Pages

Friday, November 5, 2010

Kenapa Saya Sayang Keluarga Saya?

Ishkk..perlu k sebab utk sayangkan keluarga sendiri? Darah yg mengalir dlm diri kita sama macam darah yg mengalir dlm diri mereka. Sayang tu terbit secara semulajadi disebabkan pertalian darah tersebut. Saya sgt sayang akan keluarga kecil saya. Kami juga kekadang berselisih faham. Tapi bak kata pepatah, air yg dicincang x kan putus.
Keluarga kecil saya

Tapi, kenapa pula saya perlu sayangkan keluarga di bawah ini pula?Da la tetiba muncul selepas saya hidup selama 25 tahun. Mengenali mereka secara keseluruhannya jauh sekali. Hanya dgn sekali lafas, keluarga kecil saya menjadi besar; dr 1 ibu n ayah kpd 2, dr tiada abang langsung kdp 2 abang sekaligus ngan pakej kakak ipar , adik lelaki n perempuan juga menjadi double. Itu belum dikira ngan makcik2, pakcik2 n anak2 mereka, mmg berkembang ngan pesat sekali.
Mereka juga keluarga saya


Kerana kegatalan saya yg x dapat ditahan2 utk berkahwin ngan En.Beh, makanya saya harus berkahwin ngan keluarga beliau juga. Menjadikan diri saya sebahagian dr keluarga kecil beliau.  Menyayangi mereka seperti keluarga saya sendiri. Saya juga harus menerima baik atau buruk mereka seadanya.

Semoga keluarga mertua saya khususnya Pn.Mama dapat menerima saya seadanya. Rasanya Pn.Mama seantero dunia akan menerima n menyayangi menantu mereka selagi kita menyayangi n melayan anak mereka dgn baik.

Saya Sayang Seluruh Keluarga Saya
Wajah kesayangan hamba
Note: Segala gambar adalah ihsan dr En.Photographer semasa perkahminan kami

2 comments:

 

Sample Text