Pages

Sunday, July 24, 2011

Suaramu Bak Buluh Perindu

Ilham akan buat apa saja cara untuk buat matanya x tertutup. Dia memang susah nak tido. Alah macam kita waktu dalam lecture hall, kita akan kunyah gula2xlah...cubit tangan sendirilah..keluar sekejap pergi hirup udara toilet lah....lempang muka sendirilah....ataupun main msg ngan boifren yang duduk row belakang sambil kutuk2 lecturer yg tengah ajar. Itu semua kita buat supaya kita x tertidur dlm kelas.

Macam tu jugaklah dgn si kecik Ilham ni: dia akan tendang2 kaki dia..tenyeh2 mata dia..kepala,telinga,badan, semualah anggota badan dia tetiba gatal.. nak susu walaupon 15minit lepas baru teguk 6oz susu..bantai menangis macam baru lepas kena cobit ngan bonda...Dia akan buat apa sahaja supaya matanya x terpejam, walaupon mata dah makin mnegecil. Akan mengambil masa 2-2 1/2 jam untuk betol2 tido.

Tapi hanya 1 suara SAHAJA yang boleh menenangkan jiwa si kecik ni. 1 suara ni boleh mengubah segala perangai yang tersangat 'comel' tadi kepada perangai yg sangat behave sehinggalah dia terlena.

video
 Saya terpaksa mengulang video klip ini setiap kali beliau mahu tidur. 

Anak Bonda sayang.....Janganlah buat perangai macam2, Walid x boleh selalu dodoikan adik...Walid cari rezeki untuk kita berdua. Touching Bonda tau....adik layan suara Walid sorang jer...


P/S: Sila abaikan suara latar yang serupa kartun itu.








Thursday, July 21, 2011

Dunia Tanpa Sempadan, Hati Juga disakiti Tanpa Sempadan




AMARAN!! ENTRI INI MEMANG ADA KENA-MENGENA DENGAN YANG MASIH HIDUP DAN BERLAKU KE ATAS DIRI SAYA DAN KELUARGA. MANUSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB SILA TERASA HATI.

Saya x paham kenapa dalam dunia ni ada manusia yang asyik x puas hati dengan orang lain. Contoh kalau saya duduk bersimpuh, cikasyikxpuashati mesti cakap "Awat hang duk bersimpuh che' oiiiiii...Macam pompuan melayu terakhir la kunuuuuuunnnnnn" Aik?memang sangat menghairankan bukan?Bukan saya duduk terkangkang pon cikasyikxpuashati oiiiiiii...

Perkara di atas hanyalah rekaan semata2 untuk menunjukkan betapa perkara remeh temeh pon masih ada orang x berpuashati dengan kita. Apa sahaja yang kita buat, pasti mata dia terbukak luas2x dan bagi pendapat yang x membina langsung. Kami hanya cuba mencari rezeki yang halal. Jika cikasyikxpuashati hendak memberikan pendapat, bukankah lebih afdhal beserta cadangan sekali? Jika cikasyikxpuashati x tahu bagaimana hendak berkata2 manis, mari saya tolong ajarkan contoh ayat x berapa nak manis:-

cikasyikxpuashati: Aku bencilah tengok gerai burger ko kat depan guard ni. Merosakkan pemandangan pagi2 haku nak g kerja. Nanti mesti sesak punyalah jalan kat sini. Pastu ko ni ada lesen berniaga k aku pon x tau? 

-------------------Cadangan ayat x berapa nak manis----------------------
simanisyangsakithati: pertamanya terima kasih kerana cik belom rasa pon burger ni tapi da rasa sedap (Sebab tadi dia cakap jalan sesak kat situ maksudnya ramai orang beli burger). Kedua, lane yg saya guna memang jalan yang ditutup n bukannya gerai burger yang menutupi jalan tersebut. Gerai burger datang kemudian di sini (Eh?Paham k e x ni). Ketiga, lesen penjaja buat masa ini ditutup bagi memberi ruang kepada lesen bazar ramadhan. Dan lagi pula cik, kami baru nak mula berniaga, kami bukan seperti cik yang makan gaji dengan gomen dan berpangkat tinggi pula. Kami juga bukan pemilik restoren tapi hanyalah pemilik gerai burger. Bagi pendapat cik yang merosakkan pemandangan tu, silalah bagi cadangan yg bernas hendaknya bagi hendak menyedapkan kembali mata cik.

cikasyikxpuashati: Baiklah...Once lesen penjaja sudah dibuka, sila apply cepat2x. Lepas habis berniaga malam ko tarik gerai masuk dlm rumah, jangan letak depan guard. Sakit mata haku.

simanisyangsakithati: Cadangan cik saya sambut baik dan akan memperbaiki dr masa k semasa.

Apa kene-mengena dengan dunia tanpa sempadan pulak ni?Unsur2 sakit hati banyaklah di atas. Baiklah-baiklah...saya akan terangkan, segala kritikan Cikasyikxpuashati adalah disuarakan di laman sosial. Makanya 1 donia tahu ketidak-puas-hatian beliau dan juga 1 donia tahu siapa penjual burger yg beliau maksudkan. 
Jika cikasyikxpuashati memberi kritikan2 tersebut secara muka ke muka (face to face), da lama saya singsing lengan dan angkat kaki blah dr situ. Malas nak layan manusia macam ni. Nasihat En.Beh senang je, sign out dr laman sosial tersebut n duduk diam2x, hati pon kurang sakit.

 

Sample Text