Pages

Thursday, August 16, 2012

TAK CURRRRRLAAASSSSS LAH BELI KUIH RAYA. Ai buat sendiri tahu??

Currently rumah is macam kapal karam. Buat kuih raya punya pasal, habis 1 rumah tunggang-langgang. Gadjet2 dapur yg dah setahun bertapa dlm kotak memasing habis saya keluarkan semua. Ada atas lantai, ada atas meja, ada atas kitchen bar, ada jugak yg saya letak atas mesin basuh, semua tempat dah penuh kan??atas mesin basuh pon jadi. Itu belom lagi tepong berselerak atas kabinet dapur, gula kastord tertumpah atas lantai.

 



Sebenarnyer bukanlah rajin sangat pon nak buat2 kuih ni tapi buat syarat je sebab masa mula2 kawen, En.Beh belikan oven. Pastu, saya siap redeem mixer pakai point bonuslink. Dah jatuh wajib lah kan utk buat kuih sendiri walaupon hanya 3jenis kuih simple2 saje. Buat TETAP kena buat. Yang penting jangan sampai En.Beh convert oven tuh jadi aquarium. Sapa yg susah?

Tart Nenas kesukaan saya. Biar rupa huduh, yg penting nenas melimpah ruah

Biskut jejari beli kt pasar malam RM14/kg. 1 salut ngan dark coklat, 1 lagi salut ngan white coklat. pastu tabur ngan hazelnut/colorful rice.

Kuih sedap sepanjang zaman. Cornflakes madu

Kalau dah x sempat sangat, packing baju cepat2  n terus balik umah ibu. Balik dr kampung nanti baru pikir nak kemas rumah, nak cuci pinggan-mangkuk, nak cuci toilet, nak lipat baju, nak cuci kipas, nak sapu rumah, nak mop lantai, nak vacuum karpet, dan lain-lain lagi. Lagipon saya bercuti setakat cuti umum je. Hari Rabu start kerja semula, blh lah kemas rumah masa tu. Berharap xde tetamu datang beraya selagi saya blom siap kemas rumah. Kalau ada pon, saya akan suruh mereka layan diri sendiri sambil2 saya sambung kemas2 rumah. Hahahaha giler kena mengumpat aku lepas tu.

Baju atas sofa 2-seaters. yg atas 3-seaters 3x ganda banyak dr ni.

Yg ni kuantiti sebelom siap masak kuih. Sila imagine sendiri kuantiti selepas kuih siap dimasak. EH, dah boleh jadi soalan matematik UPSR tahun ni.


SELAMAT HARI RAYA SEMUAAAAAAAA
SELAMAT HARI RAYA KELUARGAAAAA



Monday, August 6, 2012

Maafkan Bonda Sayang~Bonda Cuai

Orang kata apa yg jadi kat kita sekarang adalah balasan kpd dosa2 kita yg lepas. Betolkah?? Lepas satu, satu dugaan yg datang menimpa diri saya. Bukan nk mengeluh tapi apabila anak yg jadi mangsa, sungguh saya menyesal sangat2.

Sejak pandai jalan, Ilham memang x reti duduk diam. Semua tempat die nk explore. Cerita die pandai jalan pon blm sempat nk update kan? Actually,Ilham baru je pandai jalan, 2bulan lebih dah rasanya. Masa umur die 1tahun2-3bln. Sempatlah die tunjuk keletah jatuh-bangun masa mula2 belajar jalan kat arwah atok die. Bukan main seronok arwah ayah saya cerita kt semua orang cucu die dah pandai jalan. KENANGAN~

Atas kecuaian diri saya sendiri dan bukan salah sesiapa, anak saya, satu2nya anak kesayangan saya, buah hati saya, MELECUR sebelah kaki sb die tarik wayar periuk nasi yg tengah mendidih. Saya perasan die xde depan mata tapi masih buat xtahu sampai dengar die meraung kesakitan akibat terkena air didihan nasi. SALAH BONDA!!

Ya Allah, lindungilah anakku. Sesungguhnya dia masih kecik utk menanggung kesakitan ini.

