Pages

Tuesday, November 15, 2011

Memancing Ikan Tapi Hasilnya Udang Besar PUUUUNYAAAAAA...

Hobi En.Beh adalah memancing. Selagi belom duit habis, memancing..memancing..memancing...Saya pon x tahu apa yg indahnya aktiviti tersebut. Nasib baik pergi kolam bayar, adalah jugak kemudahan disediakan. Kalau pergi yg FOC, you pergi soranglah yang...I pon x risau ada awekz mana2 nk ngorat u..

Antara kemudahan kt sana: pondok yg xde pangkin utk para isteri tidur, jamban yg 'segan ah nk cite', tempat solat yg ermmmm...Hanya Allah yg tahu solat tu diterima atau tidak, kantin ada tapi makanannya ya ampuuun, ada juga disediakan chalet tapi kami x pernah pula check-in di sana. Tapi pemancing2 tegar adalah x heran dgn segala dugaan ini, pernah x makan 1 hari UOLZZZZZZ..

Sudah tiba masanya untuk menurunkan minat memancing tersebut kpd waris kami kata En.Beh pd suatu hari. Nak makan, nak minum, nak tidur, semuanya tiada masalah bagi saya n Ilham. Tapi bab nk basuh yg 'TUT' tuh yg saya x sanggup nk pergi jamban. Rasa macam nk celop Ilham dlm kolam tu utk cuci.

Kusyuk belajar cara2 memasukkan umpan dlm mata kail. Dah pandai kan Dik?

Kalau dapat ikan toman besar2 macam dlm majalah Joran xpelah jugak. Ini setakat dapat ikan talapia merah kocik, bersopak pulak tu, itupon nk tayang2 budget pemenang tempat pertama.

Sayang..Cepat amik gambar!Gaya you memang gaya seorang juara yang..

Tapi saya mmg tersangat yakin dgn kebolehan memancing En.Beh sebab walaupon nan hado dapat ikan tapi akhirnya berjaya mendapatkan hasil UDANG BESAAAAARRR PUUUUUNYAAA.. 

Terima kasih Chef Jijie..Dua beradik ni mmg xde keja!






Monday, October 31, 2011

2007: MY Convocation; 2011: HER Convocation

4yrs sudah meninggalkan Shah Alam dan yg paling tepat meninggalkan UiTM Shah Alam Di Hatiku. Rasanya baru semalam saya beratur ramai2 ngan kawan nk masuk Dewan Sri Budiman (DSB) bagi segenggam ijazah. CEWAHHHH!!Bangga betol rasanye dapat membahagiakan kedua ibu bapa. Gelaran pon masih CIK auuuuwww baru terasa spt diri dimamah usia tapi ada apa pada dengan angka kan?Sekadar nombor yg bertambah saban tahun tapi jiwa tetap BERHINGUS!!

Carik gambar konvo x jumpa, HARUS bukak balik Friendster

2011 datang kembali ke tempat yg sama dan mengharungi roundabout2 yg sama (sesiapa budak yg baru dapat P kalau nk terer keluar roundabout silalah berpindah k Shah Alam) bagi menyaksikan istiadat konvokesyen Angah pula. Sgt kagum dgn perkembangan pesat sekitar Sek.2 n Sek.7 tapi bertambah WOW!! dgn perkembangan dlm UiTM, banyak sgt building baru.

Sampai DSB terus col Pn.Ibu n mintak tolong ambil cucu beliau. Keluarkan stroller, bantal, beg n masukkan Ilham dlm stroller tapi ibu masih x nampak batang hidung. Cuba col ibu banyak kali tapi mungkin line Hotlink diboikot dlm UiTM sehingga saya rasa mahu menggunakan khidmat burung bagi menyampaikan pesanan kpd Pn.Ibu. Melihat kpd skrin TV dr luar dewan, Eh?kenapa tiada siaran langsung bg student2 yg ambil scroll?takkanlah sesi pagi da abeskan?Kakak senior ini (Masih kakak hokeh, blom jadi makcik lg) bertanya kpd junior lokasi sebenar istiadat Konvo. HAMEKKKK tercalar maruah sbg Ex-Student UiTM nk menyampai k dewan baru yg masih dlm UiTM pon memakan masa 2jam. Sesi pagi terlepas, sesi petang pon da masuk dewan. MUNGKIN saya datang untuk meraikan Angah di sesi malam.

TAHNIAH Angah~Semoga dapat kerja yg bagus n boleh selalu belanja makan.

