Pages

Tuesday, February 8, 2011

PERCUTIAN: Perancis

Budget ciput + kekangan masa? Sila pilih destinasi yg berdekatan dgn kawasan rumah SHJ + Yg boleh balik hari + makanan murah + entry fee murah/FOC + Fuel consumption cikit = HAPPY!!

Orang lain pergi bercuti, saya pon mahu bercuti juga. Bila tetiba En.Beh announce beliau dapat cuti 2 hari, hati saya terus berbunga2 cinta. YEAY!!Tapi tarikhnya x sama ngan saya, cuma dapat meluangkan masa sehari bersama2. Dgn pantas otak berpikir nk g berjalan k mana n x lupa juga utk bertanya idea drpd sanak kaum keluarga yg akan mengikuti rombongan kami. Hambek ko..En.Beh mmg suka bawak 1 kampung g jejalan. The more the merrier katanyer. Bedal sajer lah labu..Asalkan saya dapat bersama2 ngan En.Beh terchenta.

Bukit Tinggi: Destinasi sgt dekat ngan umah + boleh ikut jalan lama Bentong + perjalanan x sampai 1 jam + = Jimat duit tol + Elak Jem - scary ikut jalan lama tu, banyak pokok tumbang. Entrance Fee RM 12.00/sorang (Colmar Tropicale & Japanese Village)

Mari bertolak dgn hati yg sgt teruja sb 1st time nk g sana + dapat dating ngan mamat yg tepi tingkap tu. Bertambah bahagia jika mamat itu yg sedang memeluk saya..

Beh..Lepas makan kita amik gambar kt pokok yg cam kt obersea tu tau..Waaaa sgt teruja tapi blom masuk lg sb nk makan dlu. Kami masak dr umah n berkelah kt tepi jalan. Semua org pandang jer, aaaahhh x kesahlah asalkan JIMAT. sgt yakin kt dlm itu makan mahal n x de nasi utk perut Melayu cam kami ni. Da kata nk g tempat ala2 Perancis kan? Makanan haruslah pasta, pizza, roti..
 
 Masuk kat dalam "La...??Ni jer k?" Terpinga2, ambik2 gambar, OK dah!
 
Sb x nak boring sgt, En.Beh ajak main mainan cam kt Fun Fair tuh. Dapatlah hadiah ayam yg saya pegang itu. itupun, budak yg jaga tu baek ati bg 1x chance lg. Kalau x, mmg harapan lah nk dapat.

Semua da puas ati, tgk tempat santek + kecik jer + makanan mahal jadi mari kita gerak k Japanese Village plak. Ape la ko ni Dikkk. Aku suruh amik background ala2 pintu gerbang Merlin tu, ko ambik gambar tanglung bebanyak tu watpe?

Disebabkan ada landslide nk naik k Japanese Village ni, En.Beh decide naik je kereta sendiri dr Colmar Tropicale k Japanese Village. Kalau naik shuttle pon, die turunkan kt car park gak n kena tonggekkan buntot cam kami gak nk naik atas tu. Sgt penat okeh. budak bertudung pink itu sudah bernafas spt naga.whhaaha..

Sepanjang perjalanan k atas, view nyer x secantik gambar2 blogger lain pon? Air terjun semua diorg tutup. Mgkin sb nk cuci, maklumlah baru lepas musim hujan. Sampai atas, kalau nk masuk umah Jepun, WAJIB sewa kimono RM20.00/sorang. Nan hado ler kami nk sewa.

Moshi2..Kegembiraan saya terbantut bila En.Beh cakap "Sayang..itu gaya Chinese larrr, bukan Japanese"Abes tu, gaya Jepun camne ek?

Owh..Baru saya ingat, gaya tunduk2 sambil cakap hait2 tu kan?tapi nape Beh wat gaya tahiyat akhir kat situ?

tetiba macam kesian jer kt ikan2 Koi tu. Da la x cukup air, x cukup oksigen, makanan pon x cukup. Adik saya yg baek ati pon beli lah 1 plastik comel makanan ikan beharga RM1 utk ikan2 tu. Mana lah nk cukup utk mereka yg ramai tu. Semoga ada org lain yg berhati mulia spt kami jua. Cewahhh..

Terima kasih kpd photographer kami pd hari tersebut iaitu adik ipar kpd En.Beh. hikhik  Adik saya lah..

