Pages

Wednesday, May 25, 2011

Saya Mahu Jadi Bonda Kamu

Saya mahu jadi ibu susuan kpd anak kecil itu: Muhammad Ilham. Supaya x ada sesiapa yg boleh mempertikaikan status dia, status saya atau status kami berdua. Dia adalah anak SAYA, anak WALID, anak KAMI.

Tapi nak jadi ibu susuan utk seseorang yg masih belom pernah mengandung spt saya adalah sgt sukar bagi memenuhi rukun dan syarat2nya:-

1. Al-Murdhi: Perempuan yg menyusukan
    Perempuan yg hidup n telah mencapai usia 9tahun.
    Saya mmg masih hidup. Kalau da mati, siapa pula yg post ini entry?Hantu 
    sayakah?Umur pula semestinya telah melebihi syarat tetapi x pula 
    terlalu tua. 
    Status: PASSED

2. Ar.Radhi: Anak yg disusukan
    Anak yg hidup dan umurnya x melebihi 2tahun, 2tahun 1hari pon x boleh
    Anak saya masih sihat dan umurnya juga belom sampai 6bulan pon. 
    Status: PASSED

3. Al-Laban: Air susu perempuan
    Air susu mesti sampai ke perut anak itu n boleh menyebabkan pertumbuhan
    badannya. Had penyusuan itu pula mestilah x kurang drpd 5x dlm waktu
    berasingan mengikut kadar kebiasaan.
    Rukun n syarat ke-3 inilah yg paling sukar utk dipenuhi. Maxolon 
    (pulin) telah pn saya ambil bagi membantu penghasilan susu. Mmg ada 
    susu yg keluar, tapi tersgtlah sedikit. Bila pump pon, hanya meleleh d 
    cuping corong, x sampai k dlm botol. Ilham pula mmg da x mahu langsung 
    direct bf. 
    Status:Blinking Comments Generator - http://www.blinktextmaker.com



Ya Allah, Kau bantulah hambamu yg lemah ini utk menjadi ibu susuan kpd Muhammad Ilham Bin Zulkhairi. Kau makbulkanlah doaku yg 1 ini Ya RABB

Friday, May 20, 2011

Memperkenalkan.......(Drum Roll)

MUHAMMAD ILHAM



Nama Walid: Muhammad Yusmanraimi Bin Che Yusoff
Nama Bonda: Norsalwahida Bt Kamaruddin
Jantina: Lelaki
Tarikh Lahir: 04 March 2011
Alamat Surat-Menyurat: Sila mintak izin dr Bonda utk sebarang surat mengorat
Hobi: Tido n menangis
Makanan & Minumam Kegemaran: Susu, susu dan susu lagi
Ucapan: Sayang Walid n Bonda saya banyak2x dr ujung rambut sampai ujung kaki



Terima kasih Tuhan kerana memberi kesempatan utk merasai nikmat menjadi Bonda kpd budak tecik, macam, bucuk itu. Bonda sayang kamu~

Thursday, May 5, 2011

Anak Pak Teh & Mak Teh Kahwin Di Saat Gaji Belum Masuk

Tahniah saya ucapkan kpd Musdiamri (Abg) & Pasangan dan juga kpd Musdihamidi (Adik) & Pasangan kerana telah menjadi perantin paling baru dlm family. Dengan semangat yg jitu saya pulang k kampung, eceh...macam jauuuuuuuh benor bunyinya padahal Serdang-Gombak sahaja. Ya, emang benarrr ni pak..saya pulang dgn semangat yg berkobar2 utk menolong ape2 yg patut tambahan pula utk mengurangkan rasa bersalah kerana x berpergian k majlis d sebelah perempuan.

 Si Abang yg sgt alert dgn kamera. Tala je kamera, on d dot suruh isteri dia pandang.