Robek hati bonda sama dgn kulit adek yg robek tu nak....Salah bonda lagi sb letak ubat gigi kat bahagian terbakar tu sb dengar mitos ntah dr mana konon2 nak bagi kulit melecur tu sejuk sblm sampai hospital. Tapi doktor cakap, ubat gigi/kicap boleh menyebabkan infection. Seeloknya rendam adek dlm besen or jirus bahagian yg melecur tu sblm hantar ke hospital.

Walid sanggup tido dlm kereta dr malam sampai pagi sementara tunggu waktu melawat. Nasib baik nurse baik hati bagi Walid masuk kejap utk sahur.

MAAFKAN BONDA SAYANGGGGGGG

   Adek xnak lepas dr pangkuan bonda ngan walid. Adek rangkul leher kami kuat2 macam nk bagitau tolong jangan tinggalkan adek. Adek rindu Bonda sama Walid.






Thursday, July 26, 2012

Sape Nak Gula Free??

Gula dlm badan saya ni banyak sangat. Sesape yang nak, blh contact saya. FREE je saya bagi. Saya disahkan penghidap kencing manis dan kena bergantung dengan insulin seumur hidup. xpelah, ai redha. At least Allah dah bagi warning awal2 sebelum DIA cabut nyawa saya kan?

Saya nak bagitahu simptom ketara dan kesan ketara yang terjadi kat diri saya. Dekat orang lain idokler pulok teman tahu yop. Kalau nak tahu jugak,sila tanya En.Google sendiri yer. 

SIMPTOM:
Saya cepat betol rasa dahaga. Minum banyak sampai berbaldi2 setiap hari. Hahaha...melampau! xdelah sampai berbaldi tapi memang over dari orang lain. Lepas minum, tetap rasa dahaga lagi, minum lagi, dahaga lagi, minum lagi lagi dan lagi. Dah kata minum banyak, kencing pon keraplah. Sampai saya rasa badan saya x filter pon air yg saya minum tu. Minum je, terus keluar semula. Penat tau ulang-alik bilik air. Bayangkan waktu malam saya boleh terbangun 2-3kali semata2 nak terkucil. Mengalahkan orang mengandung. Harap maklum, air yang saya minum banyak2 kali tu adalah air masak semata. Saya sangat kurang minum air manis2 ni.

KESAN:
Masa saya buat entry pasal berat badan, January 2011 berat badan saya 49kg. 3-4bulan lepas tu berat badan turun ke 47kg. Berat badan terkini: 45.9kg. Ikut perkiraan setiap tahun TURUN 1-2kg. Cuba kira berat saya lagi 20tahun akan datang. Huaaaaaaaaaaa tinggal kulit je la gamaknyer. BMI index memang confirmlah underweight. Kena naikkan ke 49-50kg utk dapatkan normal weight. Tapi apa yg saya confius sesangat, nak dapatkan normal weight kena tambah makan, bila tambah makan kandungan gula mestilah meningkatkan? Abis camno? Kena tanya doktor ni masa next checkup.

Herankan orang yg x minum manis n kurus meleding macam saya pon boleh kena kencing manis. Tapi alhamdulillah lepas cucuk insulin, saya dah x selalu rasa dahaga n secara automatiknya x kerap kencing lorh. Kurang beban nak menghadap toilet semedang. Beban lain plak menyusul sb nak kena menghadap klinik kesihatan setiap bulan sb saya kini secara sah adalah pemegang buku PESAKIT DIABETES.

Klasik benor misi kat klinik kesihatan ni eja nama aku serupa itu.



Wednesday, July 11, 2012

Manyak Susah oOoOOooo Makanan Selit2 - Part 2

Narik napas dalam2....hembus...tarik...hembus....

Skang baru blh sambung citer pasal operation gigi. Untuk makluman, cerita ini berlaku dlm bln 3-5, lama dah pon. Gigi saya pon dah sihat. Tapi lately, banyak sgt benda yg jadi. Lepas satu, satu yg jadi. Bak kata org, lepas jatuh tertimpa tangga. Itu yang cerita ni duk terperam.

Kan sepatutnya, dlm masa terdekat mmg xde slot kosong utk pesakit gigi.

