Pages

Friday, June 24, 2011

Kejap Demam Kejap Kebah

Apakah seperti biskut akan demam mu wahai anak? Sangatlah membuat hati Bonda dan Walid gundah-gulana. 1st day demam awak lemah je, asik nk tido. Lepas tu awak asik nak merengek, tido pon nk kena dakap dlm dukungan. Selama ni pantang dengar suara Walid, terus terkekek2 ketawa tapi bila demam x nak plak ngan Walid. Kalau Walid yg dukung, nangis je..Masa ni baru awak tahu Bonda lagi best dr Walid. Hahaha...haruslah berebut kasih sayang anak dgn suami sendiri.

 Bonda bagi punting, dia pon sibuk nak pegang jari pastu x nak lepaskan.

Lepas 2 hari, demam awak dah kebah tapi still merengek2. Bonda pergi kerja pon senang hati. Lepas sehari letak kat umah penjaga, aiiiikkkk demam awak datang balik. Tapi x berapa panas macam mula2. Hai lah anak semoga awak sembuh sepenuhnya dgn cepat. Kalau awak menangis, Bonda risau. Masa awak tertidur lepas menangis, Bonda plak yg tolong sambung menangis. Walid plak yg cemas...Huhu..

 Shhhhh...Adik da tido. Penat Bonda nak tidokan dia.


Sempatlah jugak Bonda ikut petua2 yg dapat dr aktiviti peng'google'an ni untuk mengurangkan demam awak:-

• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
- Bonda pakaikan awak baju jenis berlubang2 @ pakai baju sahaja tanpa seluar.

• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya. 
- Bonda suruh Walid hadapkan air cooler kat awak sorang je. Selalunya Bonda tumpang sekaki.hehehe..

• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula.
- Awak mmg x minum susu badan, tapi Bonda kurangkan FM dan paksa awak minum banyak air masak. 

• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa. 
- Bonda x berani nk mandikan masa badan awak panas sgt. Da kebah sikit, baru Bonda mandikan dgn air shower. Itupon luluh hati Bonda bila dengar awak meraung. Setiap masa plak mmg Bonda letak tuala basah kt kepala awak. 

 Semoga anak Bonda cepat sembuh.

4 comments:

  1. kalo baby demam kene mandikan dia..pkai air suam pun ok..bagi panas dia turun..pastu slalo tuam badan dia..esp kat celah2 badan dia tuh..macm raoul dia penah kene demam panas, mlm2 aku siap renjis2 air kat badan dia n bia air tuh kering sendiri. banyakkan minum air. bg susu pun ok.air masak tuh cam nak bersihkan tekak dia je..yg penting kalo panas je slalo tuam, bg panas cepat turun.cam aku skrg prepare ubat punggung tu, takut demam dia panas tibe2 tgh malam..and last skali kalo panas dia tak ok gak, ko mandikan dia dgn air kelapa. lap2 badan dia..lg elok bg minum tp dia kecik lg kan.cam aku raoul tak nak minum, so aku yg minum then menyusu dia..tak lame pastu demam dia kebah dah..

    p/s: risau kan kalo anak sakit nie..tak senang tido..kesian kat dia..

    ReplyDelete
  2. lagi info tentang bayi demam di SIHAT SELALU - FAQ Tentang Bayi Demam

    ReplyDelete

 

Sample Text