Pages

Wednesday, November 24, 2010

Mrs.Halim..

Saya ada kawan..Kami bekerja di tempat yg sama..Hanya dialah satu2nya kawan perempuan saya d opis. SUMPAH saya x curang ngan dia..Saya kawan ngan dia jer sewaktu d department kami..Buktinya, saya x pergi makan ngan kawan perempuan lain pn sewaktu lunch time. Kami juga berkahwin bersama2..Oh ..Oh..Tidak2x, kami bukan berkongsi En.Beh bersama.Kami hanya mengambil cuti kawen bersama2 kerana berkahwin pada minggu yg sama, cuma saya bernikah sehari awal dr beliau kerana tahap kegatalan saya yg terlebih.

Sebenarnya, saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih yg x terhingga kpd kawan saya itu kerana sanggup menadahkan telinga beliau sehingga bernanah kerana mendengar setiap luahan saya. Baik luahan mengenai pejabat sehinggalah gosip2 artis yg bercerai-berai...Ngehngeh..Walaupun saya x tahu apa perasaan beliau semasa mendengar luahan2 mengarut saya, tapi saya x peduli n still nak luahkan lagi, lagi dan lagi.....Bolehkan kawan?Bolehkan2x?..

Obviously, ni bukan beliau n suami. Ni Manager kitorang d masa muda mudi. Mari gelak goleng2x..Kah..Kah..Macam Andy Lau pn ada..
Yang ni juga bukan anak mahupun suami beliau. Bapak budak ni gedik namakan anak die Mohd Ichiro Siru.
Mereka bertiga ini juga bukan beliau kerana kawan saya adalah PEREMPUAN tulen.

Eh2x?Banyaknyer gambar lelaki?GATAL ekk?Harap maklum, bahawasanya kehadiran gambar2 rakan lelaki bukanlah menunjukkan tahap kecurangan kami, ini kerana hanya kami berdua mak dara tunggal d dalam department tersebut. Maap yer kawan2, Wa curik gambar korang kt Fesbuk.

Ini lah kawan saya yg bernama Pn.Junaidah bersama En.Suami tercinta; En.Halim. See..Kan betol kami TIDAK berkongsi suami. Pesanan penaja: Korang..kita wat family planning sama2 tau..En.Halim tlg jgn mengandungkan isteri anda terlebih dahulu~huahua..

Award ni ditujukan khas kpd Pn.Junaidah kerana keprihatinan beliau selama ini..Sob..Sob..


Thursday, November 18, 2010

3 Sekawan Terkorban Di Pagi Raya Aidil Adha



See..Itulah kawan2 En.Beh yg terkorban kerana dipaksa makan nasi impit beserta kuah kacang yg dibuat oleh saya. Mekacih juga kpd En.Beh yg dipaksa utk mengambil video n gambar makanan2 tersebut utk dimuatkan d dlm blog ini. 

En.Beh perlu bekerja di Hari Raya Aidil Adha..Jadinya, spt yg telah direquest (Termakan Budi, Tergadai diri), pulang saja dari kerja pd malam raya, saya telah meredah semak samun utk mengambil serai. Takut ooooo...sgt gelap, takut ada ular. Nasib baek x de pape, agaknya Tuan Ular pn merestui niat baek saya bagi menjadi isteri mithali.

Di pagi raya, saya sebagai isteri mithali telah menyiapkan juadah raya d dlm mangkuk tingkat  utk En.Beh menjamu rakan2 d tempat kerja (Pn.Ibu cakap sgt klasik sb bawak bekal n pakai mangkuk tingkat plak tu). Komen yg diterima dr seluruh ahli keluarga n juga rakan2 En.Beh sgt memberangsangkan sehingga ada yg mahu order utk Raya AidilFitri tahun depan.Hik..hik..Masih hengat k saya camne nk buat?

Resepi yg telah ditiru sebijik2 dr Apron of Love:
Bahan: 
  1. 300gram kacang tanah, digoreng tanpa minyak 
     (Haruslah dibuang kulit dulu yer..)
  2. Asam jawa sebesar bola pingpong
  3. 2 sudu besar gula merah
  4. 5 sudu besar gula pasir
  5. Garam n serbuk perasa secukupnya

Bahan2 yg harus dikisar dgn air: 
  1. 6 batang serai
  2. 2" lengkuas (x der pn x per)
  3. 5 biji bawang  merah/1 labu bawang besar
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 15 tangkai cili kering n segenggam udang kering 
     (Dua2 bahan ni, rendam dulu ye, ditakuti liat semasa dikisar)

