Pages

Thursday, July 26, 2012

Sape Nak Gula Free??

Gula dlm badan saya ni banyak sangat. Sesape yang nak, blh contact saya. FREE je saya bagi. Saya disahkan penghidap kencing manis dan kena bergantung dengan insulin seumur hidup. xpelah, ai redha. At least Allah dah bagi warning awal2 sebelum DIA cabut nyawa saya kan?

Saya nak bagitahu simptom ketara dan kesan ketara yang terjadi kat diri saya. Dekat orang lain idokler pulok teman tahu yop. Kalau nak tahu jugak,sila tanya En.Google sendiri yer. 

SIMPTOM:
Saya cepat betol rasa dahaga. Minum banyak sampai berbaldi2 setiap hari. Hahaha...melampau! xdelah sampai berbaldi tapi memang over dari orang lain. Lepas minum, tetap rasa dahaga lagi, minum lagi, dahaga lagi, minum lagi lagi dan lagi. Dah kata minum banyak, kencing pon keraplah. Sampai saya rasa badan saya x filter pon air yg saya minum tu. Minum je, terus keluar semula. Penat tau ulang-alik bilik air. Bayangkan waktu malam saya boleh terbangun 2-3kali semata2 nak terkucil. Mengalahkan orang mengandung. Harap maklum, air yang saya minum banyak2 kali tu adalah air masak semata. Saya sangat kurang minum air manis2 ni.

KESAN:
Masa saya buat entry pasal berat badan, January 2011 berat badan saya 49kg. 3-4bulan lepas tu berat badan turun ke 47kg. Berat badan terkini: 45.9kg. Ikut perkiraan setiap tahun TURUN 1-2kg. Cuba kira berat saya lagi 20tahun akan datang. Huaaaaaaaaaaa tinggal kulit je la gamaknyer. BMI index memang confirmlah underweight. Kena naikkan ke 49-50kg utk dapatkan normal weight. Tapi apa yg saya confius sesangat, nak dapatkan normal weight kena tambah makan, bila tambah makan kandungan gula mestilah meningkatkan? Abis camno? Kena tanya doktor ni masa next checkup.

Herankan orang yg x minum manis n kurus meleding macam saya pon boleh kena kencing manis. Tapi alhamdulillah lepas cucuk insulin, saya dah x selalu rasa dahaga n secara automatiknya x kerap kencing lorh. Kurang beban nak menghadap toilet semedang. Beban lain plak menyusul sb nak kena menghadap klinik kesihatan setiap bulan sb saya kini secara sah adalah pemegang buku PESAKIT DIABETES.

Klasik benor misi kat klinik kesihatan ni eja nama aku serupa itu.



1 comment:

  1. kesiannya awak..cane leh kena ya..awak kurus x minum manis tp kena kencing manis?

    cerita awak buat sy takut..sbb sy suka gak minum manis terutama bulan puasa ni..dan sy pon kurus (sesangat)


    tp sy adala amalkan propolis (Avail propolis)..propolis ni elok utk kawal dan aktifkan insulin dalam badan kita. kalau awak nk cuba leh sms sy: 019-7583883

    ReplyDelete

 

Sample Text