EMERGENCY CASE DISUSUKAN, PESAKIT GIGI YG GUSI BENGKAK DIBIARKAN KELAPARAN.
Itulah slogan bilik OT kat Hospital Kajang agaknya. Jangan lepas ni korang g Hospital Kajang, pastu tercangok2 cari slogan ni. Mampos hakak kena saman dek nonnnnnnnnn

Tapi lucky me sb bulan 5 lagi pihak hospital dah cal n bagitau esoknya saya kena admid ward sehari sblm kena bedah. Baguskan??Diorang hengat opis tu hakak yg punya sesuka hati bagi notis 24hrs nk amik cuti 3-5hari??Nasib baik x pilih option 1 kan?Kalau x sampai skang pon, sampai saya taip entry ni pon gigi saya kekal camtu.

Orang lain masuk hospital sakit, keluar hospital dah sembuh. Tapi bukan utk pesakit2 gigi yer hadek2. Keadaan adalah terbalik. Masa admit punyalah sehat walafiat, makanan yg diorang bagi semuanya licin saya melantak. Sape kata makanan hosital x sedap?Tapi bila dah siap operation, masatu baru ko tau langit tinggi rendah. Ko nak bukak mulut lebih dr setengah inci pon MENANGESSSS!! 

 See??Gumbira hati dapat duk hospital. No kerja, No suami, No anak. Tido ngan aman

Bukti makanan hospital sedap. Sampai habis saya kerjakan.

Effect dia sangat membimbangkan hati seorang ayah. Lepas bedah, mulut akan rasa sangat sakit. Even nak makan bubur pon x sanggup. Saya muntah darah, hidung pon keluar darah. Maunya arwah ayah x risau kan?Masa dia nak balik, tetiba tersembur muntah darah kelam kelibutlah dia panggil nurse. Semua tu effect dr tiub yg doktor masukkan dr hidung ke kerongkong masa bedah tu. Yang herannya, effect tu semua berlaku kt saya sorang je, amoi sebelah yg bedah gigi gak selamber je tido. Tido tu mmg effect wajiblah pada semua org yg buat operation sb kesan bius lambat nor nak hilangnyer. Amoi tu punya kental, dia uruskan sendiri semua proses masa nak discharge. Kagum hakak!!

Saya nak share benda yg memuyskilkan saya sblm masuk bilik bedah. Selama ni nampak pesakit lain kena sorong masuk bilik OT semuanya dlm keadaan x sedar sb saya tahu diorang mmg sakit teruk. Tapi saya duk pikir camnelah  keadaan saya masa diorang nk sorong tu sb saya bukan sakit terlantar pon. x kan saya kena jalan kaki g bilik OT? kalau diorg sorong pon, malu ler orang lain duk tengok kita kan?Rupanya2, malam sblm tido, saya kena makan ubat tido. Bangun pagi dlm kul 5 nurse kejut suruh tukar baju operation n kena makan ubat tido sekali lagi. Hasilnya, masa diorang  sorong masuk bilik OT saya mmg mamai giler. Bangun2 je saya dah ada balik kat dlm ward.

Effect kekal sampai bila2 adalah ke-empat2 gigi bongsu saya (atas,bawah,kanan n kiri) semuanya dah xde. Kunyah makanan kt bahagian  belakang mesti terselit.Susah tahu??

Thursday, July 5, 2012

Manyak Susah oOoOOooo Makanan Selit2 - Part 1

Bagi golongan berkasta rendah macam saya ni, haruslah segala jenis penyakit refer ke GOMEN klinik/hospital.

Al-kisahnya saya sakit gusi sebelah je. Dah kata gi klinik gomen kan, kenalah berkurun tunggu appointment. 1st time pergi, tunjuk gusi bengkak doktor kata sb gigi bungsu tumbuh menyenget tapi doktor kata xblh buat sb x-ray rosak.Boleh?? Nak datang klinik bukan senang, cepat2 saya cari mana gigi berlobang n suruh doktor tampal. Buat appointment next week plak, doktor kata dia xblh buang gigi senget tu sb berisiko n kena refer kat doktor pakar kat Hospital Kajang nun. Cet, awatnya x habaq awai2, kan baguih kalau masa 1st pergi terus je bagi surat refer k Hospital Kajang.tp anda semua kna fakamla kn.dh memang lumrah hidup cam tu.setiap yang kita rancang HAIPPPP!! sibuk je En.beh ni, orang tengah urut badan die, blh plak die sambung taip.

