsi suami. Pesanan penaja: Korang..kita wat family planning sama2 tau..En.Halim tlg jgn mengandungkan isteri anda terlebih dahulu~huahua..

Award ni ditujukan khas kpd Pn.Junaidah kerana keprihatinan beliau selama ini..Sob..Sob..


Thursday, November 18, 2010

3 Sekawan Terkorban Di Pagi Raya Aidil Adha



See..Itulah kawan2 En.Beh yg terkorban kerana dipaksa makan nasi impit beserta kuah kacang yg dibuat oleh saya. Mekacih juga kpd En.Beh yg dipaksa utk mengambil video n gambar makanan2 tersebut utk dimuatkan d dlm blog ini. 

En.Beh perlu bekerja di Hari Raya Aidil Adha..Jadinya, spt yg telah direquest (Termakan Budi, Tergadai diri), pulang saja dari kerja pd malam raya, saya telah meredah semak samun utk mengambil serai. Takut ooooo...sgt gelap, takut ada ular. Nasib baek x de pape, agaknya Tuan Ular pn merestui niat baek saya bagi menjadi isteri mithali.

Di pagi raya, saya sebagai isteri mithali telah menyiapkan juadah raya d dlm mangkuk tingkat  utk En.Beh menjamu rakan2 d tempat kerja (Pn.Ibu cakap sgt klasik sb bawak bekal n pakai mangkuk tingkat plak tu). Komen yg diterima dr seluruh ahli keluarga n juga rakan2 En.Beh sgt memberangsangkan sehingga ada yg mahu order utk Raya AidilFitri tahun depan.Hik..hik..Masih hengat k saya camne nk buat?

Resepi yg telah ditiru sebijik2 dr Apron of Love:
Bahan: 
  1. 300gram kacang tanah, digoreng tanpa minyak 
     (Haruslah dibuang kulit dulu yer..)
  2. Asam jawa sebesar bola pingpong
  3. 2 sudu besar gula merah
  4. 5 sudu besar gula pasir
  5. Garam n serbuk perasa secukupnya

Bahan2 yg harus dikisar dgn air: 
  1. 6 batang serai
  2. 2" lengkuas (x der pn x per)
  3. 5 biji bawang  merah/1 labu bawang besar
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 15 tangkai cili kering n segenggam udang kering 
     (Dua2 bahan ni, rendam dulu ye, ditakuti liat semasa dikisar)

Cara2nya:
  1. Tumbuk kacang tanah yg telah digoreng 
     (En.Beh x suka kacang ketul2, jadi saya haruslah menumbuk lumat 
      kacang2 tersebut).
  2. Tumiskan semua bahan kisar dgn menggunakan minyak masak sehingga  
     betol2 garing. 
     (Jika x, En.Beh cakap rasanya spt masak sambal).
  3. Masukkan air asam jawa n biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan kacang yg telah ditumbuk n biarkan sehingga mendidih. Kacau 
     sesekali. Masukkan air sedikit  demi sedikit jika terlalu pekat 
     sehingga mencapai kepekatan yg memuaskan hati anda sendiri.
  5. Masukkan gula merah, gula pasir, garam n serbuk perasa. 
     Biarkan mendidih..

Hasil yg sgt memberangsangkan sehingga nenek makan berkali2x


Friday, November 12, 2010

18SX: RAHSIA MENGEKALKAN KEDARAAN

MARI!!MARI!!MARI!!
Mari Dekat!Mari Rapat!
Yang jauh kita dekatkan..Yang dekat kita rapatkan..

Saya bukan mahu menjual jamu ataupun menyebarkan gosip2 terkini artis yg berbikini d kolam renang.Tetapi sekadar mahu berkongsi petua dr DR. Fatimah Az-Zahra ni:-

Petua ini bagus utk kaum wanita, isteri2 khususnya agar sentiasa menjadi perawan. Menurut si Pn.Ustazah, petua ini elok diamalkan setiap hari untuk menjaga kesihatan luar n dalam.

