Pages

Friday, April 15, 2011

Hati Tertumis Pedal Terendang, Bertemu Jua dalam Kuali

Senario sebelum kahwin:
Balik keja penat, perjalanan jauh, perut lapar, tapi bila tengok makanan, x seleranya....Aik?Lauk ni lagi?X seleralah nk makan. Goreng telor mata n makan je ngan nasi or x payah makan terus sampai pagi. Mentang2 orang yg masakkan, demand mmg kena lebih cikit.

Senario selepas kahwin:
Sebelom balik keja mesti kena pikir nak masak ape. Kalau dah buntu, call En.Beh tanya dia nak makan apa. Jawapan standard haruslah "Masaklah papepun sayang..B makan je ape yg sayang masak". HUH! Takot la tu tersilap jawab terus saya ajak makan kat luar je. SENANG..Sekarang barulah tahu langit tu tinggi or rendah. "Dulu, ko demand kan?Sekarang ni, ko rasakan plak" Agaknya inilah bisikan kecil si Pn.Ibu n Pn.Nenek. "Ampun Bu, lepas ni akak makan je apa yg ibu or nenek masak wahima Sambal Tempoyak Ikan Bilis sekalipun" Rintih si anak. Ikhtiar terakhir, En.Google jugak tempat mengadu nasib. Tanya punya tanya, adu punya adu, akhirnya En.Google surrender n bagi jugak resepi kat saya. Terima kasihla kpd Noorsha kerana resepi yg sedap ini:-

HATI & PEDAL TUMIS CILI PADI
 Tapi saya pelik kenapa rupanya macam rendang? Xpela, asalkan En.Beh tambah sampai 2-3x,sampai telinga saya senyum.

Bahan2:
* Hati & Pedal ayam - Ikutlah berapa org nak makan
* Cili Padi - Jika mahu pedas, bubuh banyak2 pon boleh saja~
* 2 biji Cili Merah - Saya pakai cili kering sebab tiada stok cili merah di rumah
* Bawang putih & besar
* 2" halia & kunyit hidup
* Serai
* Air asam jawa
* Garam secukup rasa

Cara2nya:
* Rebus hati dan pedal terlebih dahulu utk memastikan ianya betul2 masak.
* Blenderkan cili padi, cili kering, bawang putih, bawang besar, halia, kunyit dan serai.
* Tumis bahan2 blender tadi sehingga garing, masukkan air asam jawa & garam
* Masukkan hati dan pedal dan kacau rata.

No comments:

Post a Comment

 

Sample Text