Cara2nya:
  1. Tumbuk kacang tanah yg telah digoreng 
     (En.Beh x suka kacang ketul2, jadi saya haruslah menumbuk lumat 
      kacang2 tersebut).
  2. Tumiskan semua bahan kisar dgn menggunakan minyak masak sehingga  
     betol2 garing. 
     (Jika x, En.Beh cakap rasanya spt masak sambal).
  3. Masukkan air asam jawa n biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan kacang yg telah ditumbuk n biarkan sehingga mendidih. Kacau 
     sesekali. Masukkan air sedikit  demi sedikit jika terlalu pekat 
     sehingga mencapai kepekatan yg memuaskan hati anda sendiri.
  5. Masukkan gula merah, gula pasir, garam n serbuk perasa. 
     Biarkan mendidih..

Hasil yg sgt memberangsangkan sehingga nenek makan berkali2x


Friday, November 12, 2010

18SX: RAHSIA MENGEKALKAN KEDARAAN

MARI!!MARI!!MARI!!
Mari Dekat!Mari Rapat!
Yang jauh kita dekatkan..Yang dekat kita rapatkan..

Saya bukan mahu menjual jamu ataupun menyebarkan gosip2 terkini artis yg berbikini d kolam renang.Tetapi sekadar mahu berkongsi petua dr DR. Fatimah Az-Zahra ni:-

Petua ini bagus utk kaum wanita, isteri2 khususnya agar sentiasa menjadi perawan. Menurut si Pn.Ustazah, petua ini elok diamalkan setiap hari untuk menjaga kesihatan luar n dalam.

PETUA:
Lepas solat Isya'; ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali, dan Surah Al-Waqiah (Ayat 35-38) sebanyak 7x. Tiup dlm air n minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri n utk kebahagiaan rumahtangga.

MAKNA SURAH AL-WAQIAH:-

 
Ayat 35: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa

 
Ayat 36: Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)

Ayat 37: Yang tetap mencintai jodohnya, serta sebaya umurnya

Ayat 38: (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


NASIHAT:
Jangan sesekali mengamalkan petua di atas di hadapan Mak Mertua anda. Ditakuti akan disalahertikan kita mahu mandrem anak mereka. Mulut cover cikit terkumat-kamit membaca surah2 tersebut. Cubalah, mungkin berbaloi2..


Tuesday, November 9, 2010

Lebihkan Makan Buah-Buahan

Letakkan diri anda dalam situasi:
         Latar Belakang: Keluarga kurang kemampuan
         Tempat tinggal: Flat Kos Rendah, Kota Metropolitan
         Pendapatan: Cukup2 utk menyara diri sendiri

Anda pergi ke Pasaraya Borong (Bukan yg mahal2 k, ingat anda dr keluarga yg kurang kemampuan). Hajat d hati ingin membeli lauk basah spt ikan utk dinikmati oleh seisi keluarga pada malam itu. Selesai menimbang ikan, berjalan k kaunter utk proses pembayaran. Terlalu pula d tempat buah-buahan. Jambu air berwarna merah yg ranum sgt memikat selera anda. Memandangkan duit masih ada lebihan, apa salahnya membelinya sementelah ahli keluarga yg lain juga amat suka buah-buahan sebagai pencuci mulut. Selesai memilih yg terbaik, lalu pergi k tempat menimbang, lalu anda terlopong melihat harga yg terpapar.




Harga Ikan: RM 5.99/kg
Anda Beli: 1.094kg = RM 6.55






Harga Buah: RM 0.98/grm (Yg dipamerkan)
          = RM 9.80/kg (Setelah convert)
Anda Beli: 0.678kg = RM 6.64





Bila di'compare'kan berat ikan n buah tersebut, ternyata ikan lebih berat. Tapi, harga buah lebih mahal. Rupanya harga sekilogram bg buah sangatlah mahal jika dibandingkan dgn ikan. Anda berasa tertipu kerana harga yg dipamerkan adalah di dlm gram. Patutlah nampak murah je. Di dlm hati, lebih baik duit yg dibelanjakan utk buah tadi digunakan utk menambah kilogram ikan. Setidaknya, boleh buat lauk utk esok hari pula. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.
___________________________________________________________________________

Pemakanan seharian hendaklah seimbang bagi tujuan memperbaiki n mengekalkan tahap kesihatan diri. Di dlm carta piramid sekalipun, buahan-buahan terletak di tangga k-2 terpenting n perlu diambil dlm kuantiti yg banyak. 