PETUA:
Lepas solat Isya'; ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali, dan Surah Al-Waqiah (Ayat 35-38) sebanyak 7x. Tiup dlm air n minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri n utk kebahagiaan rumahtangga.

MAKNA SURAH AL-WAQIAH:-

 
Ayat 35: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa

 
Ayat 36: Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)

Ayat 37: Yang tetap mencintai jodohnya, serta sebaya umurnya

Ayat 38: (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


NASIHAT:
Jangan sesekali mengamalkan petua di atas di hadapan Mak Mertua anda. Ditakuti akan disalahertikan kita mahu mandrem anak mereka. Mulut cover cikit terkumat-kamit membaca surah2 tersebut. Cubalah, mungkin berbaloi2..


Tuesday, November 9, 2010

Lebihkan Makan Buah-Buahan

Letakkan diri anda dalam situasi:
         Latar Belakang: Keluarga kurang kemampuan
         Tempat tinggal: Flat Kos Rendah, Kota Metropolitan
         Pendapatan: Cukup2 utk menyara diri sendiri

Anda pergi ke Pasaraya Borong (Bukan yg mahal2 k, ingat anda dr keluarga yg kurang kemampuan). Hajat d hati ingin membeli lauk basah spt ikan utk dinikmati oleh seisi keluarga pada malam itu. Selesai menimbang ikan, berjalan k kaunter utk proses pembayaran. Terlalu pula d tempat buah-buahan. Jambu air berwarna merah yg ranum sgt memikat selera anda. Memandangkan duit masih ada lebihan, apa salahnya membelinya sementelah ahli keluarga yg lain juga amat suka buah-buahan sebagai pencuci mulut. Selesai memilih yg terbaik, lalu pergi k tempat menimbang, lalu anda terlopong melihat harga yg terpapar.




Harga Ikan: RM 5.99/kg
Anda Beli: 1.094kg = RM 6.55






Harga Buah: RM 0.98/grm (Yg dipamerkan)
          = RM 9.80/kg (Setelah convert)
Anda Beli: 0.678kg = RM 6.64





Bila di'compare'kan berat ikan n buah tersebut, ternyata ikan lebih berat. Tapi, harga buah lebih mahal. Rupanya harga sekilogram bg buah sangatlah mahal jika dibandingkan dgn ikan. Anda berasa tertipu kerana harga yg dipamerkan adalah di dlm gram. Patutlah nampak murah je. Di dlm hati, lebih baik duit yg dibelanjakan utk buah tadi digunakan utk menambah kilogram ikan. Setidaknya, boleh buat lauk utk esok hari pula. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.
___________________________________________________________________________

Pemakanan seharian hendaklah seimbang bagi tujuan memperbaiki n mengekalkan tahap kesihatan diri. Di dlm carta piramid sekalipun, buahan-buahan terletak di tangga k-2 terpenting n perlu diambil dlm kuantiti yg banyak. 

Tetapi, masyarakat Melayu khususnya n rakyat yg berpendapatan sederhana/rendah terutamanya meletakkan buah-buahan d tempat k-3 atau lebih teruk d tangga terakhir. Bagi mereka: ikan, ayam, n daging adalah lebih penting kerana lauk2 ini mmg perlu diambil bersama2 dgn nasi. Siapa pula yg mahu makan nasi berlaukkan buah??Bilamana terdetik d hati mereka mahu membeli buah2an, harga pula yg menjadi masalah. Pihak2 yg bertanggungjawab perlulah memandang serius perkara ini. Harga memainkan peranan penting bg menggalakkan rakyat membeli buah2an bagi menjana rakyat sihat n produktif sekaligus mencapai tahap negara maju.

