Pages

Thursday, July 5, 2012

Manyak Susah oOoOOooo Makanan Selit2 - Part 1

Bagi golongan berkasta rendah macam saya ni, haruslah segala jenis penyakit refer ke GOMEN klinik/hospital.

Al-kisahnya saya sakit gusi sebelah je. Dah kata gi klinik gomen kan, kenalah berkurun tunggu appointment. 1st time pergi, tunjuk gusi bengkak doktor kata sb gigi bungsu tumbuh menyenget tapi doktor kata xblh buat sb x-ray rosak.Boleh?? Nak datang klinik bukan senang, cepat2 saya cari mana gigi berlobang n suruh doktor tampal. Buat appointment next week plak, doktor kata dia xblh buang gigi senget tu sb berisiko n kena refer kat doktor pakar kat Hospital Kajang nun. Cet, awatnya x habaq awai2, kan baguih kalau masa 1st pergi terus je bagi surat refer k Hospital Kajang.tp anda semua kna fakamla kn.dh memang lumrah hidup cam tu.setiap yang kita rancang HAIPPPP!! sibuk je En.beh ni, orang tengah urut badan die, blh plak die sambung taip.

Harap maklum, appointment ngan Hospital Kajang bukan the following week yer. Klinik kena tanya kalau2 ade slot kosong dlm masa terdekat, tapi nan hado..sampai gusi saya pon dah x sakit. By the time gi Hospital, NASEB BAIK time2 tu jugak gusi sebelah lagi rasa sakit. Terus cakap kt doktor. Kalau x, maunya kena repeat all the procedures AGAIN!! Wat x-ray sekali lagi, seeeeeeeee kan xperlu masa kt klinik nak tunggu diorg baiki mesin x-ray at the 1st place. Rupanya2, gigi bongsu kanan n kiri tumbuh senget. Hujung gigi memang dah potong urat sarap. Doktor bagi option:

1. Cabut satu2 means 1 appointment utk buang 1, pastu wat appointment sekali lagi utk buang yg 1 lagi. Tapi slot kosong untuk 1st appointment dlm bulan7 katanyer.
2. Masuk OT utk buang dua2 gigi terus sekaligus. Tapi option ni lagilah xtau bile sb kena share OT ngan kes2 lain kt hospital. FYI, OT kat Hospital Kajang ade 1-2 SAHAJA. Jadi kena bagi laluan kat emergency kes macam org beranak, accident, etc...etc...etc..

Memang x lah kannnnnn nak pilih option 1, setakat haku gi klinik banyak2 kali tu pon bos dah bebel2. Tawakal je lah pilih option 2 yg xtahu bila tapi buat sekaligus. Kiranya g hospital masa tu, utk amek x-ray n pilih option mana?Dah alang2 sampai hospital kan, bila doktor tanya nak buang x gigi bongsu kanan belah atas sb sementara nk tunggu appointment at least gigi tu x ganggu gigi yg belah bawah bila tutup mulut, saya terus angguk laju2 tanda setuju.(Paham ke x ni?sila tingkatkan daya imaginasi anda yer kengkawan semua)

 Source: Google
Lebih kurang camnilah rupa dua2 belah gigi yg tumbuh tu. Nampak garisan kt bawah gigi tu??Bahagian gigi yg tajam tu dah potong garisan tu n urat2 sarap saya.


Bersambung ke part 2 plak, panjang sangat dah ni. Hengat kesah percutian je ada sambung2?? Kesah cabut gigi pon ade sekuel tahu??




Wednesday, June 27, 2012

Al-Fatihah Buat Ayah Tercinta

Tenanglah wahai Ayah
Semoga ayah ditempatkan di kalangan umat-Nya yang beriman
Tenanglah wahai ayah
Kami akan sentiasa berdoa untuk ayah di sana
Tenanglah wahai ayah
Akak akan jaga keluarga kita dengan baik
Tenanglah wahai ayah
Insyaallah kita akan berjumpa di SANA nanti
Tenanglah wahai ayah untuk menjawab soalan Munkar dan Nankir
Tenanglah wahai ayah kesayanganku KAMARUDDIN BIN MD TAHIR
Terima kasih kerana telah menjadi ayah yang terbaik dari kami adik beradik kecil sehingga ke akhir hayat ayah



24/06/2012 - Ayah pergi buat selamanya
25/06/2012 - Ibu sambut hari lahir ke-54 tanpa suami di sisi

Bertabahlah wahai hati, bertabahlah wahai Ibu, bertabahlah wahai adik-beradik ku, bertabahlah wahai keluargaku.
Allah lebih menyayanginya.

Wednesday, June 6, 2012

Dah 2Tahun Ker?

