Pages

Tuesday, October 26, 2010

Jauhnya cinta hatiku =(

           
                     (Sumber: En. Youtube, Mode: Jiwang)


Bila mata tak dapat melihat,
Hati mula tertanya-tanya...
Bila telinga tak dapat mendengar,
Hati mula terasa sunyi...
Bila rindu datang menjelma,
Di manakah insan yang harus menemani...? 

                                    (shaella, forum tentang cinta)

Sungguh sunyi dan risaunya apabila orang yg tersayang x d sisi menemani. Benda yg dibuat serba x kena. Asyik termenung je memikirkan dirinya yg jauh d mata. Saya juga merasakan perkara yg sama apabila ada hal emergency yg memerlukan saya n Beh berjauhan walaupun hanya 1 hari (Ngenge...Ayat manja+gedix=JADIX).

Nape ek cinta hati kita sanggup meninggalkan kita lama2? Kata cinta, tapi nak gak berpisah lama2 n jauh2. Ni mesti ada agenda lain ni!! Mulalah kita curiga yg bukan2 kerana takut ditinggalkan oleh sang kekasih. Padahal orang tu g sambung belajar, bekerja untuk tambah pendapatan ataupun hanya pergi untuk memancing@lepak ngan sahabat2 (2 sb terakhir ni, saya kurang gemar sb x da faedah. Lebih baik luangkan masa ngan saya).

Usahlah kita termakan hasutan syaitan
sehingga terputusnya hubungan cinta tersebut
di pertengahan jalan. Yg paling penting,
kita haruslah PERCAYA kpd pasangan.
Tapi, benda paling penting
utk diamalkan ni lah yg paling susah dibuat.
Perasaan curiga yg meliputi diri sgtlah tebal.
Kalaulah ia blh pergi dgn sekali hembus, alangkah senang.
Bagi isteri pula, sebagai wanita yg dijadikan dr tulang rusuk suami,
sesungguhnya anda mmg dikurniakan dgn deria sixth sense.
Maka gunakan deria itu dgn sebaiknya
untuk menilai sikap n perubahan suami tercinta. 

Kita haruslah SETIA terhadap 1 sama lain. 
Janganlah ada d antara pasangan 
(Yg meninggalkan mahupun yg ditinggalkan) 
mensia2kan kepercayaan yg telah diberikan. 
Kepada sesapa yg berniat nk curang tu, 
cepat2 beristighfar n hengat balik kenangan2 manis 
atau belek balik gambar2 sewaktu bersama.

Kalau perasaan menggatal tu masih meluap2 di dada,
cepat2 la capai hanfon/on PC n hubungi pasangan anda.
Bermesralah dgnnya
sehingga terhapus bayangan asing d minda anda.
Jika koordinat anda berdua x la jauh mana,
pulanglah sesekali ke pangkuan orang tersayang.
Amalan KEEP IN TOUCH ini dapat
menerbangkan perasaan curiga n juga dapat mengubat rindu di hati.

Semoga saya juga dapat mengamalkan petua2 tersebut apabila berjauhan dgn Beh terchenta. Saya percaya walaupun saya jauh d mata, tapi tetap dekat d hatinya (Betul kn Beh?!, bertanya sambil bercekak pinggang).

Kepada sahabat2 di luar sana yg sedang bencinta-cintun,
semoga jodoh kalian kuat hingga ke jinjang pelamin dan
hanya akan berakhir di syurga.

No comments:

Post a Comment

 

Sample Text