Khasiat Buah-Buahan:-
1. Kandungan Vitamin yg tinggi
   Buah2an adalah kaya dgn vitamin n mineral yg sgt penting bg membina badan
   yg sihat serta membantu dlm melawan jangkitan kuaman.
2. Aneka Hidangan
   Buah2an boleh dinikmati secara mentah atau diproses (Jus n Kek). 
3. Sumber Antioksida
   Banyak kajian menunjukkan bahawa buah2an mampu mengurangkan risiko kpd
   penyakit kanser n kardiovaskular.
4. Buah-Buahan Sitrus n Vitamin C
   Buah2an sitrus (Lemon, Limau, Oren) sgt terkenal dgn kandungan vitamin C
   yg tinggi. Vitamin ini dapat membantu dlm pencernaan selain mengurangkan
   kandungan kolesterol dlm badan..
5. Hidangan Paling Mudah
   Buah2an juga makanan yg mudah utk disediakan serta dihadam. Malahan ianya
   mempunyai potensi alergi yg paling rendah. Sungguhpun boleh dimakan
   begitu sahaja, perlulah buah2an tersebut dicuci dahulu sblm dimakan bagi
   mengelakkan dr sebarang kotoran.
(Sumber: Nural)

TIDAK MAHU MENJADI SEPERTI 
RAKYAT SOMALIA YG 
KEKURANGAN GIZI

Friday, November 5, 2010

Kenapa Saya Sayang Keluarga Saya?

Ishkk..perlu k sebab utk sayangkan keluarga sendiri? Darah yg mengalir dlm diri kita sama macam darah yg mengalir dlm diri mereka. Sayang tu terbit secara semulajadi disebabkan pertalian darah tersebut. Saya sgt sayang akan keluarga kecil saya. Kami juga kekadang berselisih faham. Tapi bak kata pepatah, air yg dicincang x kan putus.
Keluarga kecil saya

Tapi, kenapa pula saya perlu sayangkan keluarga di bawah ini pula?Da la tetiba muncul selepas saya hidup selama 25 tahun. Mengenali mereka secara keseluruhannya jauh sekali. Hanya dgn sekali lafas, keluarga kecil saya menjadi besar; dr 1 ibu n ayah kpd 2, dr tiada abang langsung kdp 2 abang sekaligus ngan pakej kakak ipar , adik lelaki n perempuan juga menjadi double. Itu belum dikira ngan makcik2, pakcik2 n anak2 mereka, mmg berkembang ngan pesat sekali.
Mereka juga keluarga saya


Kerana kegatalan saya yg x dapat ditahan2 utk berkahwin ngan En.Beh, makanya saya harus berkahwin ngan keluarga beliau juga. Menjadikan diri saya sebahagian dr keluarga kecil beliau.  Menyayangi mereka seperti keluarga saya sendiri. Saya juga harus menerima baik atau buruk mereka seadanya.

Semoga keluarga mertua saya khususnya Pn.Mama dapat menerima saya seadanya. Rasanya Pn.Mama seantero dunia akan menerima n menyayangi menantu mereka selagi kita menyayangi n melayan anak mereka dgn baik.

Saya Sayang Seluruh Keluarga Saya
Wajah kesayangan hamba
Note: Segala gambar adalah ihsan dr En.Photographer semasa perkahminan kami

Tuesday, November 2, 2010

Cencaru Merindu

KAMI SGT R.I.N.D.U PADA KAMU 
Apabila kami bangun setiap pagi, pasti kamu yg kami yg cari2..
Ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang...
Kamu tiada di situ.
Lalu kami meneruskan langkah dgn harapan yg punah.

Dan bila pulang, tanpa mnghiraukan apa jua keadaan sekeliling,
Kami masih mencari kamu...
Tetapi, kamu tetap tiada di situ.

Oleh kerana rindu yg menggunung itu,
Aku meggagahkan diri menuju k destinasi yg akan melunaskan rindu kami padamu,
Penuh debaran aku mencari dirimu di situ,
Dari 1 longgokakn ke 1 longgokan yang lain..
Ya..Akhirnya aku ketemu dirimu berada di longgokan terakhir..
Wahai Cencaru...
Siap ada harga ahli lagi, sangat berbaloi..