Harap maklum, appointment ngan Hospital Kajang bukan the following week yer. Klinik kena tanya kalau2 ade slot kosong dlm masa terdekat, tapi nan hado..sampai gusi saya pon dah x sakit. By the time gi Hospital, NASEB BAIK time2 tu jugak gusi sebelah lagi rasa sakit. Terus cakap kt doktor. Kalau x, maunya kena repeat all the procedures AGAIN!! Wat x-ray sekali lagi, seeeeeeeee kan xperlu masa kt klinik nak tunggu diorg baiki mesin x-ray at the 1st place. Rupanya2, gigi bongsu kanan n kiri tumbuh senget. Hujung gigi memang dah potong urat sarap. Doktor bagi option:

1. Cabut satu2 means 1 appointment utk buang 1, pastu wat appointment sekali lagi utk buang yg 1 lagi. Tapi slot kosong untuk 1st appointment dlm bulan7 katanyer.
2. Masuk OT utk buang dua2 gigi terus sekaligus. Tapi option ni lagilah xtau bile sb kena share OT ngan kes2 lain kt hospital. FYI, OT kat Hospital Kajang ade 1-2 SAHAJA. Jadi kena bagi laluan kat emergency kes macam org beranak, accident, etc...etc...etc..

Memang x lah kannnnnn nak pilih option 1, setakat haku gi klinik banyak2 kali tu pon bos dah bebel2. Tawakal je lah pilih option 2 yg xtahu bila tapi buat sekaligus. Kiranya g hospital masa tu, utk amek x-ray n pilih option mana?Dah alang2 sampai hospital kan, bila doktor tanya nak buang x gigi bongsu kanan belah atas sb sementara nk tunggu appointment at least gigi tu x ganggu gigi yg belah bawah bila tutup mulut, saya terus angguk laju2 tanda setuju.(Paham ke x ni?sila tingkatkan daya imaginasi anda yer kengkawan semua)

 Source: Google
Lebih kurang camnilah rupa dua2 belah gigi yg tumbuh tu. Nampak garisan kt bawah gigi tu??Bahagian gigi yg tajam tu dah potong garisan tu n urat2 sarap saya.


Bersambung ke part 2 plak, panjang sangat dah ni. Hengat kesah percutian je ada sambung2?? Kesah cabut gigi pon ade sekuel tahu??




Wednesday, June 27, 2012

Al-Fatihah Buat Ayah Tercinta

Tenanglah wahai Ayah
Semoga ayah ditempatkan di kalangan umat-Nya yang beriman
Tenanglah wahai ayah
Kami akan sentiasa berdoa untuk ayah di sana
Tenanglah wahai ayah
Akak akan jaga keluarga kita dengan baik
Tenanglah wahai ayah
Insyaallah kita akan berjumpa di SANA nanti
Tenanglah wahai ayah untuk menjawab soalan Munkar dan Nankir
Tenanglah wahai ayah kesayanganku KAMARUDDIN BIN MD TAHIR
Terima kasih kerana telah menjadi ayah yang terbaik dari kami adik beradik kecil sehingga ke akhir hayat ayah



24/06/2012 - Ayah pergi buat selamanya
25/06/2012 - Ibu sambut hari lahir ke-54 tanpa suami di sisi

Bertabahlah wahai hati, bertabahlah wahai Ibu, bertabahlah wahai adik-beradik ku, bertabahlah wahai keluargaku.
Allah lebih menyayanginya.

Wednesday, June 6, 2012

Dah 2Tahun Ker?

Belek balik album kahwin 2 tahun lepas, buat saya senyum n sengeh sorang2. Sangat indah moment2 tersebut. Memang x terasa langsung 2 tahun tu berjalan dgn pantas.

