See..Itulah kawan2 En.Beh yg terkorban kerana dipaksa makan nasi impit beserta kuah kacang yg dibuat oleh saya. Mekacih juga kpd En.Beh yg dipaksa utk mengambil video n gambar makanan2 tersebut utk dimuatkan d dlm blog ini.
En.Beh perlu bekerja di Hari Raya Aidil Adha..Jadinya, spt yg telah direquest (Termakan Budi, Tergadai diri), pulang saja dari kerja pd malam raya, saya telah meredah semak samun utk mengambil serai. Takut ooooo...sgt gelap, takut ada ular. Nasib baek x de pape, agaknya Tuan Ular pn merestui niat baek saya bagi menjadi isteri mithali.
Di pagi raya, saya sebagai isteri mithali telah menyiapkan juadah raya d dlm mangkuk tingkat utk En.Beh menjamu rakan2 d tempat kerja (Pn.Ibu cakap sgt klasik sb bawak bekal n pakai mangkuk tingkat plak tu). Komen yg diterima dr seluruh ahli keluarga n juga rakan2 En.Beh sgt memberangsangkan sehingga ada yg mahu order utk Raya AidilFitri tahun depan.Hik..hik..Masih hengat k saya camne nk buat?
Resepi yg telah ditiru sebijik2 dr Apron of Love:
Bahan:
1. 300gram kacang tanah, digoreng tanpa minyak
(Haruslah dibuang kulit dulu yer..)
2. Asam jawa sebesar bola pingpong
3. 2 sudu besar gula merah
4. 5 sudu besar gula pasir
5. Garam n serbuk perasa secukupnya
Bahan2 yg harus dikisar dgn air:
1. 6 batang serai
2. 2" lengkuas (x der pn x per)
3. 5 biji bawang merah/1 labu bawang besar
4. 3 ulas bawang putih
5. 15 tangkai cili kering n segenggam udang kering
(Dua2 bahan ni, rendam dulu ye, ditakuti liat semasa dikisar)
Cara2nya:
1. Tumbuk kacang tanah yg telah digoreng
(En.Beh x suka kacang ketul2, jadi saya haruslah menumbuk lumat
kacang2 tersebut).
2. Tumiskan semua bahan kisar dgn menggunakan minyak masak sehingga
betol2 garing.
(Jika x, En.Beh cakap rasanya spt masak sambal).
3. Masukkan air asam jawa n biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan kacang yg telah ditumbuk n biarkan sehingga mendidih. Kacau
sesekali. Masukkan air sedikit demi sedikit jika terlalu pekat
sehingga mencapai kepekatan yg memuaskan hati anda sendiri.
5. Masukkan gula merah, gula pasir, garam n serbuk perasa.
Biarkan mendidih..
Hasil yg sgt memberangsangkan sehingga nenek makan berkali2x
bestnya sawie, da pandai masak rendang utk suami. aku nk goreng telur pon hanget lagik. hahahaha
ReplyDeleteboleh la aku oder gak neh :P
Boleh2x..300grm=RM50.Hoho..Bukan rendang lorrr..kuah kacang. Rendang tuh, hanya hiasan.
ReplyDelete