Pages

Wednesday, June 27, 2012

Al-Fatihah Buat Ayah Tercinta

Tenanglah wahai Ayah
Semoga ayah ditempatkan di kalangan umat-Nya yang beriman
Tenanglah wahai ayah
Kami akan sentiasa berdoa untuk ayah di sana
Tenanglah wahai ayah
Akak akan jaga keluarga kita dengan baik
Tenanglah wahai ayah
Insyaallah kita akan berjumpa di SANA nanti
Tenanglah wahai ayah untuk menjawab soalan Munkar dan Nankir
Tenanglah wahai ayah kesayanganku KAMARUDDIN BIN MD TAHIR
Terima kasih kerana telah menjadi ayah yang terbaik dari kami adik beradik kecil sehingga ke akhir hayat ayah



24/06/2012 - Ayah pergi buat selamanya
25/06/2012 - Ibu sambut hari lahir ke-54 tanpa suami di sisi

Bertabahlah wahai hati, bertabahlah wahai Ibu, bertabahlah wahai adik-beradik ku, bertabahlah wahai keluargaku.
Allah lebih menyayanginya.

Wednesday, June 6, 2012

Dah 2Tahun Ker?

Belek balik album kahwin 2 tahun lepas, buat saya senyum n sengeh sorang2. Sangat indah moment2 tersebut. Memang x terasa langsung 2 tahun tu berjalan dgn pantas.

Kadang2 rasa macam belom kenal sepenuhnya perangai En.Beh, kadang die mampu buat saya terbang tinggi sampai langit ke-7. Huhu...Metafora sangat khennnnzzz.
Kadang plak sampai saya nak lari jauh2 bawak pasport merah pon hader. Tapi lepas pikir masak2, fulus pon nan hado nak lari bawak passport merah bagai makanya lari ke rumah ayah bonda pon memadai.
Huwaaaa~~Bebeh dah x sayang kt sayang lagi, merajuklah cenggini!!Sila hantar saya ke rumah ayah bonda yang sekangkang kera jaraknya dr umah kita tu.
Korang hengat ada laki hakak nak layan perangai meroyan gitu? Kem salammmmmzz

Dalam tempoh 2Tahun nih, hidup kami belom pon stabil. Belom mampu pakai keta BMW, belom mampu duk umah banglo, belom mampu jejalan obersea, nak tambah anak pon pikir juta-juta-juta kali tahu?
Prinsip En.Beh, asalkan bini dia cukup makan, asalkan anak die cukup susu ngan diapers sudah...
Tapi ai teringin nak makan Nasi Briyani Gam Johor lah Bebeh sempena anniversary kita (sambil buat muka seploh sen). 
Nasib baik dia layankan, kalu x terpaksalah saya masukkan Nasi Briyani dlm wishlist tahun depan pulok.

Marilah kita layan gambar2 indah di hari bahagia kami 2Tahun lepas. Rasanya belom pernah tempek kat blog ni. Kalau dah pernah tempek pon, hader haku kesah. Haku tengah fefeeling romantis ni tau..

 Baru lepas nikah, nak duk kepit2 pon  malu lagi

Camnolah boleh kawen ngan kanak2 ribena ni? Muka sangat suci murni hokeh!

Hamek ko!!Rumah dah lengang sikit, terus meloncat atas katil. X menyempat dahhhhhh





Tuesday, June 5, 2012

Family Clicks Buat Jualan Oiiiiiiii

Jangan lepaskan peluang ini wahai kawan2ku yg dikasihi sekalian. Cewahhhhh...mentang2 nk suruh orang membeli, dan din don nak mengasihi kamu org semua.

Meh sini kamu2 semua jenguk2 ke blogshop kami adik beradik untuk habeskan semua stok ni weyh...Dah x larat tengok stok ni dlm gudang lama2. Promosi cuti sekolah ni bermula 05/06/2012-19/06/2012. Bolehlah kamu org semua bagi reward ke anak2 sebab dah belajar untuk periksa tengah tahun haritu khennnnnzz?

Harga tidak termasuk kos penghantaran yer kengkawan. Sapa mahu order blh email ke familyclicks@yahoo.com


Kalau malas nak click banner atas tuh, hakak tunjuk terus barangan yg di offer kat sini:-


SPELLER JUNIOR
KOD: ET12008
HARGA ASAL: RM 13.60
SALES: RM 8.00

LEARNING MACHINE
KOD: ET12009
HARGA ASAL: RM 34.00SALES: RM 29.00

PUZZLES-GAME
KOD: ET12010
HARGA ASAL: RM 35.00
SALES: RM 30.00

ALPINIA OXYPHILLA BRICKS
                                         

KOD: ET12011
HARGA ASAL: RM 19.20
SALES: RM 14.00

PETS BLOCKS
KOD: ET12012
HARGA ASAL: RM 23.60SALES: RM 18.00

TAKE-ALONG MUSICAL VOGUE
KOD: ET12013
HARGA ASAL: RM 42.40
SALES: RM 35.00

DR.OWL TALKING ALPHABET
KOD: ET12002
HARGA ASAL: RM 26.00

SALES: RM 23.00

ANGRY BIRDS MINI NOTEBOOK
KOD: ET12001
HARGA ASAL: RM 22.00
SALES: RM 17.00

FUTURE STAR TRAINING GUN
KOD: ET11005
HARGA ASAL: RM 41.00
SALES: RM 34.00

TABLETOP FOOTBALL
KOD: ET11001
HARGA ASAL: RM 55.00
SALES: RM 48.00


 

Sample Text