Cucu Atok pon nk convo gak..HUH!!Macam dia sorang ada atok bak kata moyang Ilham~



            



Wednesday, October 5, 2011

Spontaneous Thursday





 
 Memang Beh nak TENGOK (Look After) dia, 
tapi dia asyik TENGOK (Look at) Sayang je.





Huhuhii~Jangan jeles wahai suamiku. Kasih Bonda membawa ke syurga

Friday, September 30, 2011

Aksi Artis Comelz di Tepi Sungai

BRRRRRRRR...Sejuk giler air Sungai Tekala ni tapi Ilham rilex je
Alahai..comelnyer anak Bonda berkemban ngan kain batik.
Hambek ko, x payah nk susah2 bersilat nak tidurkan Ilham kali ni. Tepuk2 sikit, terus tertido dengan jayanya.

Monday, September 26, 2011

Lawatan sambil Makan di Kenduri Pn.Adlin

Sebenarnya tajuk di atas adalah terbalik. Tajuk sebenar "Makan di Kenduri Pn.Adlin sambil Lawatan k Jambatan Putrajaya". Tapi sebab nak jugak ikut tajuk rombongan kanak2 tadika "Lawatan sambil Belajar" maka terhasillah tajuk di atas. 

UCAPAN ALU-ALUAN: Terima kasih kepada Pn.Adlin kerana sudi menjemput "Sawi dan Famili". Mak mertua gelakkan aku ko tau x disebabkan nama Sawi tersebut. CES!!Naseb baik anak dia aku da kebas, kalau x mahunya aku reject jadi mak mertua. Dan disebabkan adanya perkataan "Famili" di kad comel tersebut makanya aku bawak segerombolan keluarga ke majlis ko iaitu:-

Dari kiri: Norsya (Adik Ipar), Ilham (Anak), Sawi, Pn.Kamariah (Ibu mertuaku), Aliff (Adik)
Tiada dlm gambar: En.Beh

ISI KANDUNGAN: Majlis kamu very the english and very the comels sehinggan adik iparku verangan mahukan majlis yg segah itu juga. Padahal minah tu baru je form 1, da gatai pikir nak berlaki. Dewan cantik, deco cantik dr luar sampai dlm, pengantin pon sgtlah cantik. Tapi aku sedikit terkilan sb lupa nk tulis dlm guestbook tu. Beratur ramai sgt, dayang2 ko suruh makan dulu, nak balik nanti baru tulis. Bila perut dah kenyang, gendang gendut terus menghala k carpark. Nan hado nak tulis bagai..Aku tulis kt dlm blog ni jer lah ek? "Semoga Pn.Adlin n En.Jemek berbahagia k anak cucu dan hubungan berkekalan sehingga k syurga"

Tahniah Pn.Adlin n En.Jemek

 *KAMI*

PENUTUP: Laki aku sgt suka ayam goreng tu, sampai nk tapau dlm tisu. Wat malu kaum jer..Ilham plak sgt suka makan buah oren. Bonda n Paksu punya semua dia kebas. Ada balance lagi x?Aku nk rasa jugak..Doorgift kamu sgtlah menarik, Ilham pon teruja sampai dia makan sejadah tu.
Haishhhh..budak ni semua benda nak makan.


Monday, August 15, 2011

Pengalaman ke Klinik Desa

KLINIK YANG COMEL PADA ABAD INI

Walaupun nama taman perumahan saya sudah dinamakan se'omputih' yg mungkin oleh pemaju, walaupon kaw. perumahan tersebut akan mengambil masa tidak kurang dr 5saat sahaja utk sampai k PLUS highway, ok mmg saya sedang menipu pada bulan puasa yg mulia ini, masa sebenar yg diambil utk k PLUS adalah 8-17minit bergantung kpd kuasa enjin yg digunakan oleh pemandu. Tetapi saya tetap diarahkan k Klinik DESA Balakong untuk melakukan monthly check-up utk Ilham.

