Pages

Sunday, July 24, 2011

Suaramu Bak Buluh Perindu

Ilham akan buat apa saja cara untuk buat matanya x tertutup. Dia memang susah nak tido. Alah macam kita waktu dalam lecture hall, kita akan kunyah gula2xlah...cubit tangan sendirilah..keluar sekejap pergi hirup udara toilet lah....lempang muka sendirilah....ataupun main msg ngan boifren yang duduk row belakang sambil kutuk2 lecturer yg tengah ajar. Itu semua kita buat supaya kita x tertidur dlm kelas.

Macam tu jugaklah dgn si kecik Ilham ni: dia akan tendang2 kaki dia..tenyeh2 mata dia..kepala,telinga,badan, semualah anggota badan dia tetiba gatal.. nak susu walaupon 15minit lepas baru teguk 6oz susu..bantai menangis macam baru lepas kena cobit ngan bonda...Dia akan buat apa sahaja supaya matanya x terpejam, walaupon mata dah makin mnegecil. Akan mengambil masa 2-2 1/2 jam untuk betol2 tido.

Tapi hanya 1 suara SAHAJA yang boleh menenangkan jiwa si kecik ni. 1 suara ni boleh mengubah segala perangai yang tersangat 'comel' tadi kepada perangai yg sangat behave sehinggalah dia terlena.

video
 Saya terpaksa mengulang video klip ini setiap kali beliau mahu tidur. 

Anak Bonda sayang.....Janganlah buat perangai macam2, Walid x boleh selalu dodoikan adik...Walid cari rezeki untuk kita berdua. Touching Bonda tau....adik layan suara Walid sorang jer...


P/S: Sila abaikan suara latar yang serupa kartun itu.








1 comment:

  1. hurmm mcm anak ana la mata ngantuk tp still xmau tidok..huhuu..

    ReplyDelete

 

Sample Text