Pages

Wednesday, May 25, 2011

Saya Mahu Jadi Bonda Kamu

Saya mahu jadi ibu susuan kpd anak kecil itu: Muhammad Ilham. Supaya x ada sesiapa yg boleh mempertikaikan status dia, status saya atau status kami berdua. Dia adalah anak SAYA, anak WALID, anak KAMI.

Tapi nak jadi ibu susuan utk seseorang yg masih belom pernah mengandung spt saya adalah sgt sukar bagi memenuhi rukun dan syarat2nya:-

1. Al-Murdhi: Perempuan yg menyusukan
    Perempuan yg hidup n telah mencapai usia 9tahun.
    Saya mmg masih hidup. Kalau da mati, siapa pula yg post ini entry?Hantu 
    sayakah?Umur pula semestinya telah melebihi syarat tetapi x pula 
    terlalu tua. 
    Status: PASSED

2. Ar.Radhi: Anak yg disusukan
    Anak yg hidup dan umurnya x melebihi 2tahun, 2tahun 1hari pon x boleh
    Anak saya masih sihat dan umurnya juga belom sampai 6bulan pon. 
    Status: PASSED

3. Al-Laban: Air susu perempuan
    Air susu mesti sampai ke perut anak itu n boleh menyebabkan pertumbuhan
    badannya. Had penyusuan itu pula mestilah x kurang drpd 5x dlm waktu
    berasingan mengikut kadar kebiasaan.
    Rukun n syarat ke-3 inilah yg paling sukar utk dipenuhi. Maxolon 
    (pulin) telah pn saya ambil bagi membantu penghasilan susu. Mmg ada 
    susu yg keluar, tapi tersgtlah sedikit. Bila pump pon, hanya meleleh d 
    cuping corong, x sampai k dlm botol. Ilham pula mmg da x mahu langsung 
    direct bf. 
    Status:Blinking Comments Generator - http://www.blinktextmaker.com



Ya Allah, Kau bantulah hambamu yg lemah ini utk menjadi ibu susuan kpd Muhammad Ilham Bin Zulkhairi. Kau makbulkanlah doaku yg 1 ini Ya RABB

No comments:

Post a Comment

 

Sample Text