Kadang2 rasa macam belom kenal sepenuhnya perangai En.Beh, kadang die mampu buat saya terbang tinggi sampai langit ke-7. Huhu...Metafora sangat khennnnzzz.
Kadang plak sampai saya nak lari jauh2 bawak pasport merah pon hader. Tapi lepas pikir masak2, fulus pon nan hado nak lari bawak passport merah bagai makanya lari ke rumah ayah bonda pon memadai.
Huwaaaa~~Bebeh dah x sayang kt sayang lagi, merajuklah cenggini!!Sila hantar saya ke rumah ayah bonda yang sekangkang kera jaraknya dr umah kita tu.
Korang hengat ada laki hakak nak layan perangai meroyan gitu? Kem salammmmmzz

Dalam tempoh 2Tahun nih, hidup kami belom pon stabil. Belom mampu pakai keta BMW, belom mampu duk umah banglo, belom mampu jejalan obersea, nak tambah anak pon pikir juta-juta-juta kali tahu?
Prinsip En.Beh, asalkan bini dia cukup makan, asalkan anak die cukup susu ngan diapers sudah...
Tapi ai teringin nak makan Nasi Briyani Gam Johor lah Bebeh sempena anniversary kita (sambil buat muka seploh sen). 
Nasib baik dia layankan, kalu x terpaksalah saya masukkan Nasi Briyani dlm wishlist tahun depan pulok.

Marilah kita layan gambar2 indah di hari bahagia kami 2Tahun lepas. Rasanya belom pernah tempek kat blog ni. Kalau dah pernah tempek pon, hader haku kesah. Haku tengah fefeeling romantis ni tau..

 Baru lepas nikah, nak duk kepit2 pon  malu lagi

Camnolah boleh kawen ngan kanak2 ribena ni? Muka sangat suci murni hokeh!

Hamek ko!!Rumah dah lengang sikit, terus meloncat atas katil. X menyempat dahhhhhh





Tuesday, June 5, 2012

Family Clicks Buat Jualan Oiiiiiiii

Jangan lepaskan peluang ini wahai kawan2ku yg dikasihi sekalian. Cewahhhhh...mentang2 nk suruh orang membeli, dan din don nak mengasihi kamu org semua.

Meh sini kamu2 semua jenguk2 ke blogshop kami adik beradik untuk habeskan semua stok ni weyh...Dah x larat tengok stok ni dlm gudang lama2. Promosi cuti sekolah ni bermula 05/06/2012-19/06/2012. Bolehlah kamu org semua bagi reward ke anak2 sebab dah belajar untuk periksa tengah tahun haritu khennnnnzz?

Harga tidak termasuk kos penghantaran yer kengkawan. Sapa mahu order blh email ke familyclicks@yahoo.com


Kalau malas nak click banner atas tuh, hakak tunjuk terus barangan yg di offer kat sini:-


SPELLER JUNIOR
KOD: ET12008
HARGA ASAL: RM 13.60
SALES: RM 8.00

LEARNING MACHINE
KOD: ET12009
HARGA ASAL: RM 34.00SALES: RM 29.00

PUZZLES-GAME
KOD: ET12010
HARGA ASAL: RM 35.00
SALES: RM 30.00

ALPINIA OXYPHILLA BRICKS
                                         

KOD: ET12011
HARGA ASAL: RM 19.20
SALES: RM 14.00

PETS BLOCKS
KOD: ET12012
HARGA ASAL: RM 23.60SALES: RM 18.00

TAKE-ALONG MUSICAL VOGUE
KOD: ET12013
HARGA ASAL: RM 42.40
SALES: RM 35.00

DR.OWL TALKING ALPHABET
KOD: ET12002
HARGA ASAL: RM 26.00

SALES: RM 23.00

ANGRY BIRDS MINI NOTEBOOK
KOD: ET12001
HARGA ASAL: RM 22.00
SALES: RM 17.00

FUTURE STAR TRAINING GUN
KOD: ET11005
HARGA ASAL: RM 41.00
SALES: RM 34.00

TABLETOP FOOTBALL
KOD: ET11001
HARGA ASAL: RM 55.00
SALES: RM 48.00


Saturday, May 19, 2012

Si Cengeng Buah Hati Bonda

Budak kecik ni kalau dah start enjin menangis memang susah lah nak pujuk. Ntah ape pe'el meraung lama2, bila kita pujuk taknak, last2 die dah penat mintak pujuk gak. Ape kes? Hengat nak merajuk sampai tertido sendiri, NAN HADO!!Wat penat ko jelah dik meraung lama2 sampai terkeluar anak tekak bagai..