Gambar beliau bermesraan bersama2 Abg Ipar

Dan x lupa juga bersama kakak2 beliau yg comel2 belaka. Eh? ada ibu rupanya2 dlm gambar ni. Sorry lah yer ibu, anak2mu ini telah meninggi dgn CalciYUMMM sampai tudung ibu jer yg nampak.

keputusan percutian ini adalah 0-0..Huhu..Bukan2x, kami HAPPY sampai demam.

Terima Kaseh Bebeh



Sunday, January 30, 2011

Siapa Pernah Intai Orang Mandi??



SAYA!!

Dan akibatnya sgt memedihkan:-


Rasa macam sakit kena tumbuk pon ada. Pagi2 terus pergi berjumpa dgn doktor, mengharapkan MC selama 3 hari+cuti CNY=next week baru masuk keja. Sgt indah jika doktor sebaik ini. Pergi ke klinik dgn rasa berdebar2 n berdoa dlm ati semoga impian jadi kenyataan. Jumpa doktor, x payah terang banyak2, tunjuk je tang mata, terus jer doktor tunjuk kan muka kesian. YES!! Berjaya!

Duduk kembali d kerusi menunggu sambil berdoa kakak kaunter x tersalah tulis jumlah MC saya. NORSALWAHIDA BT KAMARUDDIN...sayup2 kakak kaunter memanggil. Mata terus terpasak k arah kertas yg dimasukkan k dlm plastik ubat2tan. Yg ni 3x sehari, yg ni plak pakai waktu malam sambil dia menunjukkan cara2 memasukkan ubat tersebut k dlm mata. Mak OIII..sekali glitter2 da kuku die..Terus semua penerangan tadi terbang melayang n kata2 kutukan bersarang d minda. Kemudian melangkah kaki keluar dr klinik, meletakkan karungan plastik d opis n pergi k toilet. Ya, saya masih berdebar utk melihat isi kandungan kertas tersebut.

Kembali k opis seraya terdengar bisikan menusuk kalbu "Hang ada mintak MC ka?Brapa hari dapat?"Tanya si Papa Shiro. Saya:"La?Kena mintak k?Bukan dia free2 kasi k?" Dan hasilnya saya masih d opis menaip entry ini. HAMPESS.

Owh Yer..Menurut kata doktor, saya telah dijangkiti kuman atau bulu mata telah masuk k kawasan tersebut. Tapi saya secara pasti n yakinnya menidakkan n sekonyong2 menuduh budak d bawah ini sebagai penyebab utama.



Tulah Beh..Suka sgt mandi x tutup pintu.





 

Wednesday, January 26, 2011

PSSSSTTT Saya ada Rahsia nk Bagitau

Sebelom anda2 semua membaca dgn lebih lanjut, elok lah jika saya memberi peringatan terlebih dahulu bahawasanya entry ini adalah ditujukan kpd saya dan diri saya shj. Tetapi secara umumnya, adalah afdal kpd anda semua jika mahu mengambil iktibar. Elok juga saya memberitahu anda semua bahawasanya saya bukanlah seorang yg bergelar ustazah mahupon yg berpakaian serba litup utk berani2 mengeluarkan entry yg berunsurkan Islamic & Ilmiah. Saya tidah mahu selepas membaca entry ini anda semua nk termuntah dan mengutuk saya belakang2 okeh? Jika terjumpa saya d Pusat Hiburan Keluarga @ Pusat Karaoke, jgnlah pula mencemuh seraya berkata "HUH!Nilah pompuan berlagak alim kat blog dia tapi berkeliaran kt tempat macam ni" Nanti saya kecik ati tau~

Baiklah, saya sebenarnya nk bgtau pasal kebaikan solat. Bukannya x nak bagitau apa itu solat, cara2 solat bg laki n pompuan, hukum solat, cara ambil wudhuk etc etc etc..Sebabnya semua orang tau pasal tu semua, tapi nk mengerjakannya yg payah macam nk suruh terjun dlm kawah air mendidih. Jadi biarlah saya bgtau kebaikannya shj sbg motivasi kpd diri sendiri:-

KEBAIKAN SOLAT-KESIHATAN
1. Jimat Duit-Solat yg khusyuk adalah amalan meditasi yg ideal. X perlu pon keluarkan duit beribu2 lemon utk wat rawatan meditasi, amik jer wudhuk n solat dgn khusyuk. Senang n murah bukan?