Si Adik n pasangan yg suka bercakap sesama sendiri d atas pelamin.
Pn.Sue, sila pandang kamera okeh, asik berborak saja kamu.
1 more time!OK better~

Si Abang n Si Adik. Tahniah Abg Am n Ijie

Ketahuilah kalian berdua pada saat kalian disandingkan duit saya cuma ketinggalam RM5 d dlm dompet. Kemudian apabila suara Abg Am kedengaran d corong telefon n meminta tolong utk membelikan udang n buahan2 utk makanan perantin adalah kedengan spt halilintar yg memanah telinga saya. Eh?Kata temu utk utk halilintar adalah memanah kah?Ahhhh hentam sajalah~Akhirnya kantung duit ibuku jua menjadi sasaran.Haha...Nasib lah ibu, dapat anak macam den..

Harap kamu berdua berpuas ati di atas pertolongan yg x seberapa yg telah dihulurkan. Saya telah mencuba sehabis baik utk melicinkan perjalanan majlis tersebut walaupon bukanlah key person pon. Key person haruslah org2 yg masak kan?Siapalah saya utk memasak menggunakan bapak periuk yg besar itu, disuruh masak gulai nenas masak lemak ikan masin pon sudah melarikan diri inikan pula mahu masak rendang sekawah. Nasib baik ada budak kecik bawah ni dijadikan alasan utk melarikan diri. Whahaha...Ampun Cik Beram, bukan x mahu menolong tapi takot x sodap.

Terima kasih kerana kamu telah menyerikan hari2 cuti Mak Aong d kampung.
Luv ya Mohammad Faqehuddin. Semoga ketemu lagi.






Wednesday, May 4, 2011

Menghitung Hari

Menghitung hari untuk menjadi seorang BONDA sgt mendebarkan n mencemaskan. Tambahan lagi x tahu rupa dia macam mana? Even nama penuh pon x tau camno? Bersediakah saya n En.Beh? Boleh survive kah kami? Banyak feedback dr orang sekeliling. Ada yg +ve mahupun yg -ve. Tapi apa yg pasti, semua yg memberi pendapat -ve akan saya akan anggap orang itu adalah PENDENGKI n CEMBURU dgn kebahagiaan yg saya n En.Beh bakal perolehi.

Ayah: Alhamdulillah~Bila nak g amek?Kalau boleh la ni jugak. Ayah setuju sgt2
Ibu: Anak sape?Ibu ikut je.
Mama: Wah~Seronoklah awak bakal jadi Bonda pada hari Ibu.
Nenek: Da pikir masak2 k? X kisahla papepon.
Angah: Aku sanggup jaga beliau tapi dgn upah okeh?
Adik: Aku da tau la~OK je

Semoga kami dapat mengecap kebahagiaan tersebut dan menjadi Bonda n Walid yg mithali. Harapan saya agar ibu kandung beliau tidak berbolak balik n redha. Tolong doakan saya agar cita2 kami tercapai ya kawan2x~

Friday, April 15, 2011

Hati Tertumis Pedal Terendang, Bertemu Jua dalam Kuali

Senario sebelum kahwin:
Balik keja penat, perjalanan jauh, perut lapar, tapi bila tengok makanan, x seleranya....Aik?Lauk ni lagi?X seleralah nk makan. Goreng telor mata n makan je ngan nasi or x payah makan terus sampai pagi. Mentang2 orang yg masakkan, demand mmg kena lebih cikit.