Saya sebagai isteri yg mithali, cewahhhh..sgt memahami En. Beh yg merindui masakan Mamanya yg tercinta. Ekk??Rindu masakan je k Beh? Orangnyer x rindu kah?Maka dgn semangat yg jitu saya telah meredah hutan belantara, mendaki gunung, mengharungi sungai n meredah jammed (Ngehngeh..yg akhir tu je yg betol) untuk membeli sang cencaru yg dirindui itu. Pastilah resepi ni diciplak dr Pn.Mama n telah diolah mengikut tahap kepakaran saya memasak.

Bahan2:
1. Pastilah bahan utamanya ikan cencaru (Ikut lah berapa orang yg akan
   makan)
2. Cili kering/Cili yg telah siap dikisar bagi sesapa yg malas
3. Bawang besar bg yg menggunakan cili kering
4. Garam
5. Serbuk kunyit 
6. Minyak masak

Cara2nya:
1. Siang ikan tersebut. Tapi bukan spt biasa, JANGAN dibelah perut ikan
   tersebut. Hanya tarik isi ikan melalui mulut beliau. Disebabkan ini
   adalah En.Cencaru, haruslah jaket beliau ditarik juga. Berhati2 ya,
   jgn sampai tertarik dgn isinya sekali. Jangan lupa juga utk membuang
   segala insang n sayap2 yg ada. Jika  anda mempunyai tahap kepakaran
   memasak yg ado spt saya, jgn cuba2 utk membelah bahagian atas cencaru
   tersebut, jika tidak segala isi akan terkeluar semasa digoreng.
See??Tiada sebarang perut yg dicederakan. (From the kitchen to his stomach)
2. Lumurkan cencaru yg telah siap disiang dgn garam secara rohani n jasmani
   (dalam n luar). Lumurkan pula bahagian jasmani beliau dgn serbuk kunyit.
   Kedua2 bahan ini dilumurkan secukup rasa yg anda suka. Jika suka masin,
   lebihkan garam.
SILA SKIP CARA 3 BAGI ANDA YG MENGGUNAKAN CILI SIAP SEDIA
3. Sementara menunggu garam n kunyit sebati, kisar cili kering bersama2 dgn
   bawang. Berapa tangkai cili kering yg diperlukan?Buatlah cukup2 utk
   disumbat k dlm cencaru tersebut. Tapi saya lebih suka mengisar segala
   cili kering yg ada, lebihannya disimpan k dlm peti sejuk, senang bukan
   utk masak makanan lain yg memerlukan cili kisar?
4. Goreng cili kisar tersebut setengah masak bersama2 garam. Kandungan garam
   x perlu banyak sgt kerana cencaru tadi juga telah dilumur dgn garam. Step
   ini perlu kerana dikhuatiri cili yg disumbat x cukup masak apabila
   digoreng bersama ikan. Bagi sesapa yg malas, ignore saja step ini n terus
   k step yg seterusnya..
5. Sumbat cili yg telah separuh goreng k dlm cencaru melalui kepala beliau.
   Lagi banyak, lagi sedap tpi jgn sampai melimpah-ruah.
6. Goreng ikan yg telah disumbat bersama2 minyak yg telah dipanaskan. Saya
   lebih suka menggunakan kuali yg sama yg digunakan menggoreng cili tadi.
   Ini kerana lekatan2 cili akan meresap masuk k dlm ikan.
Minyak jadi merah, terhasil dr lebihan cili yg digoreng separuh masak n juga yg terkeluar dr ikan. (Dari dapur Mina)
7. Sebagai hiasan, taburkan cili yg terkeluar dr ikan yg digoreng itu. Utk
   hasil yg lebih banyak, korek cili yg melekat2 di kuali tu. Sangat sedap
   kerana cili ini garing.. 
Hasilnya: SUKSES!SUKSES! (Dari teratak Mak Lang 2009)

Komen2:
En. Beh: Sedap sgt..Mekacih yang (Sambil mencuit dagu saya)..hehe..I loike..
Pn. Ibu: Mmg sedap la kak..

