Pages

Wednesday, March 28, 2012

Sekitar majlis ulangtahun Kami

Majlis kami ber-3. Pasrah jelah hakak duk tersengeh gitu sb pic ni je yg Ilham senyum. Psssssttt semua org cakap baju Ilham macam gegirl. Betulkah???



Nampak x ade 1 kepala asing dlm gambar ni?? (Bahagian sudut bawah kiri). Dialah budak kecik paling kecoh dan cube utk makan strawberi tart ngan aiskrim itu. Sabar yer sayangku Daniel, pasti Maklong bagi awak makan.

Hampir terlupa nk amek gambar ngan En.Beh. Naseb baik ayah tlg ingatkan.Huhu~

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG HADIR~~!!
                       

                       
    
                                   


                                   

Ramai lagi (30-50 orang) yang hadir. Maaf saya x berkesempatan capture gambar kamu semua.


Monday, March 26, 2012

Ilham makin bujang, Bonda makin berusia, Atok makin tua

x sangka pejam celik, Ilham pon dah setahun. Banyak sungguh pahit manis yg kami suami isteri tempuh sepanjang menjadi Walid dan Bonda kpd si Ilham ni. Sebagai orang yg kedekut kederap, saya juga mempunyai impian utk meraikan ulangtahun pertama pertama hati si ulam jantung nih. Tapi memandang bufday saya dan atok si Ilham pon jatuh bulan yg sama, kami tumpanglah sekaki. Kalau ikutkan hati, combine 1 famili punye bufday celebration bagi jadi upacara tahunan. Huahuahua~Orang x cukup bajet memang begini yer tuan2 dan puan2 sekalian. Harap Maklum.

Dari A-Z semuanya DIY, sang suami approve sahaja nak buat majlis dan tarikh yg dicadangkan, terus berdesup saya buat proposal tapi banyak kena reject da!!2 minggu sblm tarikh, memang saya SEORANG diri bertungkus lumus menyiapkan ape2 yg patut. Hari kejadian, syukur famili saya sgt banyak membantu. TERIMA KASIH UOLLLLZZZZ. Jasamu dikenang.

Menu: 
1. Bihun Sup - Atok saya masak
2. Nasi Goreng - Atok saya masak
3. Keropok Lekor - Angah, Ayah dan MIL gorengkan
4. Nuget - Angah goreng
5. Fries - Angah goreng
6. Puding Koktel - Saya buat sendiri
7. Popia Goreng - Saya buat sendiri
8. Buah Betik - Beli kt pasar malam
9. Buah Betik - Sponsored by Badron
10. Air Laici - Adik ngan Angah bancuh
11. Kek Aiskrim - Beli melalui Groupon
12. Strawberi Tart - Saya buat base, selebihnya Angah ngan U'un buat

KOS untuk majlis ciput kami:
Makanan: RM 150.00++
Goodie Bag (50pcs) & Cekelat2: RM 70.00++
Decoration: RM 30.00++
Kek Aiskrim: RM 59.00++
TOTAL: RM 309.00+/-

REMARK: Gambar lain akan disisipkan utk WW sebab haku rasa dah penat nak menaip.


 

Friday, March 2, 2012

TAZKIRAH JUMAAT

SENYUM ITU SEDEKAH
Senyumlah seindah suria kpd sesiapa shj yg kita kenal mahupun tidak. Oleh itu, selalulah tatap muka saya yg comel ni supaya pembaca semua boleh tersenyum selalu. Owh tidak, berbangga diri juga tidak bagus yer~






CINTAILAH DIRI SENDIRI
CEWAH!!saya masih baby lorh. mana tahu pasal cinta-cintun nih. Tapi yg saya tahu, saya mmg sayangkan Bonda ngan Walid saya.

















SAHABAT SEJATI
Semoga saya akan menjadi sahabat yg setia kepada bakal sahabat saya. Tapi kan, sahabat sejati boleh bertukar jadi cinta sampai mati tak??Haip!!!Ilham...meh minum susu ni~

Tuesday, February 21, 2012

Kata-Kata Nenek

Kekadang ape yg nenek cakap boleh membuatkan saya WOW!!You ROWKZ lah nenek!!~

Situasi 1:
Kereta di hadapan kami bergerak terlalu perlahan. Tetiba nenek bersuara: Cuba tengok siapa yang pandu kereta depan ni?Ni mesti orang tua yang bawak. WAHHHHHHH..kelas ko NENEK!!

Situasi 2: 
Saya: Nenek, akak rasa nk tambah anak ler dlm tahun ni. Ilham pon dah besar.
Nenek: Ishk, tunggu lah dulu Ilham masuk darjah4 baru tambah lg sorang.

*Mak aihhhhh, 10tahun sekali die suruh hakak beranak. Hengat hakak makin muda??

