Pages

Friday, April 15, 2011

Hati Tertumis Pedal Terendang, Bertemu Jua dalam Kuali

Senario sebelum kahwin:
Balik keja penat, perjalanan jauh, perut lapar, tapi bila tengok makanan, x seleranya....Aik?Lauk ni lagi?X seleralah nk makan. Goreng telor mata n makan je ngan nasi or x payah makan terus sampai pagi. Mentang2 orang yg masakkan, demand mmg kena lebih cikit.

Senario selepas kahwin:
Sebelom balik keja mesti kena pikir nak masak ape. Kalau dah buntu, call En.Beh tanya dia nak makan apa. Jawapan standard haruslah "Masaklah papepun sayang..B makan je ape yg sayang masak". HUH! Takot la tu tersilap jawab terus saya ajak makan kat luar je. SENANG..Sekarang barulah tahu langit tu tinggi or rendah. "Dulu, ko demand kan?Sekarang ni, ko rasakan plak" Agaknya inilah bisikan kecil si Pn.Ibu n Pn.Nenek. "Ampun Bu, lepas ni akak makan je apa yg ibu or nenek masak wahima Sambal Tempoyak Ikan Bilis sekalipun" Rintih si anak. Ikhtiar terakhir, En.Google jugak tempat mengadu nasib. Tanya punya tanya, adu punya adu, akhirnya En.Google surrender n bagi jugak resepi kat saya. Terima kasihla kpd Noorsha kerana resepi yg sedap ini:-

HATI & PEDAL TUMIS CILI PADI
 Tapi saya pelik kenapa rupanya macam rendang? Xpela, asalkan En.Beh tambah sampai 2-3x,sampai telinga saya senyum.

Bahan2:
* Hati & Pedal ayam - Ikutlah berapa org nak makan
* Cili Padi - Jika mahu pedas, bubuh banyak2 pon boleh saja~
* 2 biji Cili Merah - Saya pakai cili kering sebab tiada stok cili merah di rumah
* Bawang putih & besar
* 2" halia & kunyit hidup
* Serai
* Air asam jawa
* Garam secukup rasa

Cara2nya:
* Rebus hati dan pedal terlebih dahulu utk memastikan ianya betul2 masak.
* Blenderkan cili padi, cili kering, bawang putih, bawang besar, halia, kunyit dan serai.
* Tumis bahan2 blender tadi sehingga garing, masukkan air asam jawa & garam
* Masukkan hati dan pedal dan kacau rata.

Friday, April 8, 2011

Saya Wish, Saya Dapat

Da kata saya yg wish kan? Mestila saya yg dapat. X kan la korang plak yg mendapat kan? Da lama mengidam nk kamera digital sebenarnya. Yang functionnya dapat tangkap gambar je pon jadilah..Eh? Mmg la kamera utk tangkap gambar, x kanla utk wat makan plak kan? Maksud saya di sini adalah x perlulah kamera DSLR bagai utk menangkap gambar secara amatur kan? Nak cari angle yg cantik pon x tau, mahu pula kamera secanggih photographer profesional. Memang x dapat lah kannn..





Gambar 1: Tangan tanpa berbedung akan snap angle dr depan semata2











Gambar2: LIHAT!Tangan yg berbedung ketat semasa bayi akan mengambil angle yg berbeza.








Tetapi sekiranya kawan2 semua mempunyai duit yg melampaui batas atau mmg nak jugak2 kamera yg terpaling canggih sekali, saya tidaklah pula melarang. SILAKAN..Statement d atas adalah utk diri saya SAHAJA semata2. 

Setelah ditimbangtara, adalah beberapa sebab En.Beh menghadiahi kamera tersebut kpd saya:-
1. Hadiah Harijadi: Harijadi saya pada 08/03 yg lepas. Umur? Biarlah rahsia...Setelah berminggu2, baru beliau berkenan utk membelikan kamera tersebut. Kira hadiah bufday gak la kan sebab masih di bulan 3.
 Mekacih ek Mummy Shiro sebab bagi itu cupcakes n bertungkus lumus sediakan itu coklat cake walupun last minit order. Sesiapa mahu order?Sila lawat blog BELIAU
2. Pujukan selepas menangis: Mahunya saya x menangis? Nenek saya masuk hospital tuuu. Tersangatlah risau, sehingga En.Beh terpaksa mengeluarkan duit tabungan beliau bagi memujuk saya. Nasib baek nenek x de pape n sekejap je duk hospital.
 Sayang nenek banyak-banyak
3. Penat dengar ayat yg sama: Setiap kali tengok kamera ada sale, setiap kali tu saya mengomel sambil kira duit simpanan. Owh...Masih belom mencukupi, ntah bila nk cukup, saya pon x tahu. Akhirnya, En.Beh gak yg tolong belikan.

Dengan berbekalkan nasihat rakan seopis bahawasanya CANON brand is the best (Ngko patut dapat komisen dr Canon la En.Bad), kami suami isteri plus adik ipar telah berpergian k kedai kamera dan mengatakan kpd sales reps tersebut, NO other brands please..Nak Canon jugak2. Makanya, abang tadi akur akan kehendak pelanggan beliau yg keras kepala dan akhirnya IXUS 105 bertukar tangan.



Features:
1. 12.1 Megapixel
2. 4X Optical Zoom
3. 28mm wide
4. Smart AUTO
5. Low Light
6. DiGiC 4




Saya sangat suka akan ia, sangatlah mudah utk menggunakannya, x perlu adjust pape pun. Bila nk snap je, semuanya auto, x payah nk setting papepun. Dalam gelap? Terang? Snap je terus..Semudah ABC.

 Dalam gelap, tunas pokok cili saya jelas kelihatan di situ

Apatah lagi d kawasan terang kan?Sungguh jelas berbeza kesusunan sudu2 tersebut.

Dan yg paling saya suka, kamera jenis ini mampu utk mengubah muka kita menjadi seperti artis. X caya? Cuba tengok gambar kat bawah ni:-
 Sila fokus kepada muka pengantin lelaki. Adakah Ally Iskandar yg berkahwin?Hopefully, next snap muka saya pula yg akan menjadi seperti Fazura @ Pretty Zinta




 

Sample Text