Persoalannya: Siapakah yg dimaksudkan dgn kamu di dlm syair di atas? (Syair kah itu?)
a. Aku
b. Cencaru
c. Kami
d. Pn. Mama

Sunday, October 31, 2010

Termakan budi, Tergadai diri

Ini adalah dialog sepasang suami isteri d waktu malam yg sunyi. Tidak ada kena mengena dgn yg masih hidup atau yg sudah tiada lg d alam maya ini. Cuaca pd malam tersebut amatlah dingin sedingin perasaan si isteri yg ketakutan d atas permintaan si suami bak halilintar itu.

    Isteri:   Beh, terima kasih sesgt sb ikut syg g kenduri kawen tadi 
             (Congratz to Syikin & Hery Vikardo. Mmg nama btol laki ko k 
              beb?), bawak g shopping lg (Walaupn barang2 Beh lg mahal dr 
              Syg), siap belanja pizza plak tu (Baekk, lepas ni jgn order 
              Thai Seafood lg).
    Suami:    X de pape la yang..Benda kecik jer tu.
              Yang...Nanti Raya Haji masakkan kuah kacang utk B ek?
    Isteri:   Ekkk? Ok..

See, kan da tergadai diri sendiri. En. Beh da tabur budi dia pada siang hari tersebut dan saya pula harus membalas budi beliau pada Hari Raya Haji yg akan datang. Seingat saya la kan, keturunan kami blom ada lg yg pass masak kuah kacang. Setiap tahun Raya Aiilfitri pn kami akan meng'kaya'kan Pak Ali Si Penjual Sate dgn membeli kuah kacang beliau sehingga keuntungan tersebut membolehkan beliau naik haji. Sehubungan dengan itu, setelah dikira2 berapa minggu lg yg ada sblm Raya Haji utk saya memcuba beberapa resepi sehingga terhasilnya kuah kacang  yg tersedap seantero dunia, saya pon memulakan langkah mencari resepi  kuah kacang:-

Cobaan Pertama: Kuah Kacang Ibunda (Apron of Love)
Komen dr En. Beh: 
  1. Rasa ok ler tpi still x blh kalahkan kuah Pak Ali.
  2. Kena banyakkan air ni kering sgt.
  3. Kacang kena bg hancur lg
Komen dr Pn. Ibu:
  1. Terlebih rasa bawang putih ni (Ni sb guna lebihan kacang goreng masa
     Raya Aidilfitri, kacang tersebut mmg sudah siap direndam ngan bawang
     putih. Hidup mesti berjimat kannnn)
Komen dr Pn. Nenek:
  1. Podeh ckit (Walaupn sume org rasa x pedas. Ni sb nenek sgt fobia makan
     benda pedas selepas disahkan oleh doktor beliau mengalami sakit dlm
     perut)
Kesimpulan:
     Kena tambah udang kering, letak lengkuas, banyakkan air, jgn malas
     tumbuk kacang bg hancur, kalau masih nk guna kacang goreng lebihan Raya
     utk cobaan ke-2, da x payah tambah bawang putih lg.

Cobaan Kedua: GAGAL
Komen dr En. Beh: Nape bau sambal?? X naklah
Komen dr En. Adik: Rasa macam asam pedas
Kesimpulan:
    Mesti terlebih asam jawa. Pastu gatal letak belacan n asam keping. 
    HUUUAAAA Raya Haji nak dekat, sempat k nih??

Thursday, October 28, 2010

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Berdirinya saya disini bukan mewakili mana2 parti politik tetapi sebagai wakil pengguna2 jalanraya. Sape yg harus melalui MRR2 setiap pagi utk k destinasi yg hendak dituju? x kiralah nk g antar anak sekolah, nk g keja ataupn nk g pasar. Jika YES, antarkan k 333xx. Jika NO, ignore saje entry ini.