Walid die sampai pesan awal2 kata xpayah datang gerai burger, amik die kt nursery je terus balik umah sebab bile nampak je buka bapak die terus meraung nak mintak cubitan manja dari Bonda. Aishhhhh....malu lettew ada anak cengeng lagutu. U baru hadap beberappa minit je sehari yang oi, ai ni dok hadap sorang2 kat umah setiap hari tahu?
 
Dah dengar kan?Dah tengok sendiri kan?Mak mana yang x naik hantu kalau dah penat2 balik kerja, anak dok meraung camni. Tapi jangan risau, saya x pukul pon die ngan bantal. Saya ni bonda yang penyabar, CEWAHHHH Paling2 pon saya lepuk bontot die sedas dua, pastu wat xtahu macam xde pape yg berlaku. Bila die dah penat, pandai2lah die cari Bonda die kan?

Teori En.Beh: Mandikan die, pakaikan baju cantik2 dengan harapan mood die OK. Hahahaharapan tinggal harapan jelah yang oiiiiii



Wednesday, May 16, 2012

Entry Emo Pepagi Buta

Baru habis tengok hindustan ntah ape tajuknya saya x amik tahu.
Yang penting nak cakap motip cerita ituh sgt menyakitkan hati nurani saya sebagai seorang isteri yang x berapa nak mithali nih.

Mananya saya x naik hangin, bini orang pergi bercinta n tido ngan laki orang. Pastu, balasan jahat yang diorg buat hanya dapat hukuman menderita selama 3 tahun. Mana cukup beb!!Ending dapat bersama pulak mereka yang membuat onar tuh. Sepatutnya salah seorang rasa bersalah terus g bunuh diri. Pasangannye plak terus jadi gila sebab kekasih durjana dah mati. Huahuahua...Puas hati aku kalau ending macam tuh.

Saya speku memang ada cerita benar yang jadi sebab tu ada jalan cerita yang macamni. Kalau xde angin, xkan pokok bergoyang kan? Ada kena mengena ke peribahasa saya nih? bantailah....Rasanya kat Malaysia yang tercinta ni pon dah berlambak manusia2 hilang akal yang camni.

Tolonglah wahai wanita2, perempuan2, isteri2 sekalian. Janganlah kamu menjatuhkan maruah sendiri untuk memenuhi kehendak dan nafsu sendiri.
Kalaulah perkahwinan kamu bukan atas dasar cinta atau dah xde cinta dlm hati kamu untuk suami, silalah  cari jalan penyelesaian yang baik tapi bukan ko pergi curang ngan jantan lain. BERDOSA tahu!!

Pada sayalah, bila korang dah curang balasannya haruslah menderita seumur hidop. x layak hidop bahagia uolzzzzzzzz.

Owh ye, selain tamak saya juga seorang pendendam uer kawan2.
Sebelom menutup bicara haruslah diingatkan entry ni bedasarkan emosi selepas menonton hindustan tersebut. Baik mention awal2, kang ada plak yg terasa hati terus kotak komen penuh dgn reply emo2 juga. Hoho..Pernah plak kotak komen lebih dr 3 kan?xde komen langsung hader. SEDEH!!

Tuesday, May 15, 2012

Jiran Saya Beshhhhhhhh

Tahu2x...lama giler menyepi tetiba keluar entry pasal jiran. Tapi jika tanpa mereka sekeluarga pastilah entry ini juga tiada.
En.Beh mintak tolong tukar setting lappy tercabut keypad nih tapi bile dapat balik, suami jiran dah siap setup wifi bagai.Login lappy je, terus connect ke wifi mereka. Sangat seronok tahu??Korang hader jiran macam gini?

Kalau bab makanan x payah ceritalah....isteri jiran memang sangat suka memasak. Kalau dah memberi, sampai saya boleh bawak bekal ke opis siap jamu kawan2 lain lagi. Punyalah banyak die bagi.
Pernah sekali En.Beh belikan kayu manis, tapi balasannya dapat nasi ayam untuk lunch merangkap dinner terus.