Tengok rupa nenek saya, nampak je muka berkedut seribu tapi jiwa muda ni uollllllllzzzzzz

Friday, February 10, 2012

Kisah KFC di i-City

Kalau dah guna isu semasa sebagai tajuk di atas tapi masih tidak menaikkan trafik, x tahulah hakak nk cakap ape lagi. Pada sesiapa yg x menyedari akan isu semasa tersebut, sila google sendiri. Malas hakak nk kupas panjang2x. Tapi semasa lawatan keluarga kecil kami ke i-City, memang hakak ada singgah di KFC tersebut utk terkucil tapi tidaklah pula meniggalkan kata2 kesat kpd pekerja di sana atau hakak kena tumbuk dgn mereka. Huhu~End of kisah di KFC.

Kebetulan mahu menghantar adik ipar pulang ke rumah sewa beliau, makanya singgah ke i-City ini. Kalau tidak, memanglah M.A.L.A.S untuk ke Shah Alam pada malam2 hari semata2 mahu melihat pokok2 dan binatang2 yg berlampu ini. Bayaran masuk <RM5.00 (Alamak, lupa plak harga sebenar) untuk 1 kenderaan. Makanya, haruslah bawak bas dan sumbat 1 kampung dlm tu. Murah beb!!Memang berbaloi~Tapi kalu nk naik gondola, masuk rumah salji, main fun-fair semuanya ada bayaran tambahan. Yang percuma adalah melihat lampu2 SAHAJA.

Selebihnya, kita layan gambar jelah yer??

Elok je posing bawah vuntut en.zirafah ni

1 MALAYSIA (Dr Kiri: Amoi berbangsa Cina, Anak-Beranak berbangsa Melayu dan Kanak2 berbangsa India). Mana ade adegan macam kt KFC tuh??Eh, ungkit lagi???NEXT!!

Uuuummmmaaaahhhhhxx Ilham cayang TokMa ngan Bonda.

Maksu ngan CikMa Ilham~

Wajah2 kesayangan hamba ni, haruslah ADA dan di extra LARGE kan juga.


Wednesday, January 11, 2012

Nak Buek Camno Laiiiieeeee??

Ingat dengan ENTRY ini?Seriously saya sudah xtahu bagaimana untuk overcome the problems. Bila si anak sudah semakin bijak pandai, bonda pula buntu jadinya. Apa yang boleh saya buat sekarang, monitor shj apa si anak buat tanpa melarang. Kata orang, itu adalah proses pembelajaran bagi si anak. Tapi kata Si Walid, kalau sudah terkena kezutan elektrik nk belajar apa lagi??

Tempat fav. Start main panjat2.


Sampai terkelepet carpet Bonda dik oiiiiiiii~~


Usha line dulu takot Bonda marah.


LINE CLEAR!!Sambung buat aktiviti~


Thursday, January 5, 2012

ALHAMDULILLAH

Saya memang xpernah meletakkan setiap hajat akan tercapai pada setiap tahun. Hajat saya akan mempunyai timeline yg agak lama supaya hajat tersebut dapat dilaksanakan dengan agak sempurna dan berjalan dgn lancar. lama yg saya maksudkan mmg mengambil masa yg lama tahu?Ianya boleh mengambil masa sehingga 2-3tahun utk dilaksakan. Maklumlah org yg dilahirkan d kalangan keluarga sederhana dan pekerjaan pula tidak sehebat mana spt saya haruslah mengumpul duit sendiri sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sebenarnya segala omongan di ats utk menyatakan hajat saya yg 1 itu, yg saya telah impikan sejak bertahun yg lalu telah saya capai dlm tempoh waktu yg ditetapkan. Hajat saya utk memiliki bisnes sendiri sblm berumur 30thn telah saya capai pd umur saya 27thn. YEAY!!ALHAMDULILLAH~

Bisnes ini walaupon hanya secara kecil-kecilan adalah utk mengumpul modal bagi hajat yg lebih BESARRRRRRRR dan juga utk memenuhi hajat kecil-kecilan yg lain. AISHHH...kenapalah semua hajat pon memerlukan duit??Ada hajat yg FOC x?? Oleh itu, ayuh kawan2 semua melawat ke laman blog-shop (http://familyclicks-fc.blogspot.com)saya utk membantu mencapai hajat BESAR dan hajat KECIL saya. Bunyi macam nk buang air besar n buang air kecik la pulokkkk.  


TABLETOP FOOTBALL
KOD: ET11001
HARGA BIASA: RM 59.00
HARGA PROMOSI: RM 48.00

TEACHING ANIMAL PARK
KOD: ET11002
HARGA BIASA: RM 22.00
HARGA PROMOSI: RM 17.00

CHANGEFULLY GEARS COMBINATION
KOD: ET11003
HARGA BIASA: RM 28.00
HARGA PROMOSI: RM 25.00

MUSIC CARPET
KOD: ET11004
HARGA BIASA: RM 30.00
HARGA PROMOSI: RM 26.00

FUTURE STAR TRAINING GUN
KOD: ET11005
HARGA BIASA: RM 41.00
HARGA PROMOSI: RM 35.00

SUPER MARBLE DELUXE RACE GAME
KOD: ET11006
HARGA BIASA: RM 24.00
HARGA PROMOSI: RM 19.00
 

Sample Text