Pages

Thursday, October 28, 2010

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Berdirinya saya disini bukan mewakili mana2 parti politik tetapi sebagai wakil pengguna2 jalanraya. Sape yg harus melalui MRR2 setiap pagi utk k destinasi yg hendak dituju? x kiralah nk g antar anak sekolah, nk g keja ataupn nk g pasar. Jika YES, antarkan k 333xx. Jika NO, ignore saje entry ini.

Entry ini saya tujukan khas kpd:-
-  Pengguna2 MRR2 (Pengguna2 lebuhraya yg lain blh juga)
-  Kontraktor2 jalan
-  Penyelaras MRR2
  (Eh, macam x pernah nampak pn abang2 peronda sepanjang MRR2 tu)
-  JKR/Pihak2 yg bertanggungjawab

Saya adalah pengguna setia MRR2 yg berulang-alik Gombak-Cyberjaya atas urusan mencari sesuap nasi (sop...sop...). MRR2 adalah sangat terkenal ngan traffic conjunctionnya. Setelah dianalisa, 2 check-point yg wajib terlibat dgn kesesakan setiap pagi adalah bermula dr Bukit Antarabanga sehingga k susur keluar Jalan Ampang n akan bermula semula di Bandar Tun Razak hingga selepas shell Desa Tun Razak. Jika terdapat kenderaan rosak/kemalangan yg berlaku, pasti akan bertambah2 la panjang kesesakan waima pernah bermula dr Taman Melati utk point pertama n utk point ke-2 bermula sebelom Pandan Indah lg.
Gambar d bawah adalah ihsan dr En. Google Map. Sila klik gambar utk tumbesaran gambar2 tersebut:-

Perjalanan yg bermula dgn selesa
Sehinggalah sampai d area Bukit Antarabangsa. Power sterring harus digunakan sebaiknya utk mencilok sana sini
Point #2 pula: haruslah kedudukan kenderaan berada d lorong paling kanan kerana rakyat jelata Cheras akan keluar dr kiri.

Saya masih blh terima utk kesesakan yg biasa berlaku tetapi jika berlakunya kesesakan yg luar biasa, haruslah saya menyalahkan orang yg mengakibatkan kesesakan tersebut. Contoh makian adalah spt d bawah:-
    " gc!#%$^fgd!! Tulah....sape suruh x drive elok2, 
      kn da menyusahkan orang lain"
    " gfh(&*^&!! Da x de duit sgt k nk selenggara kenderaan tu
      sampai rosak?"
Makian2x di atas hanyalah d dlm hati saja OK. Bile dipikirkan balik, saya sgtlah kejam krn bersikap spt  itu ini kerana mereka x menyangka perkara tersebut berlaku pada waktu orang nk g keja. Janganlah ada orang lain juga yg memaki hamun saya dlm diam bila perkara sama berlaku kpd saya kelak (Tersenyum  kambing memohon simpati).

Pernah berlaku kesesakan berlaku dr area Taman Melawati. Sehingga check point p'1 pon penyebab kesesakan masih blom kelihatan
Rupanya2 kemalangan berlaku berdekatan ngan zon selesa. Boleh x ko nk accident depan ckit? Sila jangan tambah kesesakan sedia kala.
Selalu juga berlaku kesesakan d Tasik Selatan/Tun Razak. Yg ni lg parah, kesesakan akan bermula sebelom Pandan Indah lagi. Jika ini yg terjadi, saya akan cilok k Kajang Silk. Terpaksala, walaupon pembayaran tol berjumlah RM3.00. Nanges ooo kalau hari2x

Tapi lebih menyakitkan hati bila perkara yg menyebabkan kesesakan adalah hanya berpunca dr kontraktor2x yg menyelenggara/menurap jalan. Saya sgt memahami frasa kata "Kesulitan Hari Ini Adalah Utk Kemudahan Masa Hadapan". Tapi perlukah kerja2x tersebut dibuat sewaktu pengguna jalanraya sedang berpusu2x k tempat kerja?Tahu x yg saya harus menepati waktu bekerja yg telah ditetapkan oleh majikan yg memberi saya sumber rezeki??!!. Ya, mmg benar kontraktor2 juga mempunyai timeline utk diikuti utk mendapat keuntungan. Tapi, perlukah kami rakyat jelata dipijak n ditindas hanya kerana kontraktor nan 1?!!! (Sambil pegang sepanduk d  depan bangunan JKR). 

"Kerja2 kontraktor jalan hanya boleh bermula pada waktu tengah malam dan mestilah dihabiskan sebelom waktu kemuncak, yakni orang da keluar g kerja"
(Sumber x sohih dr member seopis)
                                                                        
Ketidakpuasan hati telah sampai k pihak JKR. Pegawai khidmat pelanggan mereka sgt superb. Bercakap dgn nada lemah lembut sekali n sgt pennyabar. Saya nk marah2 pon x jadi. Dan x sampai 2 jam pn, pegawai tersebut menghubungi saya kembali utk mengatakan aduan saya telah dikemukakan k pihak yg bertanggungjawab. Kpd anda yg lain: jika ada sebarang aduan, sila hubungi nombor yg tertera:-
No. Khidmat Pelanggan JKR: 1300 888 557
Owh yer, nombor ini juga sgt senang utk dihungi; x payah tekan 1 utk bahasa melayu, tekan 3 utk aduan jalan, tekan 10 utk bla, bla, bla..Dial sahaja nombor tersebut, terus shaja pegawai yg bertugas menjawab.

Saya bukanlah ingin menggalakkan rakyat jelata membuat aduan x menentu tetapi dgn adanya aduan2 yg membina, perkhidmatan yg ditawarkan kdp rakyat jelata semakin bagus sehingga mencapai tahap yg memuaskan. Dgn ini, saya TIDAK bertanggungjawab jika pegawai2 khidmat pelanggan JKR akan selalu dingorat oleh pihak2 yg x bertanggungjawab kelak. 

No comments:

Post a Comment

 

Sample Text