Senario selepas kahwin:
Sebelom balik keja mesti kena pikir nak masak ape. Kalau dah buntu, call En.Beh tanya dia nak makan apa. Jawapan standard haruslah "Masaklah papepun sayang..B makan je ape yg sayang masak". HUH! Takot la tu tersilap jawab terus saya ajak makan kat luar je. SENANG..Sekarang barulah tahu langit tu tinggi or rendah. "Dulu, ko demand kan?Sekarang ni, ko rasakan plak" Agaknya inilah bisikan kecil si Pn.Ibu n Pn.Nenek. "Ampun Bu, lepas ni akak makan je apa yg ibu or nenek masak wahima Sambal Tempoyak Ikan Bilis sekalipun" Rintih si anak. Ikhtiar terakhir, En.Google jugak tempat mengadu nasib. Tanya punya tanya, adu punya adu, akhirnya En.Google surrender n bagi jugak resepi kat saya. Terima kasihla kpd Noorsha kerana resepi yg sedap ini:-

HATI & PEDAL TUMIS CILI PADI
 Tapi saya pelik kenapa rupanya macam rendang? Xpela, asalkan En.Beh tambah sampai 2-3x,sampai telinga saya senyum.

Bahan2:
* Hati & Pedal ayam - Ikutlah berapa org nak makan
* Cili Padi - Jika mahu pedas, bubuh banyak2 pon boleh saja~
* 2 biji Cili Merah - Saya pakai cili kering sebab tiada stok cili merah di rumah
* Bawang putih & besar
* 2" halia & kunyit hidup
* Serai
* Air asam jawa
* Garam secukup rasa

Cara2nya:
* Rebus hati dan pedal terlebih dahulu utk memastikan ianya betul2 masak.
* Blenderkan cili padi, cili kering, bawang putih, bawang besar, halia, kunyit dan serai.
* Tumis bahan2 blender tadi sehingga garing, masukkan air asam jawa & garam
* Masukkan hati dan pedal dan kacau rata.

Friday, April 8, 2011

Saya Wish, Saya Dapat

Da kata saya yg wish kan? Mestila saya yg dapat. X kan la korang plak yg mendapat kan? Da lama mengidam nk kamera digital sebenarnya. Yang functionnya dapat tangkap gambar je pon jadilah..Eh? Mmg la kamera utk tangkap gambar, x kanla utk wat makan plak kan? Maksud saya di sini adalah x perlulah kamera DSLR bagai utk menangkap gambar secara amatur kan? Nak cari angle yg cantik pon x tau, mahu pula kamera secanggih photographer profesional. Memang x dapat lah kannn..





Gambar 1: Tangan tanpa berbedung akan snap angle dr depan semata2











Gambar2: LIHAT!Tangan yg berbedung ketat semasa bayi akan mengambil angle yg berbeza.








Tetapi sekiranya kawan2 semua mempunyai duit yg melampaui batas atau mmg nak jugak2 kamera yg terpaling canggih sekali, saya tidaklah pula melarang. SILAKAN..Statement d atas adalah utk diri saya SAHAJA semata2. 

Setelah ditimbangtara, adalah beberapa sebab En.Beh menghadiahi kamera tersebut kpd saya:-
1. Hadiah Harijadi: Harijadi saya pada 08/03 yg lepas. Umur? Biarlah rahsia...Setelah berminggu2, baru beliau berkenan utk membelikan kamera tersebut. Kira hadiah bufday gak la kan sebab masih di bulan 3.
 Mekacih ek Mummy Shiro sebab bagi itu cupcakes n bertungkus lumus sediakan itu coklat cake walupun last minit order. Sesiapa mahu order?Sila lawat blog BELIAU
2. Pujukan selepas menangis: Mahunya saya x menangis? Nenek saya masuk hospital tuuu. Tersangatlah risau, sehingga En.Beh terpaksa mengeluarkan duit tabungan beliau bagi memujuk saya. Nasib baek nenek x de pape n sekejap je duk hospital.
 Sayang nenek banyak-banyak
3. Penat dengar ayat yg sama: Setiap kali tengok kamera ada sale, setiap kali tu saya mengomel sambil kira duit simpanan. Owh...Masih belom mencukupi, ntah bila nk cukup, saya pon x tahu. Akhirnya, En.Beh gak yg tolong belikan.