2. Ubat Sakit Perut: Diceritakan, suatu hari Abu Hurairah sakit perut lalu Nabi berkata "Bangkit dan bersolatlah kerana sesungguhnya ada perubatan dlm solat".

3. Bentuk badan macam model: Solat yg lengkap 5x sehari semalam, faham makna bacaan, rukuk dgn betol, melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud & tahiyat akhir akan mendapat komposisi tubuh yg baik. Selain itu, dgn mengamalkan jari kaki membengkok ketika gerakan sujud, duduk antara sujud n tahiyat akhir, ia mampu membkar lemak dlm badan selain mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sumber: Mohd Fadly Samsudin

KEBAIKAN SOLAT-KEHIDUPAN SELEPAS MATI
1. Niat-Memelihara taubat dr duania & akhirat
2. Berdiri Betul: Meluaskan kubur
3. Takbiratul Ihram: Sebagai pelita yg menerangi kubur
4. Fatihah: Sebagai pakaian yg indah2 dlm kubur
5. Rukuk: Sebagai tikar dlm kubur
6. Iktidal: Akan memberi air dr telaga Al-Kautsar ketika dlm kubur
7. Sujud: Memegar ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim
8. Duduk antara 2 Sujud: Menaung panji2 nabi f dlm kubur
9. Duduk antara 2 Sujud (Akhir): Menjadi kenderaan ketika d padang Mahsyar
10. Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab soalan Munkar & Nankir
11. Selawat: Pendinding api neraka
12. Memelihara kita d dlm kubur
13. Pertemuan dgn Allah
Sumber : email 

MENCUBA SEHABIS BAIK UTK MENDEKATKAN DIRI KPD-NYA



Tuesday, January 18, 2011

Tawar-Tawar-Sedap Kari Ikan Tongkol

Hasil terjahan k En.Google, maka terjumpalah cara memasak kari ikan tongkol yg membuatkan saya perlu memasak nasi sehingga 2x. Maknanya sedap la tu..Sampai licin kuah tu En.beh kerjakan. Time kasehlah pada Pn.Mardhatillah kita krn sudi berkongsi resepi yg marbeles.

Tambah sikit lg garam, mangkuk penuh ni jdi licin kn Beh?


Dialog adik ipar-kakak ipar:-
Adik Ipar (AI): Nanti bila AI kawen, sama gak k resepi kena ada depan mata
                bila nk masak?
Kakak Ipar (KI): HARUSLAH kena..Kalau x, mana nk dtg masakan yg sedap?
                 AI bukannya chef yg blh cipta resepi sendiri.
Adik Ipar (AI): Kalau resepi amik kt website mana2, tapi x blh nk print
                camne?
Kakak Ipar (KI): x ngeti2 nk bawak lappy masok dapur? Biar lappy masuk air
                 asalkan laki kita x g warung janda utk cari masakan yg
                 sedap. Owhhhh..X sanggup uuuuuu...


Note: Dialog telah ditambah gula, garam dan ajinomoto secukup rasa.

Thursday, January 13, 2011

Mission Possible OR Impossible?

Camne korang buang lemak ayam?Adakah sama spt saya?Ambik pisau, keluarkan ayam dr plastik (Jika plastik terikat, gunakan pisau utk memotong ikatan). Kemudian keluarkan ayam dr plastik. Pastu belek satu2 tgk ada lemak n buang ia dgn pisau yg sama ketika memotong ikatan plastik. Seterusnya cuci potongan ayam tadi menggunakan air dan masukkan k dlm bekas. Ulang step dr belek potongan ayam sehingga potongan yg terakhir. Wahhhh..Gitu rupanya nk buang lemak ayam?Macam la korang semua x tau kan? Utk lebih jelas kpd anak2 gadis d bawah umur yg baru hendak memulakan langkah menolong ibunda d dapur, dgn relanya saya menyelitkan gambar ayam beserta lemaknya d bawah:-

Nampak x benda putih yg melekat d potongan tu anak2? Benda tu la yg harus dibuang,jgn ko pegi lenyapkan segala isi ayam tu dr muka dapur ibunda kamu sudah. Nanti kamu yg digoreng sbg ganti.

