Pages

Friday, June 24, 2011

Kejap Demam Kejap Kebah

Apakah seperti biskut akan demam mu wahai anak? Sangatlah membuat hati Bonda dan Walid gundah-gulana. 1st day demam awak lemah je, asik nk tido. Lepas tu awak asik nak merengek, tido pon nk kena dakap dlm dukungan. Selama ni pantang dengar suara Walid, terus terkekek2 ketawa tapi bila demam x nak plak ngan Walid. Kalau Walid yg dukung, nangis je..Masa ni baru awak tahu Bonda lagi best dr Walid. Hahaha...haruslah berebut kasih sayang anak dgn suami sendiri.

 Bonda bagi punting, dia pon sibuk nak pegang jari pastu x nak lepaskan.

Lepas 2 hari, demam awak dah kebah tapi still merengek2. Bonda pergi kerja pon senang hati. Lepas sehari letak kat umah penjaga, aiiiikkkk demam awak datang balik. Tapi x berapa panas macam mula2. Hai lah anak semoga awak sembuh sepenuhnya dgn cepat. Kalau awak menangis, Bonda risau. Masa awak tertidur lepas menangis, Bonda plak yg tolong sambung menangis. Walid plak yg cemas...Huhu..

 Shhhhh...Adik da tido. Penat Bonda nak tidokan dia.


Sempatlah jugak Bonda ikut petua2 yg dapat dr aktiviti peng'google'an ni untuk mengurangkan demam awak:-

• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
- Bonda pakaikan awak baju jenis berlubang2 @ pakai baju sahaja tanpa seluar.

• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya. 
- Bonda suruh Walid hadapkan air cooler kat awak sorang je. Selalunya Bonda tumpang sekaki.hehehe..

• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula.
- Awak mmg x minum susu badan, tapi Bonda kurangkan FM dan paksa awak minum banyak air masak. 

• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa. 
- Bonda x berani nk mandikan masa badan awak panas sgt. Da kebah sikit, baru Bonda mandikan dgn air shower. Itupon luluh hati Bonda bila dengar awak meraung. Setiap masa plak mmg Bonda letak tuala basah kt kepala awak. 

 Semoga anak Bonda cepat sembuh.

Monday, June 13, 2011

Nasi Lemak Mual


 Nasi lemak ni saya yg masak sendiri. Pertama kali masuk mulut, terus cakap ngan bangganya kpd En.Beh "ErmmmmSedapnya nasi lemak ni yang..Jom ar join" Makin nak abis sepinggan, makin mual plak rasanya. Sebab teringat kesedapan suapan pertama, saya tambah lagi sepinggan. Tapi rasa mual yg melampau makin melekat di tekak saya. Apakah penyebabnya?

Tuesday, June 7, 2011

31,536,000 saat

Setahun = 12 bulan
12 bulan = 365 hari
365 hari = 8,760 jam
8,760 jam = 525,600 minit
525,600 minit = 31,536,000 saat (Eh? Betolkah?Math saya adalah k laut, sila maapkan)

EIIIIII..x sangka nya da berjuta2 saat syg hidup bersama Beh terchenta. Rasa macam cepat sgt masa berlalu. Bila terjumpa dgn sedara-mara or kawan yg x dapat dtg masa kita kawen mesti keluar ayat feveret ni "Ni yg kawen aritu kan?"Aritu lah sgt...Padahal da setahun pon, da berjuta2 saat pon berlalu. Agaknya dlm masa banyak 2, berapa banyak dosa yg syg da wat ek?Mintak ampun, mintak maap ye yang..Da mintak maap ni, hadiah yg dijanjikan jgn dilupakan tau..X kisahlah bila B nak bagi pon asalkan sebelom masuk tahun ke-2 perkahwinan kita. Sehari sebelom tahun k-2 pon I pasrah yang~

Owh..perkara paling berharga dlm masa setahun ni dgn hadirnya Ilham dlm hidup kita ber-2. X tau berapa banyak ucapan terima kasih yg patut syg ucapkan kt B tapi yg pastinya melebihi angka 31,536,000.


LURVE both of you BANYAK2

 

Sample Text