Dengan berbekalkan nasihat rakan seopis bahawasanya CANON brand is the best (Ngko patut dapat komisen dr Canon la En.Bad), kami suami isteri plus adik ipar telah berpergian k kedai kamera dan mengatakan kpd sales reps tersebut, NO other brands please..Nak Canon jugak2. Makanya, abang tadi akur akan kehendak pelanggan beliau yg keras kepala dan akhirnya IXUS 105 bertukar tangan.



Features:
1. 12.1 Megapixel
2. 4X Optical Zoom
3. 28mm wide
4. Smart AUTO
5. Low Light
6. DiGiC 4




Saya sangat suka akan ia, sangatlah mudah utk menggunakannya, x perlu adjust pape pun. Bila nk snap je, semuanya auto, x payah nk setting papepun. Dalam gelap? Terang? Snap je terus..Semudah ABC.

 Dalam gelap, tunas pokok cili saya jelas kelihatan di situ

Apatah lagi d kawasan terang kan?Sungguh jelas berbeza kesusunan sudu2 tersebut.

Dan yg paling saya suka, kamera jenis ini mampu utk mengubah muka kita menjadi seperti artis. X caya? Cuba tengok gambar kat bawah ni:-
 Sila fokus kepada muka pengantin lelaki. Adakah Ally Iskandar yg berkahwin?Hopefully, next snap muka saya pula yg akan menjadi seperti Fazura @ Pretty Zinta




Monday, March 21, 2011

Hari Nikah Hari Bahagia atau Bersedih?

Abu Lin...Tarikh nikah Kak Anje pada 04 Jun 2010. Sila take note okeh..Boleh bg hadiah anniversary kami bebanyak. X lama sudah lg~Lalalalala~Hati berbunga riang~

Mari jawab tag tersebut:-

1.Kau rasa kau Hot?
Memang hari2x hot sb hari2x kena pakai baju hitam serap haba kot..En.Beh pon da pandai cakap "Kali ni tolonglah beli baju color lain plak yang.."Nk wat camne?Keje tu kan 1 tanggungjawab yer dok?

2.Upload picture kau dari pc?
Sebab Abu Lin upload pix masa hari nikah saya, saya pon mahu upload gambar pd hari tersebut



3.Cerita pasal gambar tersebut
Kan da mentioned tadi gambar pada hari nikah?Wokehlah, saya elaborate, waktu ini saya sudah sah bergelar isteri kpd En.Beh tersayang. Terima kasih kpd beliau kerana sudi mengangkat darjat saya setinggi itu.Sob...Sob...I LURVE U, BEBEH..Eh?Nape sedih plak?bukan2x, saya dlm kedaan terharu sebenarnya.

4.Kali terakhir makan ayam
Semalam kot. Tengah ari makan ayam goreng n malam makan ayam yg ada dlm sup sayur. Sila jgn konpius, walaupun namanya sup sayur, harus diletak sedikit ayam, sedikit daging n sedikit seafood sebagai rencah ye puan2x..

5.Lagu terakhir yang didengar
Lagu Amelina; En.Beh nyanyi sb cakap rindu kt die. Alah...x hengat plak tajuk. Yg liriknya cam ni: Sungguh ku x mampu~Menahan rindu~Ah~Ah~

6.Apa yang kau buat selain menyelesaikan tag ini
Wat filing cikit, tgk fesbook, bw, kemas bilik opis cikit, duduk balik depan PC, layan fesbook, bw..ulang lagi sampai waktu balik

7.Nickname lain selain ini
Macam yg Abu Lin panggil: Kak Anje. Semalam juga jiran saya memanggil dgn nama SAL..Sgt x tahu SAL adalh termasuk dlm nama sendiri. Kakak itu menjerit sampai da nk terkeluar anak tekak, masih x sedar SAL tersebut adalah saya.

8.Tag lagi 8 orang
Seperti kebiasannya, follower sgtlah ciput buat masa ini, maka dgn rasa rendah diri saya menyeru kesemua follower utk menjawabnya
 

Sample Text