Entry ini saya tujukan khas kpd:-
-  Pengguna2 MRR2 (Pengguna2 lebuhraya yg lain blh juga)
-  Kontraktor2 jalan
-  Penyelaras MRR2
  (Eh, macam x pernah nampak pn abang2 peronda sepanjang MRR2 tu)
-  JKR/Pihak2 yg bertanggungjawab

Saya adalah pengguna setia MRR2 yg berulang-alik Gombak-Cyberjaya atas urusan mencari sesuap nasi (sop...sop...). MRR2 adalah sangat terkenal ngan traffic conjunctionnya. Setelah dianalisa, 2 check-point yg wajib terlibat dgn kesesakan setiap pagi adalah bermula dr Bukit Antarabanga sehingga k susur keluar Jalan Ampang n akan bermula semula di Bandar Tun Razak hingga selepas shell Desa Tun Razak. Jika terdapat kenderaan rosak/kemalangan yg berlaku, pasti akan bertambah2 la panjang kesesakan waima pernah bermula dr Taman Melati utk point pertama n utk point ke-2 bermula sebelom Pandan Indah lg.
Gambar d bawah adalah ihsan dr En. Google Map. Sila klik gambar utk tumbesaran gambar2 tersebut:-

Perjalanan yg bermula dgn selesa
Sehinggalah sampai d area Bukit Antarabangsa. Power sterring harus digunakan sebaiknya utk mencilok sana sini
Point #2 pula: haruslah kedudukan kenderaan berada d lorong paling kanan kerana rakyat jelata Cheras akan keluar dr kiri.

Saya masih blh terima utk kesesakan yg biasa berlaku tetapi jika berlakunya kesesakan yg luar biasa, haruslah saya menyalahkan orang yg mengakibatkan kesesakan tersebut. Contoh makian adalah spt d bawah:-
    " gc!#%$^fgd!! Tulah....sape suruh x drive elok2, 
      kn da menyusahkan orang lain"
    " gfh(&*^&!! Da x de duit sgt k nk selenggara kenderaan tu
      sampai rosak?"
Makian2x di atas hanyalah d dlm hati saja OK. Bile dipikirkan balik, saya sgtlah kejam krn bersikap spt  itu ini kerana mereka x menyangka perkara tersebut berlaku pada waktu orang nk g keja. Janganlah ada orang lain juga yg memaki hamun saya dlm diam bila perkara sama berlaku kpd saya kelak (Tersenyum  kambing memohon simpati).

Pernah berlaku kesesakan berlaku dr area Taman Melawati. Sehingga check point p'1 pon penyebab kesesakan masih blom kelihatan
Rupanya2 kemalangan berlaku berdekatan ngan zon selesa. Boleh x ko nk accident depan ckit? Sila jangan tambah kesesakan sedia kala.
Selalu juga berlaku kesesakan d Tasik Selatan/Tun Razak. Yg ni lg parah, kesesakan akan bermula sebelom Pandan Indah lagi. Jika ini yg terjadi, saya akan cilok k Kajang Silk. Terpaksala, walaupon pembayaran tol berjumlah RM3.00. Nanges ooo kalau hari2x

Tapi lebih menyakitkan hati bila perkara yg menyebabkan kesesakan adalah hanya berpunca dr kontraktor2x yg menyelenggara/menurap jalan. Saya sgt memahami frasa kata "Kesulitan Hari Ini Adalah Utk Kemudahan Masa Hadapan". Tapi perlukah kerja2x tersebut dibuat sewaktu pengguna jalanraya sedang berpusu2x k tempat kerja?Tahu x yg saya harus menepati waktu bekerja yg telah ditetapkan oleh majikan yg memberi saya sumber rezeki??!!. Ya, mmg benar kontraktor2 juga mempunyai timeline utk diikuti utk mendapat keuntungan. Tapi, perlukah kami rakyat jelata dipijak n ditindas hanya kerana kontraktor nan 1?!!! (Sambil pegang sepanduk d  depan bangunan JKR). 

