Pages

Tuesday, December 14, 2010

Saya Dulu, Kini dan Dot Dot Dot

Saya telah di tag oleh Cik Fiza untuk sekian lama. Sorry Fizzie, bukan aku x mahu wat dengan sepantas kilat, tapi aku berasa malu yg teramat sesangat. Huh!Maap juga kpd Cikgu Yati kerana pernggunaan ter dan disambut pula oleh se tersebut. BM saya ketika PMR & SPM sgtlah lemah sehingga Pn.Ibu membebel bertanyakan saya berasal dr negara mana. Owh ibu, akak mintak ampun sb tebus bonuslink utk barangan akak sendiri. Eh?Bukankah Pn.Ibu seharusnya yg meminta ampun?Ok2, mari kita jawab tag Cik Fizzie sebelom beliau baling saya dgn kasut kerana terhegeh2 mahu menjawab tag:-

Ke-Satu: Saya macam x berapa nk sayang ahli keluarga saya. Bagi saya, mereka tidak memahami tahap kegatalan d dalam diri saya yg amat tinggi itu. Saya mahu mereka kahwinkan saya ketika berumur 12 tahun (10 tahun x boleh lg sb masih blom baligh).

Ke-Dua:  Apabila saya sudah matang, merekalah orang2 yg paling dekat d hati saya. Owh...Sudah tidak boleh meneruskan ayat seterusnya kerana tulisan2 d keyboard sudah kabur dek kerna air mata yg bertakung.Sob..Sob..

Ke-Tiga: Saya sangat sensitip orangnya sehinggakan akan menangis melihat apek tua menganyuh basikal d tengah hujan kerana mengutip barang2 recycle utk meneruskan sisa2 idop beliau. Kemenangisan tersebut mengakibatkan En.Beh tertanya2 apakah kesalahan beliau?Haha..

Ke-Empat: Ketika kecik2 dulu, saya selalu mengimpikan seorang abang. Sgt jeles okeh tengok kawan rapat saya ada abang yg caring pasal beliau. Da la abg beliau ensem. Sampai sanggup tido umah beliau sb teringin rasa tempias kasih sayang seorang abang. Eleh..Sebenarnya perasaan gatal da terbit sudah kan...?

Ke-Lima: Disebabkan x mau anak2 perempuan saya tido umah kawan mereka pula, maka saya sgt berharap anak pertama adalah lelaki. Tapi, En.Beh macam nk baby gurl dulu jer. Camne nih?Oittt nk dapat 1 anak pon terhegeh2, ni nak pilih2 plak. OK, saya redha..

Ke-Enam: Saya sgt komited dgn apa shj tugas yg dipikulkan k bahu saya. Ini ditujukan khas kpd tugas2 d pejabat shj. Kalau membabitkan kerja2 umah, mmg malas sokmo.

Ke-Tujuh: Saya juga akan meninggalkan kerja yg saya komitedkan itu apabila diberi tugas yg lain. Sungguh serabut utk komited kpd semua kerja sekaligus.

Ke-Lapan: Saya teramatlah kedekut dgn duit sendiri. Berbelanja utk diri sendiri atau utk org lain biarlah berpada2. Ayat biasa di akhir bulan bile adik2 meminta utk dibawa berjalan "Ada duit?Kalau duit korang cukup utk belanja kite 3 org (Ni sb adik beradik cuma 3 org) plus minyak keta aku, JOM.."

Ke-Sembilan: Saya sgt obses dgn jualan gudang d akhir tahun. Mata akan melilau mencari2 banner jualan gudang sepanjang pemanduan. Nape masa ni x kedekut plak?Sb harga RM50 utk 1 pakaian pd jualan biasa akan menjadi RM50 utk 5 pakaian pd jualan gudang.Sgt berbaloi n masih kedekut bukan?

Ke-Sepeluh: Saya sgt sayangkan En.Beh dan bakal anak2 kami. Cewahhh nk gak mentioned nih!

Fuh...Fuh..Asal banyak sgt ni?Dgn ini, saya akan menjamakkan lebihan 15 soalan lagi. Tak larat da aku Fizzie oiii

Saya comel, baik ati, penyayang, suka kacau adik2 n En.Beh, saya ada 1 ibu yg tgl d Gombak n 1 mak mertua yg tgl d Kajang.Sementara ni, saya tgl d Kajang walaupun mak mertua saya berhijrah k Kedah. Kiranya, saya tlg jagakan umah beliau. Saya suka nk masak macam2, tapi sume tu hanya angan2 sb malas + x de org nk makan. Saya bekerja d tempat semua org harus pakai pakaian hitam shj. Tapi bukan d kuburan okeh. Saya masih mengharapkan gaji saya setanding ngan kawan2 saya, bolehlah saya mencantikkan umah saya yg comel itu. Saya sgt suka terikut drama2 minggu ini yg ditayangkan d kaca2 tv, sehinggakan apabila saya bercerita En.Beh akan bertanya "Cerita mana plak yg syg terbawa2 ni".Hampes betol..

La..x abes lg k walau da wat secara berjemaah?Kita cuba plak dgn menggunakan point tpi guna ayat pendek n ringkas.

1. Saya takut kucing macam org lain takutkan anjing.
2. Saya botak sb rambut banyak gugur.
3. Hantu yg paling ditakuti adalah P*C*NG. Sb menggambarkan diri saya sendiri.
4. Saya cepat insaf  tetapi cepat juga lupa diri.
5. Owh yer..nenek saya d belah ibu n ayah masih ada . mereka sgt comel apabila bergabung meletopzz

Saya berasa malu utk menjawab tag ini kerna peraturan yg x semenggah d bawah ni lah:

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.

Huaaa...Saya manalah ada kawan seblog sehingga 25 orang utk d tag kan...10 org ni jer lah yg blh d tag:-

1. Alida
2. Fauzan
3. Cik Kentang
4. Bie
5. Bitt
6. Suraiya
7. June
8. Poyati
9. Norhazlin
10. Nodie

No comments:

Post a Comment

 

Sample Text