Pages

Wednesday, May 25, 2011

Saya Mahu Jadi Bonda Kamu

Saya mahu jadi ibu susuan kpd anak kecil itu: Muhammad Ilham. Supaya x ada sesiapa yg boleh mempertikaikan status dia, status saya atau status kami berdua. Dia adalah anak SAYA, anak WALID, anak KAMI.

Tapi nak jadi ibu susuan utk seseorang yg masih belom pernah mengandung spt saya adalah sgt sukar bagi memenuhi rukun dan syarat2nya:-

1. Al-Murdhi: Perempuan yg menyusukan
    Perempuan yg hidup n telah mencapai usia 9tahun.
    Saya mmg masih hidup. Kalau da mati, siapa pula yg post ini entry?Hantu 
    sayakah?Umur pula semestinya telah melebihi syarat tetapi x pula 
    terlalu tua. 
    Status: PASSED

2. Ar.Radhi: Anak yg disusukan
    Anak yg hidup dan umurnya x melebihi 2tahun, 2tahun 1hari pon x boleh
    Anak saya masih sihat dan umurnya juga belom sampai 6bulan pon. 
    Status: PASSED

3. Al-Laban: Air susu perempuan
    Air susu mesti sampai ke perut anak itu n boleh menyebabkan pertumbuhan
    badannya. Had penyusuan itu pula mestilah x kurang drpd 5x dlm waktu
    berasingan mengikut kadar kebiasaan.
    Rukun n syarat ke-3 inilah yg paling sukar utk dipenuhi. Maxolon 
    (pulin) telah pn saya ambil bagi membantu penghasilan susu. Mmg ada 
    susu yg keluar, tapi tersgtlah sedikit. Bila pump pon, hanya meleleh d 
    cuping corong, x sampai k dlm botol. Ilham pula mmg da x mahu langsung 
    direct bf. 
    Status:Blinking Comments Generator - http://www.blinktextmaker.com



Ya Allah, Kau bantulah hambamu yg lemah ini utk menjadi ibu susuan kpd Muhammad Ilham Bin Zulkhairi. Kau makbulkanlah doaku yg 1 ini Ya RABB

Friday, May 20, 2011

Memperkenalkan.......(Drum Roll)

MUHAMMAD ILHAM



Nama Walid: Muhammad Yusmanraimi Bin Che Yusoff
Nama Bonda: Norsalwahida Bt Kamaruddin
Jantina: Lelaki
Tarikh Lahir: 04 March 2011
Alamat Surat-Menyurat: Sila mintak izin dr Bonda utk sebarang surat mengorat
Hobi: Tido n menangis
Makanan & Minumam Kegemaran: Susu, susu dan susu lagi
Ucapan: Sayang Walid n Bonda saya banyak2x dr ujung rambut sampai ujung kaki



Terima kasih Tuhan kerana memberi kesempatan utk merasai nikmat menjadi Bonda kpd budak tecik, macam, bucuk itu. Bonda sayang kamu~

Thursday, May 5, 2011

Anak Pak Teh & Mak Teh Kahwin Di Saat Gaji Belum Masuk

Tahniah saya ucapkan kpd Musdiamri (Abg) & Pasangan dan juga kpd Musdihamidi (Adik) & Pasangan kerana telah menjadi perantin paling baru dlm family. Dengan semangat yg jitu saya pulang k kampung, eceh...macam jauuuuuuuh benor bunyinya padahal Serdang-Gombak sahaja. Ya, emang benarrr ni pak..saya pulang dgn semangat yg berkobar2 utk menolong ape2 yg patut tambahan pula utk mengurangkan rasa bersalah kerana x berpergian k majlis d sebelah perempuan.

 Si Abang yg sgt alert dgn kamera. Tala je kamera, on d dot suruh isteri dia pandang.

Si Adik n pasangan yg suka bercakap sesama sendiri d atas pelamin.
Pn.Sue, sila pandang kamera okeh, asik berborak saja kamu.
1 more time!OK better~

Si Abang n Si Adik. Tahniah Abg Am n Ijie

Ketahuilah kalian berdua pada saat kalian disandingkan duit saya cuma ketinggalam RM5 d dlm dompet. Kemudian apabila suara Abg Am kedengaran d corong telefon n meminta tolong utk membelikan udang n buahan2 utk makanan perantin adalah kedengan spt halilintar yg memanah telinga saya. Eh?Kata temu utk utk halilintar adalah memanah kah?Ahhhh hentam sajalah~Akhirnya kantung duit ibuku jua menjadi sasaran.Haha...Nasib lah ibu, dapat anak macam den..

Harap kamu berdua berpuas ati di atas pertolongan yg x seberapa yg telah dihulurkan. Saya telah mencuba sehabis baik utk melicinkan perjalanan majlis tersebut walaupon bukanlah key person pon. Key person haruslah org2 yg masak kan?Siapalah saya utk memasak menggunakan bapak periuk yg besar itu, disuruh masak gulai nenas masak lemak ikan masin pon sudah melarikan diri inikan pula mahu masak rendang sekawah. Nasib baik ada budak kecik bawah ni dijadikan alasan utk melarikan diri. Whahaha...Ampun Cik Beram, bukan x mahu menolong tapi takot x sodap.

Terima kasih kerana kamu telah menyerikan hari2 cuti Mak Aong d kampung.
Luv ya Mohammad Faqehuddin. Semoga ketemu lagi.






Wednesday, May 4, 2011

Menghitung Hari

Menghitung hari untuk menjadi seorang BONDA sgt mendebarkan n mencemaskan. Tambahan lagi x tahu rupa dia macam mana? Even nama penuh pon x tau camno? Bersediakah saya n En.Beh? Boleh survive kah kami? Banyak feedback dr orang sekeliling. Ada yg +ve mahupun yg -ve. Tapi apa yg pasti, semua yg memberi pendapat -ve akan saya akan anggap orang itu adalah PENDENGKI n CEMBURU dgn kebahagiaan yg saya n En.Beh bakal perolehi.

Ayah: Alhamdulillah~Bila nak g amek?Kalau boleh la ni jugak. Ayah setuju sgt2
Ibu: Anak sape?Ibu ikut je.
Mama: Wah~Seronoklah awak bakal jadi Bonda pada hari Ibu.
Nenek: Da pikir masak2 k? X kisahla papepon.
Angah: Aku sanggup jaga beliau tapi dgn upah okeh?
Adik: Aku da tau la~OK je

Semoga kami dapat mengecap kebahagiaan tersebut dan menjadi Bonda n Walid yg mithali. Harapan saya agar ibu kandung beliau tidak berbolak balik n redha. Tolong doakan saya agar cita2 kami tercapai ya kawan2x~
 

Sample Text