Belek balik album kahwin 2 tahun lepas, buat saya senyum n sengeh sorang2. Sangat indah moment2 tersebut. Memang x terasa langsung 2 tahun tu berjalan dgn pantas.

Kadang2 rasa macam belom kenal sepenuhnya perangai En.Beh, kadang die mampu buat saya terbang tinggi sampai langit ke-7. Huhu...Metafora sangat khennnnzzz.
Kadang plak sampai saya nak lari jauh2 bawak pasport merah pon hader. Tapi lepas pikir masak2, fulus pon nan hado nak lari bawak passport merah bagai makanya lari ke rumah ayah bonda pon memadai.
Huwaaaa~~Bebeh dah x sayang kt sayang lagi, merajuklah cenggini!!Sila hantar saya ke rumah ayah bonda yang sekangkang kera jaraknya dr umah kita tu.
Korang hengat ada laki hakak nak layan perangai meroyan gitu? Kem salammmmmzz

Dalam tempoh 2Tahun nih, hidup kami belom pon stabil. Belom mampu pakai keta BMW, belom mampu duk umah banglo, belom mampu jejalan obersea, nak tambah anak pon pikir juta-juta-juta kali tahu?
Prinsip En.Beh, asalkan bini dia cukup makan, asalkan anak die cukup susu ngan diapers sudah...
Tapi ai teringin nak makan Nasi Briyani Gam Johor lah Bebeh sempena anniversary kita (sambil buat muka seploh sen). 
Nasib baik dia layankan, kalu x terpaksalah saya masukkan Nasi Briyani dlm wishlist tahun depan pulok.

Marilah kita layan gambar2 indah di hari bahagia kami 2Tahun lepas. Rasanya belom pernah tempek kat blog ni. Kalau dah pernah tempek pon, hader haku kesah. Haku tengah fefeeling romantis ni tau..

 Baru lepas nikah, nak duk kepit2 pon  malu lagi

Camnolah boleh kawen ngan kanak2 ribena ni? Muka sangat suci murni hokeh!

Hamek ko!!Rumah dah lengang sikit, terus meloncat atas katil. X menyempat dahhhhhh





Tuesday, June 5, 2012

Family Clicks Buat Jualan Oiiiiiiii

Jangan lepaskan peluang ini wahai kawan2ku yg dikasihi sekalian. Cewahhhhh...mentang2 nk suruh orang membeli, dan din don nak mengasihi kamu org semua.

Meh sini kamu2 semua jenguk2 ke blogshop kami adik beradik untuk habeskan semua stok ni weyh...Dah x larat tengok stok ni dlm gudang lama2. Promosi cuti sekolah ni bermula 05/06/2012-19/06/2012. Bolehlah kamu org semua bagi reward ke anak2 sebab dah belajar untuk periksa tengah tahun haritu khennnnnzz?

Harga tidak termasuk kos penghantaran yer kengkawan. Sapa mahu order blh email ke familyclicks@yahoo.com


Kalau malas nak click banner atas tuh, hakak tunjuk terus barangan yg di offer kat sini:-


SPELLER JUNIOR
KOD: ET12008
HARGA ASAL: RM 13.60
SALES: RM 8.00

LEARNING MACHINE
KOD: ET12009
HARGA ASAL: RM 34.00SALES: RM 29.00

PUZZLES-GAME
KOD: ET12010
HARGA ASAL: RM 35.00
SALES: RM 30.00

ALPINIA OXYPHILLA BRICKS
                                         

KOD: ET12011
HARGA ASAL: RM 19.20
SALES: RM 14.00

PETS BLOCKS
KOD: ET12012
HARGA ASAL: RM 23.60SALES: RM 18.00

TAKE-ALONG MUSICAL VOGUE
KOD: ET12013
HARGA ASAL: RM 42.40
SALES: RM 35.00

DR.OWL TALKING ALPHABET
KOD: ET12002
HARGA ASAL: RM 26.00

SALES: RM 23.00

ANGRY BIRDS MINI NOTEBOOK
KOD: ET12001
HARGA ASAL: RM 22.00
SALES: RM 17.00

FUTURE STAR TRAINING GUN
KOD: ET11005
HARGA ASAL: RM 41.00
SALES: RM 34.00

TABLETOP FOOTBALL
KOD: ET11001
HARGA ASAL: RM 55.00
SALES: RM 48.00


Saturday, May 19, 2012

Si Cengeng Buah Hati Bonda

Budak kecik ni kalau dah start enjin menangis memang susah lah nak pujuk. Ntah ape pe'el meraung lama2, bila kita pujuk taknak, last2 die dah penat mintak pujuk gak. Ape kes? Hengat nak merajuk sampai tertido sendiri, NAN HADO!!Wat penat ko jelah dik meraung lama2 sampai terkeluar anak tekak bagai..