Tetapi, masyarakat Melayu khususnya n rakyat yg berpendapatan sederhana/rendah terutamanya meletakkan buah-buahan d tempat k-3 atau lebih teruk d tangga terakhir. Bagi mereka: ikan, ayam, n daging adalah lebih penting kerana lauk2 ini mmg perlu diambil bersama2 dgn nasi. Siapa pula yg mahu makan nasi berlaukkan buah??Bilamana terdetik d hati mereka mahu membeli buah2an, harga pula yg menjadi masalah. Pihak2 yg bertanggungjawab perlulah memandang serius perkara ini. Harga memainkan peranan penting bg menggalakkan rakyat membeli buah2an bagi menjana rakyat sihat n produktif sekaligus mencapai tahap negara maju.

Khasiat Buah-Buahan:-
1. Kandungan Vitamin yg tinggi
   Buah2an adalah kaya dgn vitamin n mineral yg sgt penting bg membina badan
   yg sihat serta membantu dlm melawan jangkitan kuaman.
2. Aneka Hidangan
   Buah2an boleh dinikmati secara mentah atau diproses (Jus n Kek). 
3. Sumber Antioksida
   Banyak kajian menunjukkan bahawa buah2an mampu mengurangkan risiko kpd
   penyakit kanser n kardiovaskular.
4. Buah-Buahan Sitrus n Vitamin C
   Buah2an sitrus (Lemon, Limau, Oren) sgt terkenal dgn kandungan vitamin C
   yg tinggi. Vitamin ini dapat membantu dlm pencernaan selain mengurangkan
   kandungan kolesterol dlm badan..
5. Hidangan Paling Mudah
   Buah2an juga makanan yg mudah utk disediakan serta dihadam. Malahan ianya
   mempunyai potensi alergi yg paling rendah. Sungguhpun boleh dimakan
   begitu sahaja, perlulah buah2an tersebut dicuci dahulu sblm dimakan bagi
   mengelakkan dr sebarang kotoran.
(Sumber: Nural)

TIDAK MAHU MENJADI SEPERTI 
RAKYAT SOMALIA YG 
KEKURANGAN GIZI

Friday, November 5, 2010

Kenapa Saya Sayang Keluarga Saya?

Ishkk..perlu k sebab utk sayangkan keluarga sendiri? Darah yg mengalir dlm diri kita sama macam darah yg mengalir dlm diri mereka. Sayang tu terbit secara semulajadi disebabkan pertalian darah tersebut. Saya sgt sayang akan keluarga kecil saya. Kami juga kekadang berselisih faham. Tapi bak kata pepatah, air yg dicincang x kan putus.
Keluarga kecil saya

Tapi, kenapa pula saya perlu sayangkan keluarga di bawah ini pula?Da la tetiba muncul selepas saya hidup selama 25 tahun. Mengenali mereka secara keseluruhannya jauh sekali. Hanya dgn sekali lafas, keluarga kecil saya menjadi besar; dr 1 ibu n ayah kpd 2, dr tiada abang langsung kdp 2 abang sekaligus ngan pakej kakak ipar , adik lelaki n perempuan juga menjadi double. Itu belum dikira ngan makcik2, pakcik2 n anak2 mereka, mmg berkembang ngan pesat sekali.
Mereka juga keluarga saya


Kerana kegatalan saya yg x dapat ditahan2 utk berkahwin ngan En.Beh, makanya saya harus berkahwin ngan keluarga beliau juga. Menjadikan diri saya sebahagian dr keluarga kecil beliau.  Menyayangi mereka seperti keluarga saya sendiri. Saya juga harus menerima baik atau buruk mereka seadanya.

Semoga keluarga mertua saya khususnya Pn.Mama dapat menerima saya seadanya. Rasanya Pn.Mama seantero dunia akan menerima n menyayangi menantu mereka selagi kita menyayangi n melayan anak mereka dgn baik.

Saya Sayang Seluruh Keluarga Saya
Wajah kesayangan hamba
Note: Segala gambar adalah ihsan dr En.Photographer semasa perkahminan kami

Tuesday, November 2, 2010

Cencaru Merindu

KAMI SGT R.I.N.D.U PADA KAMU 
Apabila kami bangun setiap pagi, pasti kamu yg kami yg cari2..
Ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang...
Kamu tiada di situ.
Lalu kami meneruskan langkah dgn harapan yg punah.

Dan bila pulang, tanpa mnghiraukan apa jua keadaan sekeliling,
Kami masih mencari kamu...
Tetapi, kamu tetap tiada di situ.