Semudah ABC bukan? Tahniah kpd anak2 yg telah mencuba dan membuat ibunda tersenyum bangga dgn pencapaian anda. Tapi saya bukanlah mahu berkongsi resepi ayam masak merah, ayam masak kunyit atau ayam goreng halia. Cuma nk tau adakah membuang lemak d badan semudah membuang lemak d potongan ayam? Ini adalah kerana kondisi kami suami isteri sudah d tahap bahaya.














Mana x nya, lemak yg harus saya buang dr badan adalh 2.2kg barulah mencapai berat yg ideal.














Tapi ada yg lebih teruk yer kawan2 semua. Agak2 siapa punya lemak yg WAJIB disental sehingga 5.6kg ni ye En.Beh tersayang?Ada k patut masakan saya pula yg harus dipersalahkan d dlm hal ni.
















 Misi kami utk mendapatkan susuk tubuh d atas. Setelah survey dilakukan dan questionnaire telah di diedarkan d sekitar lembah kelang. Jawapan tertinggi utk mendapatkan tubuh yg menggiurkan adalah:-

1. Sit up sambil bermesra-mesraan <----Rasanya aktiviti ini x lama jika berpakai spt gambarajah d atas. Saya x tahan godaan you..GATAL!!

2. Berdansa. Agak2 En.Beh larat x nk buat aksi macam kt dlm Mari Menari?

3. Membersih rumah setiap hari. Sila abaikan budak kecik krn kami blom mempunyai anak.

Selesai membuat solat istikarah bg mengetahui kabaikan/keburukan atas tindakan kami selanjutnya dan kepala pon hampir pecah memikirkan jalan yg terbaik utk membuang lemak2 tepu tersebut sekonyong-konyong perut menyanyikan lagu TLG INGATKAN AKU *Sempena menang AJL25*
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

  LU PIKIRLAH SENDIRI



Monday, January 10, 2011

Jawatan Kosong: Floor Manager

Saya sebagai wakil kpd syarikat Cuci Adik-Beradik Services Sdn Bhd (CABS) ingin menawarkan jawatan spt yg tertera d atas. Kami di CABS sgt2 memerlukan pekerja tambahan tidak kira jantina tetapi haruslah yg berdedikasi, rajin, telus, dan setia.

BENEFITS:
Calon yg berjaya bekerja d bawah CABS akan ditawarkan:
 Duit yg banyak sehingga anda mampu tidur d atsnya

Bilik penginapan-Master bedroom lg..

 Ini hanyalah gambar HIASAN semata.


JOBS OF SCOPE:
Spesifikasi kerja x pernah ada dlm kamus CABS. Pekerja haruslah versatile dan sanggup melakukan apa shj kerja yg diberi spt:

 Berkaraoke jamban

Berkawad dlm pantang

Menjirus gaya bebas

Adalah 1 peluang besar bagi anda yg mempunyai kemahiran memasak. Ini krn, setelah penat bekerja seharian MEM BESAR sudah tidak mampu nk menyediakan masakan utk semua pekerja.



"CEPAT!!JAGN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI"

Tuesday, January 4, 2011

Kipas Si Silu, Pilu...TILU!!!

Pada 1 malam yg agak kurang indah bila Pn.Ibu ajak g konsert tpi rupa2nya konsert tersebut adalah dinner yer. SESUNGGUHNYA kami adik beradik hengatkan konsert angkat2 ketiak tu. Dengan x mandi, pakai babyT saja n berseluar jeans, saya melangkah k koporat dinner tersebut. Buat muka tebal n  trus makan. Ehhhhh makan tetap makan kalu x perut bernyanyi sama ngan penyanyi yg perform.

Yg comel memakai tudung tu msti kenalkan? Tapi sape pulak jelmaan kt tepi saya tuh?Spoilt btol la camera fon nih. Sungguh malu ngan itu budak. Terhegeh2 nk tangkap gambar ngan dia tpi pakai hp cekai sajer.

Ni lah die jelmaan kt sebelah saya tu. Kenal x?Gambar ni curik dr facebook

Myra ni vokalis TILU. Mereka sgt lah memukau saya pd malam itu. Makanya trus saya melantik diri sendiri sbg kipas mereka. Try ler tgk dirog perform live, musti korang pon ternganga, terkagum n terkipas gak. Utk mukadimah kpd next fan TILU, dgr lagu besh ni:-

 

Sample Text