Walid die sampai pesan awal2 kata xpayah datang gerai burger, amik die kt nursery je terus balik umah sebab bile nampak je buka bapak die terus meraung nak mintak cubitan manja dari Bonda. Aishhhhh....malu lettew ada anak cengeng lagutu. U baru hadap beberappa minit je sehari yang oi, ai ni dok hadap sorang2 kat umah setiap hari tahu?
 
Dah dengar kan?Dah tengok sendiri kan?Mak mana yang x naik hantu kalau dah penat2 balik kerja, anak dok meraung camni. Tapi jangan risau, saya x pukul pon die ngan bantal. Saya ni bonda yang penyabar, CEWAHHHH Paling2 pon saya lepuk bontot die sedas dua, pastu wat xtahu macam xde pape yg berlaku. Bila die dah penat, pandai2lah die cari Bonda die kan?

Teori En.Beh: Mandikan die, pakaikan baju cantik2 dengan harapan mood die OK. Hahahaharapan tinggal harapan jelah yang oiiiiii



Wednesday, May 16, 2012

Entry Emo Pepagi Buta

Baru habis tengok hindustan ntah ape tajuknya saya x amik tahu.
Yang penting nak cakap motip cerita ituh sgt menyakitkan hati nurani saya sebagai seorang isteri yang x berapa nak mithali nih.

Mananya saya x naik hangin, bini orang pergi bercinta n tido ngan laki orang. Pastu, balasan jahat yang diorg buat hanya dapat hukuman menderita selama 3 tahun. Mana cukup beb!!Ending dapat bersama pulak mereka yang membuat onar tuh. Sepatutnya salah seorang rasa bersalah terus g bunuh diri. Pasangannye plak terus jadi gila sebab kekasih durjana dah mati. Huahuahua...Puas hati aku kalau ending macam tuh.

Saya speku memang ada cerita benar yang jadi sebab tu ada jalan cerita yang macamni. Kalau xde angin, xkan pokok bergoyang kan? Ada kena mengena ke peribahasa saya nih? bantailah....Rasanya kat Malaysia yang tercinta ni pon dah berlambak manusia2 hilang akal yang camni.

Tolonglah wahai wanita2, perempuan2, isteri2 sekalian. Janganlah kamu menjatuhkan maruah sendiri untuk memenuhi kehendak dan nafsu sendiri.
Kalaulah perkahwinan kamu bukan atas dasar cinta atau dah xde cinta dlm hati kamu untuk suami, silalah  cari jalan penyelesaian yang baik tapi bukan ko pergi curang ngan jantan lain. BERDOSA tahu!!

Pada sayalah, bila korang dah curang balasannya haruslah menderita seumur hidop. x layak hidop bahagia uolzzzzzzzz.

Owh ye, selain tamak saya juga seorang pendendam uer kawan2.
Sebelom menutup bicara haruslah diingatkan entry ni bedasarkan emosi selepas menonton hindustan tersebut. Baik mention awal2, kang ada plak yg terasa hati terus kotak komen penuh dgn reply emo2 juga. Hoho..Pernah plak kotak komen lebih dr 3 kan?xde komen langsung hader. SEDEH!!

Tuesday, May 15, 2012

Jiran Saya Beshhhhhhhh

Tahu2x...lama giler menyepi tetiba keluar entry pasal jiran. Tapi jika tanpa mereka sekeluarga pastilah entry ini juga tiada.
En.Beh mintak tolong tukar setting lappy tercabut keypad nih tapi bile dapat balik, suami jiran dah siap setup wifi bagai.Login lappy je, terus connect ke wifi mereka. Sangat seronok tahu??Korang hader jiran macam gini?

Kalau bab makanan x payah ceritalah....isteri jiran memang sangat suka memasak. Kalau dah memberi, sampai saya boleh bawak bekal ke opis siap jamu kawan2 lain lagi. Punyalah banyak die bagi.
Pernah sekali En.Beh belikan kayu manis, tapi balasannya dapat nasi ayam untuk lunch merangkap dinner terus.

Jangan korang hengat kami x pernah membalas apa2 tahu, keji sungguh pemikiran kamu2 yg dah start mengata ke hakak ni. Adalah jugak kami bagi barangan basah sebagai balasan. Contohnya ikan hasil memancing En.Beh yang pergi 10jam tapi hasilnya setakat 2kilo. Tapi lepas dah siap masak, pasti makanan tersebut sampai juga ke rumah kami. Korang hado??

Saya x mahu tempek muka jiran saya disini takot2 korang dah mula rasa mereka sekeluarga ni sangat besh dan cuba merampas mereka dr kehidupan saya.
HAKU MEMANG TAMAK HOKEY!!
 

Sample Text