Oleh kerana rindu yg menggunung itu,
Aku meggagahkan diri menuju k destinasi yg akan melunaskan rindu kami padamu,
Penuh debaran aku mencari dirimu di situ,
Dari 1 longgokakn ke 1 longgokan yang lain..
Ya..Akhirnya aku ketemu dirimu berada di longgokan terakhir..
Wahai Cencaru...
Siap ada harga ahli lagi, sangat berbaloi..

Saya sebagai isteri yg mithali, cewahhhh..sgt memahami En. Beh yg merindui masakan Mamanya yg tercinta. Ekk??Rindu masakan je k Beh? Orangnyer x rindu kah?Maka dgn semangat yg jitu saya telah meredah hutan belantara, mendaki gunung, mengharungi sungai n meredah jammed (Ngehngeh..yg akhir tu je yg betol) untuk membeli sang cencaru yg dirindui itu. Pastilah resepi ni diciplak dr Pn.Mama n telah diolah mengikut tahap kepakaran saya memasak.

Bahan2:
1. Pastilah bahan utamanya ikan cencaru (Ikut lah berapa orang yg akan
   makan)
2. Cili kering/Cili yg telah siap dikisar bagi sesapa yg malas
3. Bawang besar bg yg menggunakan cili kering
4. Garam
5. Serbuk kunyit 
6. Minyak masak

Cara2nya:
1. Siang ikan tersebut. Tapi bukan spt biasa, JANGAN dibelah perut ikan
   tersebut. Hanya tarik isi ikan melalui mulut beliau. Disebabkan ini
   adalah En.Cencaru, haruslah jaket beliau ditarik juga. Berhati2 ya,
   jgn sampai tertarik dgn isinya sekali. Jangan lupa juga utk membuang
   segala insang n sayap2 yg ada. Jika  anda mempunyai tahap kepakaran
   memasak yg ado spt saya, jgn cuba2 utk membelah bahagian atas cencaru
   tersebut, jika tidak segala isi akan terkeluar semasa digoreng.
See??Tiada sebarang perut yg dicederakan. (From the kitchen to his stomach)
2. Lumurkan cencaru yg telah siap disiang dgn garam secara rohani n jasmani
   (dalam n luar). Lumurkan pula bahagian jasmani beliau dgn serbuk kunyit.
   Kedua2 bahan ini dilumurkan secukup rasa yg anda suka. Jika suka masin,
   lebihkan garam.
SILA SKIP CARA 3 BAGI ANDA YG MENGGUNAKAN CILI SIAP SEDIA
3. Sementara menunggu garam n kunyit sebati, kisar cili kering bersama2 dgn
   bawang. Berapa tangkai cili kering yg diperlukan?Buatlah cukup2 utk
   disumbat k dlm cencaru tersebut. Tapi saya lebih suka mengisar segala
   cili kering yg ada, lebihannya disimpan k dlm peti sejuk, senang bukan
   utk masak makanan lain yg memerlukan cili kisar?
4. Goreng cili kisar tersebut setengah masak bersama2 garam. Kandungan garam
   x perlu banyak sgt kerana cencaru tadi juga telah dilumur dgn garam. Step
   ini perlu kerana dikhuatiri cili yg disumbat x cukup masak apabila
   digoreng bersama ikan. Bagi sesapa yg malas, ignore saja step ini n terus
   k step yg seterusnya..
5. Sumbat cili yg telah separuh goreng k dlm cencaru melalui kepala beliau.
   Lagi banyak, lagi sedap tpi jgn sampai melimpah-ruah.
6. Goreng ikan yg telah disumbat bersama2 minyak yg telah dipanaskan. Saya
   lebih suka menggunakan kuali yg sama yg digunakan menggoreng cili tadi.
   Ini kerana lekatan2 cili akan meresap masuk k dlm ikan.
Minyak jadi merah, terhasil dr lebihan cili yg digoreng separuh masak n juga yg terkeluar dr ikan. (Dari dapur Mina)
7. Sebagai hiasan, taburkan cili yg terkeluar dr ikan yg digoreng itu. Utk
   hasil yg lebih banyak, korek cili yg melekat2 di kuali tu. Sangat sedap
   kerana cili ini garing.. 
Hasilnya: SUKSES!SUKSES! (Dari teratak Mak Lang 2009)

Komen2:
En. Beh: Sedap sgt..Mekacih yang (Sambil mencuit dagu saya)..hehe..I loike..
Pn. Ibu: Mmg sedap la kak..

Persoalannya: Siapakah yg dimaksudkan dgn kamu di dlm syair di atas? (Syair kah itu?)
a. Aku
b. Cencaru
c. Kami
d. Pn. Mama

 

Sample Text