"Kerja2 kontraktor jalan hanya boleh bermula pada waktu tengah malam dan mestilah dihabiskan sebelom waktu kemuncak, yakni orang da keluar g kerja"
(Sumber x sohih dr member seopis)
                                                                        
Ketidakpuasan hati telah sampai k pihak JKR. Pegawai khidmat pelanggan mereka sgt superb. Bercakap dgn nada lemah lembut sekali n sgt pennyabar. Saya nk marah2 pon x jadi. Dan x sampai 2 jam pn, pegawai tersebut menghubungi saya kembali utk mengatakan aduan saya telah dikemukakan k pihak yg bertanggungjawab. Kpd anda yg lain: jika ada sebarang aduan, sila hubungi nombor yg tertera:-
No. Khidmat Pelanggan JKR: 1300 888 557
Owh yer, nombor ini juga sgt senang utk dihungi; x payah tekan 1 utk bahasa melayu, tekan 3 utk aduan jalan, tekan 10 utk bla, bla, bla..Dial sahaja nombor tersebut, terus shaja pegawai yg bertugas menjawab.

Saya bukanlah ingin menggalakkan rakyat jelata membuat aduan x menentu tetapi dgn adanya aduan2 yg membina, perkhidmatan yg ditawarkan kdp rakyat jelata semakin bagus sehingga mencapai tahap yg memuaskan. Dgn ini, saya TIDAK bertanggungjawab jika pegawai2 khidmat pelanggan JKR akan selalu dingorat oleh pihak2 yg x bertanggungjawab kelak. 

Tuesday, October 26, 2010

Jauhnya cinta hatiku =(

           
                     (Sumber: En. Youtube, Mode: Jiwang)


Bila mata tak dapat melihat,
Hati mula tertanya-tanya...
Bila telinga tak dapat mendengar,
Hati mula terasa sunyi...
Bila rindu datang menjelma,
Di manakah insan yang harus menemani...? 

                                    (shaella, forum tentang cinta)

Sungguh sunyi dan risaunya apabila orang yg tersayang x d sisi menemani. Benda yg dibuat serba x kena. Asyik termenung je memikirkan dirinya yg jauh d mata. Saya juga merasakan perkara yg sama apabila ada hal emergency yg memerlukan saya n Beh berjauhan walaupun hanya 1 hari (Ngenge...Ayat manja+gedix=JADIX).

Nape ek cinta hati kita sanggup meninggalkan kita lama2? Kata cinta, tapi nak gak berpisah lama2 n jauh2. Ni mesti ada agenda lain ni!! Mulalah kita curiga yg bukan2 kerana takut ditinggalkan oleh sang kekasih. Padahal orang tu g sambung belajar, bekerja untuk tambah pendapatan ataupun hanya pergi untuk memancing@lepak ngan sahabat2 (2 sb terakhir ni, saya kurang gemar sb x da faedah. Lebih baik luangkan masa ngan saya).

Usahlah kita termakan hasutan syaitan
sehingga terputusnya hubungan cinta tersebut
di pertengahan jalan. Yg paling penting,
kita haruslah PERCAYA kpd pasangan.
Tapi, benda paling penting
utk diamalkan ni lah yg paling susah dibuat.
Perasaan curiga yg meliputi diri sgtlah tebal.
Kalaulah ia blh pergi dgn sekali hembus, alangkah senang.
Bagi isteri pula, sebagai wanita yg dijadikan dr tulang rusuk suami,
sesungguhnya anda mmg dikurniakan dgn deria sixth sense.
Maka gunakan deria itu dgn sebaiknya
untuk menilai sikap n perubahan suami tercinta. 

Kita haruslah SETIA terhadap 1 sama lain. 
Janganlah ada d antara pasangan 
(Yg meninggalkan mahupun yg ditinggalkan) 
mensia2kan kepercayaan yg telah diberikan. 
Kepada sesapa yg berniat nk curang tu, 
cepat2 beristighfar n hengat balik kenangan2 manis 
atau belek balik gambar2 sewaktu bersama.