Jangan korang hengat kami x pernah membalas apa2 tahu, keji sungguh pemikiran kamu2 yg dah start mengata ke hakak ni. Adalah jugak kami bagi barangan basah sebagai balasan. Contohnya ikan hasil memancing En.Beh yang pergi 10jam tapi hasilnya setakat 2kilo. Tapi lepas dah siap masak, pasti makanan tersebut sampai juga ke rumah kami. Korang hado??

Saya x mahu tempek muka jiran saya disini takot2 korang dah mula rasa mereka sekeluarga ni sangat besh dan cuba merampas mereka dr kehidupan saya.
HAKU MEMANG TAMAK HOKEY!!

Wednesday, April 18, 2012

KETEPI!!!AKU NAK CEPAT NI

Mesti korang pernah nak cepat tapi rasa kenderaan depan korang lembaps nk mampus kan? Punyalah maki2 kt driver depan tuh padahal org tuh bukan dengar pon!! Buang karan jer tapi asalkan hati puas apa adahalkan??? Pastuh siap cucuk2 belakang die rapat2 kunun nk bagi si driver paham yg korang nk cepat n tlg blah ke laluan lain tapi diri sendiri cuak sebenarnya sb buatnye driver depan buat emergency break, OMAK KO!!Melayanglah duit plus masa bertambah lambat sb nk kena mintak ampun sambil buat muka comel.

Tapi percayalah korang pasti akan termalu dengan diri sendiri bila tiba2 baru terperasan kenderaan depan korang tuh sebenarnye bertampal sticker OKU. Terus rasa nak nanges dan beristighfar banyak2. Masa tuh baru slow down speed, sandar kepala dan continue drive peacefully.  

Wednesday, March 28, 2012

Sekitar majlis ulangtahun Kami

Majlis kami ber-3. Pasrah jelah hakak duk tersengeh gitu sb pic ni je yg Ilham senyum. Psssssttt semua org cakap baju Ilham macam gegirl. Betulkah???



Nampak x ade 1 kepala asing dlm gambar ni?? (Bahagian sudut bawah kiri). Dialah budak kecik paling kecoh dan cube utk makan strawberi tart ngan aiskrim itu. Sabar yer sayangku Daniel, pasti Maklong bagi awak makan.

Hampir terlupa nk amek gambar ngan En.Beh. Naseb baik ayah tlg ingatkan.Huhu~

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG HADIR~~!!
                       

                       
    
                                   


                                   

Ramai lagi (30-50 orang) yang hadir. Maaf saya x berkesempatan capture gambar kamu semua.


Monday, March 26, 2012

Ilham makin bujang, Bonda makin berusia, Atok makin tua

x sangka pejam celik, Ilham pon dah setahun. Banyak sungguh pahit manis yg kami suami isteri tempuh sepanjang menjadi Walid dan Bonda kpd si Ilham ni. Sebagai orang yg kedekut kederap, saya juga mempunyai impian utk meraikan ulangtahun pertama pertama hati si ulam jantung nih. Tapi memandang bufday saya dan atok si Ilham pon jatuh bulan yg sama, kami tumpanglah sekaki. Kalau ikutkan hati, combine 1 famili punye bufday celebration bagi jadi upacara tahunan. Huahuahua~Orang x cukup bajet memang begini yer tuan2 dan puan2 sekalian. Harap Maklum.

Dari A-Z semuanya DIY, sang suami approve sahaja nak buat majlis dan tarikh yg dicadangkan, terus berdesup saya buat proposal tapi banyak kena reject da!!2 minggu sblm tarikh, memang saya SEORANG diri bertungkus lumus menyiapkan ape2 yg patut. Hari kejadian, syukur famili saya sgt banyak membantu. TERIMA KASIH UOLLLLZZZZ. Jasamu dikenang.

Menu: 
1. Bihun Sup - Atok saya masak
2. Nasi Goreng - Atok saya masak
3. Keropok Lekor - Angah, Ayah dan MIL gorengkan
4. Nuget - Angah goreng
5. Fries - Angah goreng
6. Puding Koktel - Saya buat sendiri
7. Popia Goreng - Saya buat sendiri
8. Buah Betik - Beli kt pasar malam
9. Buah Betik - Sponsored by Badron
10. Air Laici - Adik ngan Angah bancuh
11. Kek Aiskrim - Beli melalui Groupon
12. Strawberi Tart - Saya buat base, selebihnya Angah ngan U'un buat

KOS untuk majlis ciput kami:
Makanan: RM 150.00++
Goodie Bag (50pcs) & Cekelat2: RM 70.00++
Decoration: RM 30.00++
Kek Aiskrim: RM 59.00++
TOTAL: RM 309.00+/-

REMARK: Gambar lain akan disisipkan utk WW sebab haku rasa dah penat nak menaip.


