Pages

Wednesday, July 11, 2012

Manyak Susah oOoOOooo Makanan Selit2 - Part 2

Narik napas dalam2....hembus...tarik...hembus....

Skang baru blh sambung citer pasal operation gigi. Untuk makluman, cerita ini berlaku dlm bln 3-5, lama dah pon. Gigi saya pon dah sihat. Tapi lately, banyak sgt benda yg jadi. Lepas satu, satu yg jadi. Bak kata org, lepas jatuh tertimpa tangga. Itu yang cerita ni duk terperam.

Kan sepatutnya, dlm masa terdekat mmg xde slot kosong utk pesakit gigi.

EMERGENCY CASE DISUSUKAN, PESAKIT GIGI YG GUSI BENGKAK DIBIARKAN KELAPARAN.
Itulah slogan bilik OT kat Hospital Kajang agaknya. Jangan lepas ni korang g Hospital Kajang, pastu tercangok2 cari slogan ni. Mampos hakak kena saman dek nonnnnnnnnn

Tapi lucky me sb bulan 5 lagi pihak hospital dah cal n bagitau esoknya saya kena admid ward sehari sblm kena bedah. Baguskan??Diorang hengat opis tu hakak yg punya sesuka hati bagi notis 24hrs nk amik cuti 3-5hari??Nasib baik x pilih option 1 kan?Kalau x sampai skang pon, sampai saya taip entry ni pon gigi saya kekal camtu.

Orang lain masuk hospital sakit, keluar hospital dah sembuh. Tapi bukan utk pesakit2 gigi yer hadek2. Keadaan adalah terbalik. Masa admit punyalah sehat walafiat, makanan yg diorang bagi semuanya licin saya melantak. Sape kata makanan hosital x sedap?Tapi bila dah siap operation, masatu baru ko tau langit tinggi rendah. Ko nak bukak mulut lebih dr setengah inci pon MENANGESSSS!! 

 See??Gumbira hati dapat duk hospital. No kerja, No suami, No anak. Tido ngan aman

Bukti makanan hospital sedap. Sampai habis saya kerjakan.

Effect dia sangat membimbangkan hati seorang ayah. Lepas bedah, mulut akan rasa sangat sakit. Even nak makan bubur pon x sanggup. Saya muntah darah, hidung pon keluar darah. Maunya arwah ayah x risau kan?Masa dia nak balik, tetiba tersembur muntah darah kelam kelibutlah dia panggil nurse. Semua tu effect dr tiub yg doktor masukkan dr hidung ke kerongkong masa bedah tu. Yang herannya, effect tu semua berlaku kt saya sorang je, amoi sebelah yg bedah gigi gak selamber je tido. Tido tu mmg effect wajiblah pada semua org yg buat operation sb kesan bius lambat nor nak hilangnyer. Amoi tu punya kental, dia uruskan sendiri semua proses masa nak discharge. Kagum hakak!!

Saya nak share benda yg memuyskilkan saya sblm masuk bilik bedah. Selama ni nampak pesakit lain kena sorong masuk bilik OT semuanya dlm keadaan x sedar sb saya tahu diorang mmg sakit teruk. Tapi saya duk pikir camnelah  keadaan saya masa diorang nk sorong tu sb saya bukan sakit terlantar pon. x kan saya kena jalan kaki g bilik OT? kalau diorg sorong pon, malu ler orang lain duk tengok kita kan?Rupanya2, malam sblm tido, saya kena makan ubat tido. Bangun pagi dlm kul 5 nurse kejut suruh tukar baju operation n kena makan ubat tido sekali lagi. Hasilnya, masa diorang  sorong masuk bilik OT saya mmg mamai giler. Bangun2 je saya dah ada balik kat dlm ward.

Effect kekal sampai bila2 adalah ke-empat2 gigi bongsu saya (atas,bawah,kanan n kiri) semuanya dah xde. Kunyah makanan kt bahagian  belakang mesti terselit.Susah tahu??

4 comments:

  1. haritu husband buang geraham bongsu juga tp satu je..dia buat kt swasta..mmg mahal tp sbb UTM bayor oklah kan..


    lama x singgah..takziah utk pemergian ayah.
    al-fatihah.

    ms awak sakit ni arwah ayah ada lagila kan..

    oh ya..awak dah kerja ya? sblm ni awak hauswife kan kalau x silap sy

    ReplyDelete
  2. Lupa plak nak bgtau total charge buang gigi tu. Harga dlm RM150++, ada ++ sb kena bayar RM1 setiap kali g klinik. Hahaha..

    Nak wat camne, yg hidup pasti akan mati. Masa sakit, mmg ayah ada lagi. Perancangan Allah tu hebat, dgn izin-Nya appointment saya diawalkan. Kalau x, mesti susah sb masa saya kt hospital xde org tlg jaga Ilham.

    Saya mmg kerjalah Rina. Mungkin x banyak cerita pasal tempat kerja sblm ni, sb tempat kerja adalah B.O.R.I.N.G

    ReplyDelete
  3. padangan awak la kann...
    perlu operate or just buat tak tahu jek..akekekkekkee ngerikk la pulak dengo...

    ReplyDelete
  4. Perlu operate Bitt, kalau x makin lama makin sakit. Gusi blh jadi bernanah.

    Sblm ni setiap kali gosok gigi, mesti berdarah. Doktor cakap sb gusi xsehat. Tapi Saya suspect bukan sb gusi sb skang ni dah x berdarah langsung lepas operate.

    ReplyDelete

 

Sample Text