Kalau perasaan menggatal tu masih meluap2 di dada,
cepat2 la capai hanfon/on PC n hubungi pasangan anda.
Bermesralah dgnnya
sehingga terhapus bayangan asing d minda anda.
Jika koordinat anda berdua x la jauh mana,
pulanglah sesekali ke pangkuan orang tersayang.
Amalan KEEP IN TOUCH ini dapat
menerbangkan perasaan curiga n juga dapat mengubat rindu di hati.

Semoga saya juga dapat mengamalkan petua2 tersebut apabila berjauhan dgn Beh terchenta. Saya percaya walaupun saya jauh d mata, tapi tetap dekat d hatinya (Betul kn Beh?!, bertanya sambil bercekak pinggang).

Kepada sahabat2 di luar sana yg sedang bencinta-cintun,
semoga jodoh kalian kuat hingga ke jinjang pelamin dan
hanya akan berakhir di syurga.

Saturday, October 23, 2010

TOLONG!!!P.E.N.C.U.R.I

NeNong....Nenong...Nenong..
U'RE UNDER ARREST

Oh Tidak..Rumah saya tidak dirampok, saya juga tidak diragut. Suami saya juga masih di sisi, masih belom ade sesape yg berani kebas. AWAS!! Kepada sesape yg berniat ekk.

Sedih sgt kalau ada d kalangan kite ada habit mencuri ni. Kadang2  tu, bukan sebab si pencuri x de duit, tpi da jadi habit la plak. Selagi x kena tangkap, mmg besh la dik oiii tapi bile da tertangkap, sape yg malu??

Mari kite kaji sebab2 si pencuri berperangai mazmumah nih:-
1. Ketagihan
Bukan ketagih dadah tau, tpi si pencuri ni akan berasa gatal tangan kalau x g mencurik. N yg paling besh diorang ni bukannyer x de duit. Tapi dua2 jenis ketagihan pon adalah berdosa OK.     
2. Kesilapan kecil
Ada juga orang yg disalah anggap sebagai pencuri keranan kesalan kecil spt secara x sengaja menyorokkan barang atau terlupa untuk membayar. Oh, ibu saya pernah jatuh d kategori ini. Bile nk kuar dr 1 pasaraya, terus kena tahan ngan guard. Rupanya2 ada kasut baby yg termasuk dlm barangan yg dah dibayar. Aikk, magik sungguh..Bile n bagaimana kasut tu ada kat situ??nasib x kena tangkap u...Kalau x, saya membesar dengan kekurangan kasih syg seorang ibu. Huhu..
3. Grab d opportunity
Da barang yg lama sudah dihajati depan mata, rasa selamat plak tu utk diambil, maka grrrrraaabb n C.A.B.U.T

Setelah saya mengodek2 En. Google, ada d antara si pencuri ni yg dikategorikan berpenyakit kleptomania . Kleptomania ni adalah sejenis penyakit mental yg cenderung utk mencuri sekecil2 atau semurah2 barang. Dan yg paling sedih, pesakit ini juga x menyedari mereka melakukan jenayah mencuri.

Jom layan video dr Youtube ni:-

Apada ini pencuri?? 

Friday, October 22, 2010

EH??U wat keje umah??U kan lelaki..

Gugurl: Wah...I suke la lelaki yg macam u ni..Prihatin..
Mak sang Lelaki: Laaa..Watpe nak susah2?Mak kan ade blh wat..
MIL sang Lelaki: Untung ko Senah, dapat laki camtu.
Saya: Mekacih Beh..

Alamek, hopefully Beh tulun Syg dengan banyaknyer n dengan seikhlas ati bile kite duk umah sendiri (Berharap sambil mengerdipkan mata selaju yg boleh).

WISHLIST:
1. Harap Beh x merungut bile Syg mintak tulun
2. Harap Beh wat keje secara berlebihan dr yg diminta
3. Harap Beh dapat wat keja tanpa disuruh. Nampak je yg x kena, terus bergerak ngan sendirinya
4.Harap Beh dapat menyayangi Syg selamanya         
   (Eh???Tetiba..Ngehngeh...)
 

Sample Text