 

Friday, March 2, 2012

TAZKIRAH JUMAAT

SENYUM ITU SEDEKAH
Senyumlah seindah suria kpd sesiapa shj yg kita kenal mahupun tidak. Oleh itu, selalulah tatap muka saya yg comel ni supaya pembaca semua boleh tersenyum selalu. Owh tidak, berbangga diri juga tidak bagus yer~






CINTAILAH DIRI SENDIRI
CEWAH!!saya masih baby lorh. mana tahu pasal cinta-cintun nih. Tapi yg saya tahu, saya mmg sayangkan Bonda ngan Walid saya.

















SAHABAT SEJATI
Semoga saya akan menjadi sahabat yg setia kepada bakal sahabat saya. Tapi kan, sahabat sejati boleh bertukar jadi cinta sampai mati tak??Haip!!!Ilham...meh minum susu ni~

Tuesday, February 21, 2012

Kata-Kata Nenek

Kekadang ape yg nenek cakap boleh membuatkan saya WOW!!You ROWKZ lah nenek!!~

Situasi 1:
Kereta di hadapan kami bergerak terlalu perlahan. Tetiba nenek bersuara: Cuba tengok siapa yang pandu kereta depan ni?Ni mesti orang tua yang bawak. WAHHHHHHH..kelas ko NENEK!!

Situasi 2: 
Saya: Nenek, akak rasa nk tambah anak ler dlm tahun ni. Ilham pon dah besar.
Nenek: Ishk, tunggu lah dulu Ilham masuk darjah4 baru tambah lg sorang.

*Mak aihhhhh, 10tahun sekali die suruh hakak beranak. Hengat hakak makin muda??

Tengok rupa nenek saya, nampak je muka berkedut seribu tapi jiwa muda ni uollllllllzzzzzz

Friday, February 10, 2012

Kisah KFC di i-City

Kalau dah guna isu semasa sebagai tajuk di atas tapi masih tidak menaikkan trafik, x tahulah hakak nk cakap ape lagi. Pada sesiapa yg x menyedari akan isu semasa tersebut, sila google sendiri. Malas hakak nk kupas panjang2x. Tapi semasa lawatan keluarga kecil kami ke i-City, memang hakak ada singgah di KFC tersebut utk terkucil tapi tidaklah pula meniggalkan kata2 kesat kpd pekerja di sana atau hakak kena tumbuk dgn mereka. Huhu~End of kisah di KFC.

Kebetulan mahu menghantar adik ipar pulang ke rumah sewa beliau, makanya singgah ke i-City ini. Kalau tidak, memanglah M.A.L.A.S untuk ke Shah Alam pada malam2 hari semata2 mahu melihat pokok2 dan binatang2 yg berlampu ini. Bayaran masuk <RM5.00 (Alamak, lupa plak harga sebenar) untuk 1 kenderaan. Makanya, haruslah bawak bas dan sumbat 1 kampung dlm tu. Murah beb!!Memang berbaloi~Tapi kalu nk naik gondola, masuk rumah salji, main fun-fair semuanya ada bayaran tambahan. Yang percuma adalah melihat lampu2 SAHAJA.

Selebihnya, kita layan gambar jelah yer??

Elok je posing bawah vuntut en.zirafah ni

1 MALAYSIA (Dr Kiri: Amoi berbangsa Cina, Anak-Beranak berbangsa Melayu dan Kanak2 berbangsa India). Mana ade adegan macam kt KFC tuh??Eh, ungkit lagi???NEXT!!

Uuuummmmaaaahhhhhxx Ilham cayang TokMa ngan Bonda.

Maksu ngan CikMa Ilham~

Wajah2 kesayangan hamba ni, haruslah ADA dan di extra LARGE kan juga.


 

Sample Text