Nampak x ada mak2 yg duduk bersila di lantai sahaja sementara menunggu giliran mereka?sangat comel bukan?Pengalaman kali pertama menjejakkan kali k klinik ini:-
          Kami bertolak dr rumah dlm pukul 10am, sudah membayangkan parking yg penuh n susah dicari. Nombor giliran pula haruslah yg k 2227 (No. sekarang adalah 2059, harap bersabar. Terima Kasih). Usai memasuki perkarangan klinik, parking yg disediakan hanya muat utk 4-6kereta (jika semua kereta adalah kancil/viva). Air yg tenang jgn disangka tiada buaya, walaupun parking sekangkang kera, kereta yg berada di situ cuma SEBUAH. Yer puan2, believe it or not hanya 1ekor Kancil yg berada di situ. 
          Melangkah masuk k dlm klinik WAJIB meninggalkan selipar di luar, yakni berkaki ayam tetapi tidak pula selipar jepun disediakan. Jumlah mak2 yg berada di dlm bukanlah seperti gambar yg dicilok dr En.Google di atas. Jumlahnya cuma seciput di mana hanya jari yg berada di sebelah tangan sahaja yg bertindakbalas. Itupon bukan kelima2 jari yg berfungsi.  
          Mak2 yg berada di situ hanyalah balance dr yg buat appointment pukul 8.00am-10.00am. Saya adalah mak pertama yg sampai bagi appointment 10.00am-12.00pm. Ambik nombor dan terus duduk dgn bersenang-lenang tetapi telah ditegur oleh mak yg lain untuk menimbang dan mengukur berat anak sendiri. WHAT???Terpinga2 sebentar tetapi aktiviti membogelkan Ilham tetap dijalankan. Mak tadi menegur sekali lagi, x payahlah bukak baju bagai...timbang jer terus.WHAT???Terkejut sekali lagi.Errrr..tapi selalunya klinik yg saya pergi kena bukak semua termasuk lampin pakai buang. Ishhhhh...kat sini x payah..kata mak yg tadi. Saya n En.Beh sangat teruja melakukan proses timbang n ukur tersebut. Tekan sana, tarik sini, semua kena cuba. Haha.
         Masuk k bilik pemeriksaan utk berjumpa dgn MISI. Bukan misi 2020 atau misi syarikat yer puan2. Semasa nurse Bibi memeriksa perkembangan Ilham, mak yg lain masuk k bilik yg sama. Seraya nurse Bibi bertanyakan soalan "Ini yg misi pergi rumah masa bersalin aritukan?MISI okeh..ada lg orang guna word ni weyh... Extra comel la Misi Bibi ni. Da la memberi nasihat yg berguna sehingga 15minit lamanya. 5minit tambahan utk mengajar Ilham meniarap. Kalau pergi private ni mahunya kena RM100++
         Harapan saya agar dapat melalui pengalaman comel ini untuk next check-up. EhEh?Hengat buat karangan k apa dgn perenggan pastu siap harapan bagai?




Monday, August 8, 2011

PENYEGAN a.k.a PEMALAS



Rasanya orang utara yang cakap pemalas tu penyegan kan?HUH!!Teringat zaman kanak2 dulu kami sekeluarga pergi k Balik Pulau (kat Penang kan tempat nih?Hehehe...Geografi fail!) untuk bercuti dgn family kawan2 ayah yg lain. Gathering la kununnya tuh..Kami sekeluarga tinggal kat rumah salah sorang kawan ayah. Pastu pada 1 pagi yg bening, anak beliau berkata kpd saya dgn nada paling sopan "Awak ni memang penyegan orangnya". Sampai ke petang saya membawa perwatakan ayu ala2 pompuan melayu terakhir, da orang kata saya penyegan@pemalu kan?Mood kenalah maintain....

Mood pemalas tersebut memang x pernah hilang dr diri saya. Sental lah guna sabun anti-pemalas sekalipun...TETAAAAAPPPP meninggalkan kesan degil. Tambah2 lagi bulan puasa ni, memang berlipat kali ganda tahap malasnya. Kudrat x berapa nak ada, kena save energy nak layan Ilham waktu petang n malam.Hahaha..bestnya ada anak, buleh dijadikan alasan. Tapi ada betulnya gak, lepas amik dia kt rumah penjaga bukan terus tidur kan pon..Main sampai dekat2x maghrib around 6.30-6.45 camtu tapi tetap dia terbangun time orang tengah berbuka. Waktu sahur pon sama gak...wat pe'el cenggitu. X boleh langsung nak bertenang waktu makan.

Sepanjang puasa ni, sekali je kot saya drive sendiri k tempat kerja. Hari2 lain ada En.Driver merangkap En.Beh yang tolong hantarkan. HEAVEN! Lepas sahur, solat, tidur balik sampai 7.30, sampai tempat kerja tetap lambat tapi dapat pulang awal. HEAVEN! Contact lense pon malas nak pakai, hanya memakai cermin mata nenek2 si bongkok 3. HEAVEN! Sampai rumah makanan semua dah siap kerana ibu mertuaku ada di rumah. HEAVEN!HEAVEN!HEAVEN!

Nenek2 si bongkok 3, siang mengantok malam berjaga..lalala~

En.Driver yg saya sayangi

 Ilham said: Selamat berpuasa auntie2 semua~



 

Sample Text